Aku Nak Marah Lawyer Atau Bank Bengang Betul!

5/09/2011 11:37:00 PTG , 17 Comments

 

Salam semua,

Sebelum nak tutup mata ni aku nak cerita sikit pasal apa yang terjadi hari ni.. aku memang takda mood sebenarnya nak tulis apa-apa hari ni.. sebab tu dari pagi sampai sekarang baru entri ni aku buat.

Aku bengang hari ni bila aku contact lawyer aku tadi tanya pasal status rumah yang aku beli tu bila nak dapat kunci.. lawyer kata tengah tunggu cek baki bayaran dari pihak bank untuk diserahkan pada owner rumah yang aku beli tu.. berapa lama tak tahulah? lepas tu  baru boleh ambil kunci.. yang ni tak pelah aku boleh sabar lagi.

rumahbaru

Apa yang aku bengang adalah bila lawyer cakap owner nak tuntut ganti rugi kelewatan pembayaran baki pembelian rumah yang katanya dah tamat tempoh 3 bulan dari tarikh aku sign S&P hujung tahun lepas.. Hampeh betul.. pasal apa aku pulak kena denda.. ni semua lawyer dengan banklah yang lembab uruskan.. tak pasal-pasal yang dapat bala aku pulak.

Lawyer cakap jumlah denda tu bergantung berapa hari lewat owner tu terima bayaran.. kalau tak silap dia kata lebih dari 1k kot.. sebenarnya memang dah lebih 1 bulan tamatnya tarikh S&P tu..(sign S&P 27/12/2010) arrrgggg aku bengang tak pasal-pasal duit buang macam tu je.

So aku nak minta tolong sapa yang ada pengalaman dalam urusan beli rumah ni.. dan macam mana kadar denda tu dikira?

P/S: MatJoe ko kena tolong terang dengan aku.. sebab ko ni pakar bab-bab ni sikit.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

17 ulasan:

  1. boleh nego baKK2NI BRO.ni la salah satu yg lawyer ambil kesempatan...kalau bro ada bukti di mana part yang lambat tu,minta diorang yang bayarkan penalty tu....ramai yang terkena kes camni..one of the reason coz S&P biasanya 3+1 ..katanya dah standardize..walhal,kalau kita sah tau awal2 memang tak sempat settle dlm 4 bulan, still tak boleh nak bulan 4+1 ke,5+1 ke....

    flaw to our legal system..yg kenanya..buyer juga..almost terkena masa 2nd house aritu..nasib baik awal2 dah warning both lawyer n bank, kalau lewat, u all have to pay it..hak2..jgn main2 ngan mat tiger...

    BalasPadam
  2. @Eyriqazz : tq bro.. nasib baik ko bagi semangat sikit.. sebut nama mat tiger je.. aku dah ok semula ni.. hahaha..... nanti aku tanya lawyer tu.. bleh nego ke?.. nilah masalahnya kalau beli rumah.. sabor jelah.. ni semua gara-gara bank aku tu lembab..

    BalasPadam
  3. aku tak pernah beli umah atas tangan orang. cuma macam kes nkgo ni, kalau apa yg owner asal mintak terkandung dalam SNP, perlulah hormati, dlm kes ni macam eyriqazz cakap la, try nego sama lawyer dgn bank. mmg kene selalu follow up dgn bank dan lawyer pasal time line. to some point mmg kene tinggikan suara. yep, jadi myvi tiger tak pun pirate of pulau tioman

    BalasPadam
  4. Myvitrd-->> leh tak kasi tawu lawyer dari tetuan mane n bank ape..

    senang sikit..bagi pengajaran n peringatan kpd semua..

    BalasPadam
  5. @Matjoe : tq mat.. aku dah nak jadi tiger ni.. hehehe.. tulah nanti aku bincang dengan lowyer pasal benda ni.. tapi memang aku ada hot sikit bila kena kes macam ni bro.

    @Derok : takpe biar aku bincang baik2 dulu dengan lawyer dulu.. kalau tak jalan baru aku gegar dalam blog lagi sekali

    BalasPadam
  6. bagus2..
    bkn ape...
    cume nk bagi pengajaran jew..
    bior padan dgn deme..
    kite bakor jew..

    tapi penyelesai secara profesional & berhemah adalah amat diutamakan..

    kalau tak jalan jugak, ko try la pegi tribunal tuntutan pengguna...

    BalasPadam
  7. @Derok : alhamdulilah hampir selesai bro..

