Makan. Tulis. Menang! | Selangorlicious

5/17/2011 04:13:00 PTG , 11 Comments

Salam semua,

Peluang menarik untuk blogger yang suka jalan-jalan cari makan.. yang mana buat masa ini selangorlicious sedang mengadakan satu pertandingan eat. write. win!.. hai mudah sangat tu, korang gi makan dah tu tulis review sikit dah tu berpeluang untuk menang.

selangorlicious

Nak tahu lebih detail baca dekat bawah ni

* ayat copypaste je ni

Dari 1 – 30 Mei 2011, Pasukan Selangorlicious! menganjurkan pertandingan blogging untuk mencari tempat makan yang terbaik di negeri Selangor. Untuk menyertai, anda cuma perlu melakukan langkah yang mudah ini :
  1. Keluar dan makan di Restoran (yang kecil atau) di serata negeri Selangor.
  2. Tulis tentang pengalaman anda di laman blog anda (tulis dengan semenarik mungkin!).
  3. Hantarkan penulisan anda ke website kami di www.selangorlicious.my berserta foto-foto sebagai bukti.
Pertandingan Blog Makanan Selangorlicious! yang pertama kali diadakan ini merupakan hasil gagasan Storm Studio, syarikat perundingan pakar seni rekagrafik dan fotografi yang berpusat di Taman Tun Dr. Ismail. Pertandingan ini bertujuan untuk mengetengahkan negeri Selangor sebagai destinasi makanan dan mengumpul entri bagi Panduan Makan Selangor, buku panduan bagi segala yang menyelerakan di dalam negeri Selangor. Tourism Selangor merupakan penaja platinum. Kami menjemput penaja-penaja lain untuk menyertai kami dalam pencarian untuk menjadikan negeri Selangor sebagai pusat tarikan bagi para penggemar makanan!

Pertandingan ini menawarkan hadiah-hadiah menarik:
  1. Hadiah Pertama – RM5,000 hadiah wang tunai dan pakej percutian di Selangor
  2. Hadiah Kedua – RM3,000 hadiah wang tunai dan pakej percutian di Selangor
  3. Hadiah Ketiga – RM1,500 tunai hadiah dan makan malam di restoran mewah di Selangor
  4. Hadiah Saguhati – 3 x Hadiah wang tunai RM500 dan baucer makan malam
  5. Foto Makanan Terbaik – RM1,000 dan kamera digital SLR
Di sepanjang pertandingan ini, kami akan menambah lagi pelbagai hadiah-hadiah menarik yang lain, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan terbaru di laman web kami!


logoslgicious

**Jadi apa tunggu lagi.. cepat gi cari lokasi makan menarik disekitar selangor dan sertai pertandingan ni.. siapa tahu untung rezeki anda boleh menang.. Tuah ayam nampak dikaki tuah anda Tuhan je yang tahu.

Untuk sebarang maklumat boleh layari website Selangorlicious atau facebook Selangorlicious dan juga di twitter Selangorlicious

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. Hi, too bad contest tidak buka untuk Pulau Pinang.
    Thanks for sharing.
    Lawat website saya http://mytastingoutloud.blogspot.com

    BalasPadam
  2. creative entry gak ni ;) u join ker?

    BalasPadam
  3. @Sue : hanya untuk kawasan selangor.. mai datang selangor makan2.. Penang tak boleh..

    @Mama Zharfan : join baru antar tadi .. kebetulan memang banyak buat entri pasal makan2 ni.. hehehe.. mencuba nasib je

    BalasPadam
  4. Bagus ni bro, thanks... manalah tahu kot2 sangkut kan

    BalasPadam
  5. menarik tapi miza tak boleh join :(
    miza kat kedah, celah mana lah miza nak pi makan kat area selangor -.-

    good luck bro:)

    BalasPadam
  6. wahh, bagus nih. boleh cuba. hehe..

    BalasPadam
  7. mcm best je bro? dh mcm aktiviti wajib skg makan n menulis.kehkehkeh

    BalasPadam
  8. Salam semua,

    ya terima kasih kerana mengepos tentang pertandingan kami.

    Hantarkan penyertaan anda dengan segera, anda boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang anda mahu.

    Pertandingan ini bukanlah pertandingan populariti melalui undi, jika begitu, sesiapa yang ramai pengikut dialah yang bakal jadi pemenang. Tapi pertandingan selangorlicious tidak begitu.

    Semua penyertaan akan dipilih melalui kualiti penulisan dan gambar yang diambil, jadi bagi kami, itu satu pertandingan yang adil.

    Jadi apa lagi, jangan tunggu lama-lama, tarikh tutup ialah pada waktu tengah malam 31 May 2011 (dah tak lama dah tu!) hantarkan penyertaan anda segera!

    - Pasukan Selangorlicious -

    BalasPadam
  9. sebenernya gini, kalau aku tidak setuju dengan pendapatnya nel, soalnya g smua cowok kaya gitu, aku orangnya g kasar dan suka perintah2 kok, meskipun aku memang cuek tapi aku memang sangat tidak suka menunggu dan membuat orang lain pun menunggu, begitulah sifatku. sebenernya karakter seorang cowok itu sama saja dengan cewek, kita lihat dari sifat mereka masing2.

    BalasPadam
  10. Pertandingan ini bukanlah pertandingan populariti melalui undi, jika begitu, sesiapa yang ramai pengikut dialah yang bakal jadi pemenang. Tapi pertandingan selangorlicious tidak begitu.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..