I like Nippon Paint because…

5/22/2011 11:43:00 PG , 7 Comments

 

Salam semua,

Siapa yang tidak suka bila masuk sahaja ke dalam ruangan bilik tidur atau ruangan tamu rumah melihat warna yang menyejukkan mata dan hati.. Mungkin dikala hati tengah runsing apabila melihat warna-warna yang harmoni ni mampu melegakan tekanan dijiwa.

rumah mertua - ruang tamu Ruang tamu umah mertuaku yang sentiasa bersih & kemas

Bayangkan dalam situasi anda dalam tekanan masuk sahaja ruang bilik tidur dengan warna dinding bilik yang seakan-akan warna garang dan gelap seperti dalam penjara akan membuatkan diri anda lagi tekanan.

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.. begitulah juga jika anda ingin memilih cat yang sesuai untuk rumah atau bilik idaman anda.. bagi aku Nippon Paint akan menjadi pilihan utama.

Print Nippon Paint Blobbies Facebook page

Kenapa aku sukakan warna dari cat Nippon?

“I Like Nippon Paint Because…..” Nippon paint merupakan cat yang baik untuk digunakan didalam ruangan bilik tidur atau ruang tamu kerana mempunyai ketahan dari serangan kulat/bakteria dan mudah untuk dibersihkan. Selain itu Nippon Paint mempunyai banyak pilihan warna-warna yang menarik.

Jadi korang sekarang dah tahukan kenapa aku pilih Nippon Paint untuk warna dalam rumah kami.

Kebetulan buat masa ini pihak Nippon Paint dan Nuffnang sedang mengadakan satu contest bagi menghiasi ruangan bilik rumah idaman dan aku pertaruhkan 2 ruangan bilik tidur untuk di cat semula oleh pihak Nippon Paint.

rumah mertua - bilik tidor

         rumah mertua - bilik tidor 1 rumah mertua - bilik tidor 2

Ruang bilik tidur diatas menjadi pilihan pertama aku untuk di makeover oleh pihak Nippon Paint, kalau korang nak tahu nilah bilik tidur cik malarang ketika bujang dan bila dah kawin aku tumpang sekalilah dalam tu.. hehehe.. takkan nak tidur luar pulakan.

Warna cat bilik diatas telah berusia hampir lebih 3 tahun yang mana telah dicat oleh bapa mertua aku ketika nak bertunang dulu.. Punya excited masa tunang dah cat bilik tidur tu.. hehehe

rumah mertua - bilik tidor mertuaYang ini ruangan bilik mertua aku.. pasal apa jadi macam ni.. sebenarnya bilik ni baru sahaja di renovate.. dan mungkin akan dicat dengan warna baru nanti.. Jika pihak Nippon tidak mahu membuat makeover didalam bilik tidur kami, kami pertaruhkan bilik mertua kami ni sebagai penyertaan untuk dimakeover.. :-)

Kalau ada rezeki bilik ini dimakeover aku nak jadikan sebagai hadiah kepada kedua ibu bapa mertua aku nanti..

Kalau korang nak tahu mak mertua aku ni.. memang rajin buat makeover & renovation rumah.. paling tidak setahun 3 kali.. hehehe

Nota buat mertua : “Apa kata kalau rumah ibu dah habis renovate, ibu taja renovate rumah kami pulak ye.. hehehe” (nada gurauan dari seorang menantu)

 rumah mertua - melepa

Yang ni iklan je.. aku pon boleh buat rumah juga tau.. kerja-kerja ni aku pernah buat beberapa tahun dulu.. kira ni asah bakat balik ni.. mana tahu ada rezeki nak renovate umah baru kami nanti.. boleh aku buat sendiri.. :-)

Sertai Contest 'I Like My Home' dari Nippon Paint

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. tere2.. :)
    leh jd tukang umah..

    BalasPadam
  2. wahhh.. rumah tengah renovae leh laaa kasi nippon paint setel.. heheheh

    BalasPadam
  3. boleh minta tolong nih. nice job bro :)

    BalasPadam
  4. @Syuq : memang boleh pon.. tapi reban ayamlah..hehehe

    @Sharinginfoz : tq2 bro..

    @KiD : hope bolehlah nippon cat umah mertua aku ni.. hehehe

    @Ronaldmohoni : boleh2 je..hehehe

    @Matjoe : tq2 bro

    BalasPadam
  5. I feel like joining this, but too lazy to write. Guess your chance to win is bigger, hehe :D

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..