    @ohcikgu : hampir seatle.. setelah berbincang petang tadi.. yang penting tolak ansur

    BalasPadam
  8. ramai yang ada pengalaman pahit beli rumah... ada 3 kali - 2 beli dgn pemaju - satu kes lewat 3-4 tahun, dok bayar bank buta2 je.

    harap2 kes dpt diselesaikan elok2...sesiapa nak beli rumah mmg kena bersedia macam2 kejutan. Duit jgn ckplah... lawyer pun dah 2, satu dgn bank, satu dgn pemaju

    BalasPadam
  9. @Kujie : wah otai datang komen lah.. hehehe.. Memang betul Kujie.. macam2 kejutan aku dapat.. kalau duit tak cukup memang menangis dibuatnya.. sebab banyak urusan.. lawyer dengan bank satu hal juga.. kekadang macam fikir dia orang ni berpakat ke?

    Apa pon tq atas nasihat tu ye ..

    BalasPadam
  10. terpanggil untuk memberi komen di sini. untuk pengetahuan anda, saya pernah jadi peguam satu masa dulu (skrg dah tukar profesion : cikgu).

    saya ada pengalaman mengendalikan subsale & pernah juga membeli rumah. biasanya saya akan terangkan isi kandungan s&p serta proses yg akan dibuat oleh peguam & beri peluang kepada pembeli untuk bertanya (jika ada sebarang pertanyaaan).

    Mungkin dalam kes anda, peguam tidak menerangkan secara lanjut. biasanya jika tanah mempunyai sekatan & memerlukan kebenaran dari pihak tertentu, tempoh 3 bulan mmg tidak mencukupi. tambahan pula, pihak peguam perlu menghubungi peguam bank (pembeli pertama) untuk mendapatkan baki terkini (bagi tujuan refinance), proses ini juga akan mengambil masa.

    Nasihat saya, berbincanglah dengan baik. Peguam juga manusia & berkhidmat utk kliennya.

    "Orang berbudi kita berbahasa.."

    BalasPadam
  11. @Laili : Dari Lawyer kepada Cikgu.. oklah tu.. apa pon terima kasih atas komen dan pandangan sebagai lowyer..

    Ye betul mungkin lawyer tidak menerangkan kepada kami tentang kesan jika lewat 3 bulan SNP tu..

    Apa pon kami telah berbincang secara baik dengan lawyer dan penalty yang dikenakan tidaklah mencecah angka ribu..

    Kekadang ada masanya kita kena bertolak ansur untuk memudahkan urusan..

    BalasPadam
  12. sekadar pandangan peribadi & nasihat guaman yg tak perlu dibayar :) (maklumlah dah tak praktis & nama pun dah tak tersenarai dalam Majlis Peguam sejak April 2007)

    * Born to be a lawyer -> a teacher :)

    BalasPadam
  13. betul la ..beli rumah atas tangan org ni memang kena banyak bersabar...mcm2 kerenah org ada...dgn kerenah agen,kerenah owner, dgn banknya...dgn pejabat tanah lagi...memang kena banyak sabar tul.

    BalasPadam
  14. hem...patut la org kata lebih baik jgn beli atas tangan...kalu ngan pemaju pun kena tgk la pemaju yg ok. kena surf betul2.

    BalasPadam
  15. just nk share...saya as owner nk jual rumah..share lawyer dgn buyer..snp saya 120hari + 1 bln...penalty plak 6% shj..masa sign aritu xperasan..bila dh stamping baru perasan..as buyer mestila best sbb tmpoh lama utk setel..tp as owner rasa xbestla sbb xmcm normal practice.. 3+1 and penalty 8%.. dh bg tempoh lama camtu pun masih xsetel lg...kita nk cepat setel sbb dh xnk tanggung 2aset..

    BalasPadam
  16. saya pun terkena benda macam ni, bagi saya la sepatutnya tempoh bayaran baki tu bagilah sehingga 6 bulan atau setahun pun takpe bagi memberi keadilan kepada pembeli, sebab duit bukan pembeli yg pegang tapi bank. kalau bank lewat proses pembeli tak boleh nak buat apa apa, ini menindas pembeli namanya. dan satu lagi denda lewat tu sepatutnya dikenakan kepada pihak yg lewat membuat pembayaran iaitu pembeli(jika dia beli dengan duit tunai sendiri) bank jika loan melalui bank dan lawyer bank jika pihaknya yg lambat buat kerja. harap pihak berwajib mengambil berat perkara ini sebab setiap kali pembeli membeli rumah segala masalah semuanya dilonggokkan kepada pembeli. sedangkan penjual atau pemaju goyang kaki tunggu duit masuk lepas tu bila lewat dapat duit diorang dapat pulak side income iaitu interest yg menindas pembeli. dan bank pulak ikut suka diorang je nak lewat ke nak cepat proses ke lantak la, bukan diorang yg tanggung denda tu nanti.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..