Pasang Tile Di Rumah Baru - Part 1 | 30-5-2011

5/30/2011 08:07:00 PTG , 6 Comments

Salam semua,

Hari ni bermulanya kerja-kerja renovation pertama rumah aku.. renovation rumah apartment ni tak sama dengan renovation dekat rumah kampung.. Kalau rumah dekat kampung ni korang boleh nak renovate suka hati korang je.. tapi kalau rumah apartment ni.. macam2 prosedur yang kita kena follow.

Kebetulan ni first time aku renovate umah.. so aku ikutlah style kampung.. suka hati je order barang-barang dah tu nak bawa masuk dekat kawasan apartment aku.. sekali pak guard tak bagi masuklah barang-barang yang aku beli tu bila kedai supplier tu.

Apa lagi bergegas aku call management dekat apartment tu minta kebenaran bawa masuk bahan-bahan nak renovate umah tu. Nasib aku baik kali ni sebab pihak management tu bagi untuk kali ni je aku bawa masuk barang-barang tu.. kalau tak mau aku usung satu persatu tile aku tadi.

Kalau korang nak tahu dekat kawasan apartment aku ni.. kalau nak buat renovation kena ambil permit dulu.. dengan bayaran deposit RM300.. kalau takda apa-apa masalah lepas siap kerja-kerja renovate tu duit deposit akan dipulangkan balik.. Alhamdulillah tadi aku dah siap bayar duit deposit tu untuk dapatkan permit bawa kontraktor masuk.

So untuk hari ni aku berpuas hati dengan kerja-kerja hari pertama kontraktor tu buat.. Tile pon dah siap pasang sebahagian dekat kawasan ruang tamu.. esok mungkin siap sepenuhnyalah kot ruang tamu aku.. tinggal tunggu bilik je.

Oklah korang layanlah dulu gambar-gambar dekat bawa ni dulu ye.

Pasang Tile 1 Pasang Tile 2 Pasang Tile 3 Pasang Tile 4 Pasang Tile 5 Pasang Tile 6 Pasang Tile 7 Pasang Tile 8 Pasang Tile 9 Pasang Tile 10 Pasang Tile 11
Tile dari jenama White House menjadi pilihan keluarga kami

**Update gambar seterusnya akan dibuat mengikut progress kerja.

Perkembangan seterusnya akan diupdate diblog ini

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. tak sabar nak masuk rumah baru...

    BalasPadam
  2. salam... nak tahu cost nya boleh.. rumah awak dimana
    tengah servey kos dan upah wat ni
    leh sms saya di 0132340623

    BalasPadam
  3. Nak tanya.. ada simpan lagi tak, nama contractor awak? kalau saya nak contact no dia boleh? tengok gambar, nampak macam kemas dan teliti kerjanya...

    lagi satu, berapa sq ft ek apartment awak ni?

    lagi satu, masa buat tu, berapa total RM nya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kena cari dulu contact kontraktor tu.. rumah kecik je.. dalam 789Sq je.. total buat tile tu lebih kurang 7K

      Padam
  4. Cal no. Kontraktor specialist pasang tile table top kicthen cabinet. 019 386 7811

    BalasPadam
  5. UBAHSUAI RUMAH area Bangi, Kajang, Cheras,
    Serdang, puchong (Selangor/KL) Sambung dapur,
    parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster,
    plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL.
    Hubungi: 0173967406 khaidir (facebook.com/
    HederRenovationHouse) fan pages

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..