Saturday, May 14, 2011

Pantang Larang Semasa Mengandung | Pantang Larang Bakal Ibu Dan Bapa

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsikan informasi kepada semua bakal ibu atau bapa yang bakal menimang cahaya mata.. pesanan dibawah ini saya tujukan juga kepada blogger tokey rimau eyriqazz yang katanya asik loya n muntah2 katanya.. hehehe.. (ada tanda-tanda apa tu bro?)

Aku pon macam nak pening-pening juga ni.. tunggu nak muntah je.. hahaha
Beli Buku sekarang!


[Sumber dipetik dari : mengandung.com]

Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:

* Ibu dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

* Ibu dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

* Ibu dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

* Ibu dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

* Ibu dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

* Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

* Ibu ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

* Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

* Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

* Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

* Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.


Diharapkan perkongsian ini dapat dimanfaatkan untuk perkongsian bersama.. sama-samalah kita sentiasa berdoa semoga sentiasa dijaukan dari musibah didunia ini dan dipermudahkan dalam segala urusan didunia ini.

Pantang larang orang tua-tua jangan dibangkang.. mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yg kebetulan.. selagi tak menyalahi hukum hakam agama tak salah kita menghormati pantang larang ni.

** Nota Pesanan : Mohon doakan keselamatan dan kebahagian kami sekeluarga.. Amin

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

17 comments:

  1. tahniah mid bakal menimang cahaya mata...jaga pn Malarang Kak baik²

    ReplyDelete
  2. Pernah hadiahkan seseorang buku amalan ibu mengandung ne tau...

    ReplyDelete
  3. @Ron : tq2 wak ron.. :-) doa2 semuanya selamat n sihat..

    @Zyash : wah baru kita orang nak g cari buku tu.. heheehe

    ReplyDelete
  4. amin..semoga selamat melahirkan..jaga diri =)

    tolong vote Danial boleh..?
    klik je link ni n like danial

    thanks =)

    ReplyDelete
  5. pda pndgn sy,yg diambil dri org tua juga....pntg larang nie smua boleh kita buat sperti mengerat atau memotong sbgai cnth ayam...tapi,mstila ibu itu bangkit"teringat" semsa mlkuknnya..wallahualam

    ReplyDelete
  6. sy juge pnh tdgr ibu mngandung dlarang mngoyakkan plastik mknn/kertas ssuke ht..tp xtau la

    ReplyDelete
  7. maaf bertanya..sy ni jenis yg tkut pd lipas..ble ade lipas,sy akn suruh suami sy bunuh lipas tu...ape smue ni akn berlaku sesuatu ke pd kandungan sy..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi pengalamanan ada baik nya tangkap dan lepas kan diluar rumah

      Delete
  8. (Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.)

    Isteri saya kadang kala berkerja pada waktu shift malam 12jam, jadi siang harus rehat dan tidur, jadi macam mana ehk?

    ReplyDelete
  9. Astagfirullah. Mohon jangan percaya dengan perkara ni. Moga kita dijauhkan dari perbuatan syirik. Ingatlah bahawa Allah swt yang berkuasa ke atas hambanya. Banyakkan berdoa memohon dilindungi sentiasa.

    ReplyDelete
  10. kepada ibu-ibu yang baru mengandung boleh cuba tengok link ini...membantu semasa mengandung, semasa melahirkan dan selepas melahirkan. http://www.salindah-my.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. jgn percaya entry ni.boleh rosakkan aqidah....Bertaqwalah pada Allah....buanglah entri ni ...jgn main upload je.....

    ReplyDelete
  12. saya sima,nak tnye...ni first time bg sye?klau kite mengandung bape mggu ye kndgn kte menjadi lpaz haid?

    ReplyDelete
  13. kena banyak beramalan ketika mengandung

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini