Insurans Nyawa Tak Penting Buat Lelaki

6/23/2011 01:26:00 PTG , 7 Comments

Salam semua,

Kredit Google
Golongan lelaki, terutamanya yang telah memiliki keluarga sendiri perlu menyiapkan diri untuk menghadapi pelbagai perkara tidak dijangka.

Ia termasuklah perkara buruk seperti kemalangan dan kematian. Pengambilan insurans nyawa adalah satu contoh langkah bijak yang boleh mereka lakukan. Namun begitu masih ramai lelaki yang masih teragak-agak mengambilnya.

Mengapa ya? Adakah mereka menganggap ia tidak penting? Ketahui pendapat beberapa orang lelaki berkaitan perkara ini.

Satu Keperluan

"Mengambil insurans adalah perlu. Menurut hadis Riwayat Bukhari & Muslim orang yang meninggalkan anak isterinya dengan keadaan kaya itu lebih baik dari meninggalkan mereka di dalam keadaan miskin dan meminta-minta.

"Segala musibah serta kematian tidak dapat dielakkan. Memang mulut senang bercakap bantuan boleh diperolehi dari mana-mana tapi setiap janji tidak mudah dikotakan," demikian kata Mohd Zulkiffli Mohd Nur, Konsultan Insurans, Great Eastern Life Assurance (M) Berhad.

Sekurang-kurangnya ada pampasan

"Ia penting sebab semua yang diperlukan oleh waris pada ketika ini memerlukan keperluan kewangan. Paling penting dari segi pendidikan, keperluan sara hidup dan bekalan untuk waktu kecemasan. Malang tidak berbau, sekurang-kurangnya ada juga pampasan dan bantuan masa kecemasan," kata Azrul Abu Bakar, Penjawat Awam, Nilai, Negeri Sembilan.

Perlindungan untuk ahli keluarga

"Sebagai ketua keluarga, lelaki adalah individu penting dan perlu mendapatkan perlindungan insurans. Malang tidak berbau. Insurans bukan mahu memperjudikan nyawa serta meletakkan nasib malang di bahu lelaki semata-mata, tetapi ia jalan terbaik untuk jangka masa panjang serta perlindungan yang bakal dinikmati oleh ahli keluarga sendiri." ujar Hazid Halim, Konsultan Pendidikan, Kuching Sarawak.

Kurang fikir kerana dilindungi insurans syarikat

"Bagi lelaki makan gaji, biasanya, mereka kurang memikirkan pasal insurans nyawa kerna mereka dilindungi oleh insurans kelompok syarikat tempat mereka bekerja (sekiranya ada) atau mungkin juga kerana pendapatan terhad. selain tu, mereka turut dilindungi dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP1969) yang dikuatkuasakan oleh PERKESO. 

Bagi yang bekerja sendiri, keperluan kepada insurans bagi perlindungan diri dan keluarga adalah penting kerana mereka memiliki perniagaan mereka sendiri yang mana keputusan untuk memiliki perlindungan insurans terletak ditangan mereka," terang Zaihasrul Bin Ismail, Penjawat Awam PERKESO, Kuala Lumpur.


Pada pandangan saya insurans nyawa buat masa kini adalah satu keperluan yang penting bagi seorang lelaki lagi-lagi apabila sudah mempunyai tanggungjawab sebagai bapa &  suami kepada isteri dan anak-anak.

Jika diberi keutamaan untuk membeli polisi insurans samada untuk diri sendiri, isteri atau anak.. keutamaan adalah kepada diri sendiri yang merupakan ketua kepada keluarga. Andai kata malang tidak berbau berlaku kepada diri kita.. sekurang-kurangnya ada sedikit bekalan pampasan yang kita tinggalkan untuk orang yang kita sayang.

Sudahkah anda menyediakan bekalan untuk orang yang anda sayangi apabila ada sudah tiada nanti?


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. aku ade amek insuran tp ngn cimb ..rm50 sebulan.. nyawa mane bleh tukar ngn duit bro..

    BalasPadam
  2. @darkbatman : memang betul bro nyawa tak boleh tukar dengan duit.. sekurang2nya adalah bekalan untuk orang tersayang kalau kita dah takda.. :-).. Jangan lepas kita mati.. bini kawin lain kita tengok jelah dalam kubor.. hehehe

    BalasPadam
  3. @Kid : betul2 tu..pilih yang terbaik2

    BalasPadam
  4. lebih baik ada daripada tak ada..

    BalasPadam
  5. @ohcikgu :setuju betul sangat tu

    BalasPadam
  6. salam, bagus info ni…
    tak semua org sedar mcm mana pentingnya insuran pada kita. Ramai org kita ingat ins tu just buang duit je, diaorang x tau lagi sebenarnya ins tu simpanan n boleh dapat semula dengan return sekali. Kalau apa2 jadi kat pembayar pun ins akan FREE utk org yg di insuran kan tu. Dengan min RM100 boleh dapat coverage sampai RM1,000,000 pun ramai yg tak nak..

    bukan tu je, gi klinik pun free…

    Sapa2 yg nak tau lebih lanjut boleh call, whatsapp, wechat, emel, sms saya. saya buat free quoation sekali.

    ahmad
    013-2425430
    camunsif@yahoo.com

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..