Nak Pilih Insurans MRTA atau MLTA

5/16/2011 09:46:00 PG , , 5 Comments

 

Salam semua,

Hari ini aku nak kongsi dekat korang semua pasal cerita untuk membeli insurans rumah. Kenapa pulak tiba-tiba aku berminat nak kongsi cerita ni? Aku dah kerja jadi agen jual insurans ke?

Jawapanya, aku bukan tukar kerja jadi agen insuran.. tapi aku tengah berkira-kira untuk membeli satu polisi insurans rumah untuk rumah baru kami.. :-)

mrta vs mlta

Setelah aku google dan godeh-godeh dekat internet maka aku terjumlah satu entri bertajuk “Apa Beza MRTA & MLTA?” dari blog Farid Adam

Setelah aku baca cerita dalam blog tu yang ditulis dari sumber Ridzuan_AIA maka aku rasa penting juga aku nak kongsikan dekat rakan blogger atau rakan2 yang merancang untuk membeli rumah + insuran perlindungan nanti.

Jom kita baca apa kata pakar-pakar kita ni

(Sumber Asal dari blog Ridzuan_AIA)

MRTA vs Mortgage Life

Disini saya ingin berkongsi bersama saudara/ri sekalian mengenai perbezaan diantara MRTA vs Mortgage Life dimana pendapat saya sebagai seorang yang terlibat secara serius dalam bidang insuran, saya dapati ramai diantara peminjam pinjaman perumahan yang akan kebanyakanya memilih MRTA berbanding dengan Mortgage Life. Saya akan tunjukan perbezaan diantara 2 'financial tool' ini seperti rajah dibawah...

Sila ikuti keterangan ini mengikut susunan nombor bergaris

1) Katakan anda meminjam sejumlah pinjaman bernilai RM200K.

2) Tempoh pinjaman anda adalah selama 30 tahun.
Sepanjang tempoh ini, anda melindungi pinjaman anda dengan MRTAyang berharga RMxxx (perlu bayar lumpsump dan harga premium berubah mengikut umur). Ok disebabkn MRTA adalah term insurance, ia tidak mempunyai sebarang unsur simpanan dan manakala premium yang anda bayar lumpsump upfront itu akan hangus dan tidak akan membawa apa2 pulangan dari berbentuk simpanan setelah anda selesaikn pembayaran tempoh pinjaman anda.

3) Apabila anda habis bayar pinjaman rumah anda(katakan sampai tahun ke 30) anda akan hanya mendapat sebiji rumah sahaja yang telah anda langsaikan hutangnya.

4) Tetapi seperti anda dan diri saya tahu, kita hanya mampu merancang sahaja dalam kehidupan kita dan Allah jualah menentukanya. Katakan pada tarikh ini (line merah ke bawah) si peminjam menemui ajalnya dan kembali ke rahmatullah.

5) MRTA akan selesaikn segala hutang baki dari tarikh si peminjam ini meninggal.

6) Pewaris tidak perlu lagi membayar hutang pinjaman rumah berkenaan dan akan memperolehi sebiji rumah yang ditinggalkn oleh si arwah

Sekarang ini pula saya akan tunjukan pula features dan benefit yang akan anda perolehi perlindungan dari Mortgage Life

1) Sama juga seperti senario diatas, anda meminjam pinjaman perumahan berjumlah RM200K

2) Tempoh pinjaman anda adalah selama 30 tahun

3) Kali ini, anda melindungi pinjaman anda dengan Mortgage Life dimana features nya anda mempunyai simpanan apabila anda membayar premium tersebut.

4 & 5) Seperti anda dapat lihat seperti rajah diatas, jumlah simpanan anda setiap tahun akan meningkat tahun demi tahun dan simpanan ini anda boleh jadikan ia sebagai retirement fund anda apabila sudah habis bayar loan rumah, anda boleh gunakan simpanan ini untuk perbelanjaan pendidikan anak anda dimasa hadapan,simpanan boleh dibawa keluar untuk melancong ke luar negeri atau buat saja apa yang anda suka dengan duit simpanan itu. Seperti saya tunjukn rajah diatas, anda boleh bawa keluar duit simpanan itu untuk membayar pinjaman perumahan anda lagi awal dari tempoh matangnya tanpa perlu usik duit KWSP anda (bukan ke smart dengan cara begini ;) huhu ) pada tahun ke 25, ini bermakna sebelum anda pencen, komitmen hutang terhadap pinjaman perumahan anda sudah selesai.

6) Malah setelah selesai hutang loan rumah anda, jikalau anda meneruskan dengan perlindungan dari Mortgage Life ini, anda boleh jadikan ia sebagai satu harta wasiat untuk ditinggalkan pada keluarga tersayang apabila anda sudah tiada lagi disisi mereka sebagai tanda kasihsayang anda pada mereka.

7) Seperti anda dan diri saya tahu, kita manusia ini hanya mampu merancang sahaja dalam kehidupan kita dan Allah jualah menentukan segalanya. Katakan pada tarikh ini (line merah ke bawah) si peminjam menemui ajalnya dan kembali ke rahmatullah.

8) Mortgage Life akan selesaikan hutang si arwah ini, dan berpandu pada rajah diatas, katakan baki loan masih ada lagi RM100K, Mortgage Life akan selesaikan baki tersebut

9 & 10) Pewaris akan memperolehi sebiji rumah DAN juga duit (bil elektrik,bil air,makanan,sekolah anak, pakaian masih perlu dibayar walaupun 'breadwinner' sudah tiada dan duit ini akan digunakan untuk memberi nafas sedikit kepada pewaris selepas ketiadaan 'income breadwinner)

11) Dari baki Mortgage Life (selepas tolak RM100K duit loan) iaitu RM100K

12) DAN JUGA DARI DUIT SIMPANAN !!

** Kalau korang ada pengalaman dalam pembelian polisi insuran rumah ni, bolehlah dikongsikan bersama untuk rujukan kita diruangan komen dibawah.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. rasanya ML tu lagi tinggi premiun dia. MRTA pun dah ok

    BalasPadam
  2. @Matjoe : berdasarkan pengalaman mana yang lagi bagus nak ambil ni?

    BalasPadam
  3. betul kata matjoe, ML tu lagi tinggi, lebih baik ambil separate, MRTA plus perlindungan diri, anyway saya ambil MRTA aja

    BalasPadam
  4. @sharinginfoz : ok2 tq atas cadangan tu.. kira dan 2-0 ni.. takda lagi yg sokong ML ni.. hehehe

    BalasPadam
  5. terima kasih shared Myvitrd...terbaek sye agen rumah pown xtow..hahaha

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..