Tuesday, May 10, 2011

KOLONY – Kaedah Berangkaian Sosial Secara SMS

 

Salam semua,

Masih ingat lagi tak simbol misteri yang aku pernah tulis beberapa minggu yang lepas.. rasa-rasanya semua orang dah tahu apa yang berlaku dengan simbol misteri tu.. sampaikan dekat tiang-tiang jalan sekitar Kuala Lumpur pon banyak.

Akhirnya jawapan telah ditemui, apakah sebenarnya simbol misteri itu.. simbol misteri yang dimaksudkan adalah merujuk kepada website KOLONY.

kolony

Secara ringkasnya KOLONY merupakan salah satu produk keluarkan celcom yang mana satu kaedah berangkaian sosial melalui SMS yang membolehkan anda bersosial bersama-sama rakan anda.

Untuk pengetahuan anda lebih dari 1 juta pengguna telah dijangkiti dengan infeksi KOLONY ini.. dan ianya semakin cepat merebak keseluruh pelusuk negara. Apa yang menariknya dengan KOLONY ini adalah hari-hari anda akan lebih ceria dengan adanya DING, BOMM, FREN dan POPP di dalam KOLONY ini.

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN KOLONY INI?

Yang pertama anda mestilah pengguna Celcom dan langkah pertama anda adalah hanya taip sahaja KOLONY <jarak> nama samaran anda dan hantar ke 25333.

start kolony

Selepas anda mendapat nama samaran anda, anda sudah boleh bersosial dengan rakan-rakan anda melalui fungsi dibawah.

kolony ding

DINGDing rakan taulan anda dengan meninggalkan mesej kepada mereka. Ceriakan hari mereka dengan mesej ingatan anda pada mereka. Hantar KDING <nickname rakan> <mesej anda> dan hantar ke 25333.

kolony bomm

BOMM – Ingin berkongsi berita hangat dan ia harus disebarkan ke teman-teman dengan kadar segera? BOMM mereka dengan menaip KBOMM <mesej gempar anda> dan hantar sahaja ke 25333.

kolony fren

FREN – Berhubung dan berkenalan dengan rakan baru seramai mana yang anda boleh! Dengan KOLONY, semuanya anda mampu lakukan. Hanya hantar KFREN <nickname rakan> <komen> ke 25333.

kolony popp

POPP – Komen apa yang rakan-rakan anda perkatakan. Anda hanya perlu hantar KPOPP <nickname rakan> <komen> ke 25333.

Untuk  lebih banyak aktiviti menarik bersama KOLONY, hanya hantar KHELP ke 25333. Selepas itu, anda boleh memulakan eksplorasi anda ke seluruh dunia KOLONY.

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN SEMUA INI?

Bagus soalan anda itu.. jawapannya untuk memulakan semuanya anda perlukan KOINZ. Apa bendanya pulak KOINZ ni dan bagaimana untuk mendapatkan KOINZ ni? Nak dapatkan KOINZ ni mudah sahaja.. hanya perlu buat banyak panggilan ke mana-mana pelan terbaru XPAX .. lagi banyak panggilan sehari lagi banyaklah KOINZ yang korang dapat.

  • 1 – 5 panggilan sehari  = Percuma 10 KOINZ setiap panggilan
  • 6 &  lebih panggilan sehari = Percuma 20 KOINZ setiap panggilan
  • Setiap KOINZ akan dikreditkan pada hari berikutnya.
  • Bukan itu sahaja, KOINZ juga boleh dibeli dengan harga RM0.30 untuk 10 KOINZ, RM1.50 untuk 50 KOINZ dan beli 100 KOINZ dengan harga RM3.00

Dengan adanya pelbagai pelan terbaru dari Celcom XPAX anda akan lebih menikmati kesan infeksi dari Kolony.. Jom kita tengok kelebihan pelan-pelan terbaru dari XPAX.

pelanxpax

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan baru dari XPAX ni boleh rujuk terus dilink ini http://www.xpax.com.my/new_plan.html.. Apa yang anda tunggu lagi cepat dapatkan pelan-pelan terbaru dari XPAX.

Sebelum tu jika anda belum lagi mendaftar di Kolony.. terjah link https://kolony.com.my/ untuk pendaftaran dan rasai sendiri bagaimana infeksi kolony ini menyerang anda..

Aku kini telah dijangkiti.. mungkin anda ingin merasainya.. jangan berlengah lagi.. daftar sekarang di KOLONY.

7 comments:

  1. wahhh, ni advertorial nuffnang ker?

    ReplyDelete
  2. @ohcikgu : :-) lebih kurang macam tulah..

    ReplyDelete
  3. kfren m3joh
    ill be ur besfrenz

    ReplyDelete
  4. kfren calonspm12 dye nk tmbh byak frenz 2

    ReplyDelete
  5. macam mana nak ubah nickname dalam kolony?

    ReplyDelete
  6. JUST update "MREQUEST"
    pRAY FoR KoINz=D

    ReplyDelete
  7. Macam mana nk mendapatkan kawan dl kolony nih,sbb kolony sy xde fren jdi sy xleh kbomm dan sebagainya

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini