Kewajipan Majikan

6/24/2011 10:28:00 PG 2 Comments

 

Salam semua,

Sempena hari Jumaat yang mulia ni aku nak kongsi sedikit hadith yang aku ambil dari www.islam.gov.my

hadith

Hadith:

Daripada Khaitamah r.a katanya : Kami sedang duduk bersama-sama Abdullah bin Umara r.a. Tiba-tiba datang seorang ketua pelayan, maka Ibnu Umar berkata : Adakah engkau telah memberikan makanan kepada hamba sahaya? Pelayan itu menjawab: Tidak. Ibnu Umar berkata : Pergilah dan berikanlah kepada mereka. Dan beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda : Cukuplah seseorang itu berdosa, ia menahan makanan terhadap orang yang di bawah kuasanya.

Huraian Hadith:

Dalam pengurusan Islam, berlaku adil dalam semua aspek kehidupan sangat dituntut. Maka Islam mengajar umatnya menghormati manusia, walaupun berlainan fahaman dan anutan. Justeru pekerja dan majikan adalah selamanya terikat dengan aqad (kontrak) yang antara lain menghendaki pekerja menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh kesungguhan lagi amanah, sementara majikan pula berkewajipan melayani atau mengambil peduli para pekerjanya dengan baik, ihsan dan adil.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. majikan oh majikan.. kalau yang ok, masyuk laaa.. kalau idak, merana badan..
    Fabulous Friday #2 | ShaKiddo

    BalasPadam
  2. majikan ptut baca hadis nih...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..