Renovation Rumah | Cari Singki Kitchen Kabinet | Part 1

5/25/2011 12:32:00 PG 5 Comments

Salam semua,

Maaflah ye kalau sejak kebelakangan ni banyak sangat entri aku cerita pasal umah baru yang aku baru beli ni.. Maklum jelah bila dah dapat kunci rumah ni.. macam-macam benda dalam kepada nak fikir nak buat renovate apa.

Buat masa sekarang beberapa renovation yang aku berikan keutamaan antaranya membuat kabinet dapur, pemasangan tile ruang tamu & bilik, pemasangan grill pintu dan tingkap, pemasangan aircond dan mengecat semula rumah

Kedai Sinki

Petang semalam kedai menjual hardware di Damansara Utama menjadi sasaran pertama aku.. kebetulan aku tengah mencari singki yang molek, tiba-tiba terpandang satu iklan seperti dibawah ni di penjuru kedai  ni.

Sinki 1

Alamak singki nilah yang aku cari selama ni untuk kabinet baru tu.. hehehe.. tanpa berlengah lagi aku terus panggil tokey kedai tu dan tanya “ada diskaun ke?” dia kata “ini harga sudah diskaun 20% dan sekarang tinggal ini 1 stok sahaja”

Harga Sinki 

Bila tengok harga tu hanya RM399 (2 1/2 Sinki + Double Sink Tap) aku terus cakap dengan tokey tu.. ok kasi angkat satu set ini.

Rasa-rasa korang sinki ni mahal atau murah ye?

  Sinki 2

Oklah setakat ini dulu aku cerita projek renovation umah pertama aku ni.. mata pon dah berat sangat.. nanti aku update lagi kemudian k… Tak sabar pulak nak pindah umah baru ni.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. aku rasa ok kut.. kena dengan kualitinya.. hehehe
    BE ke 8 Muncul setelah Metered Earning

    BalasPadam
  2. sgt mahal tu....saya baru beli sinki yg sama RM218....:))

    BalasPadam
  3. aku rae pun mahal

    BalasPadam
  4. Jalan ipoh dpt rm200.

    BalasPadam
  5. aku rasa ok dah tu...sbb tgk dalam gambar singki ni jenama sorento...kat tempat lain xdapat harga mcm tu (brand sorento)...tapi kalau brand lain mmg boleh dapat lagi murah...paling murah dengar rm180....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..