2,058 Anak Tangga Menara Kuala Lumpur Berjayaku Daki

5/11/2011 01:28:00 PTG , , 11 Comments

 

Salam semua,

Saja nak kongsi beberapa keping gambar semasa aku ambil bahagian dalam acara KL Towerthon 2011 hujung minggu lepas.

KL Tower Night TowerthonBuat pertama kalinya pihak KL Tower mengadakan acara memanjat tangga ini diwaktu malam yang mana sebelum ni dibuat pada waktu siang.. kalau korang nak tahu ni merupakan penyertaan aku yang kali ke-3.

Alhamdulillah akhirnya sebanyak 2,058 anak tangga berjaya aku takluki dalam masa 34 minit 18 saat pada malam ahad lepas.

 kl towerthon 1 No. bertuah ni.. Syukur berjaya tamatkan misi larian anak tangga

kl towerthon 2 Dulu kini dan selamanya.. nilah satu-satunya kasut larian aku.. tunggu sponsor kasi kasut baru..hehehe

kl towerthon 3 tu dia.. kepenatan setelah berlari sejauh 800 meter sebelum memulakan larian di anak tangga

kl towerthon 4

Akhirnya aku dikalungkan dengan medal tanda terlah berjaya menamatkan larian

kl towerthon 5

Yang tercinta & tersayang sentiasa bagi support moral untuk segala aktiviti sosial aku.. tq sayang teman abg malam tu

kl towerthon 6

Berlatarbelakangkan KL Tower.. tunggu 2012.. myvitrd Junior akan berlari bersama.. :-)

kl tower 2011 resultNota kaki : Untuk keputusan rasmi pemenang larian KL Towerthon 2011  boleh rujuk di http://www.kltower.com.my/index.cfm?sc=categories

Sedikit Info tentang Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Menara Kuala Lumpur boleh rujuk di http://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Kuala_Lumpur atau http://www.menarakl.com.my/index.cfm

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. tetiber terkenang mase dulu2 dating kat puncak menara tu,. keh keh keh ,. tapi tak panjat tangga,. naik lift jer,. keh keh keh

    BalasPadam
  2. fuyyooo!!
    teror siot..
    teringin jugak nak panjat anak tangga yg banyak tu..
    tapi masalahnya kelas yg 3 tingkat tu pon nak naik semput inikan pulak 2058 anak tangga..
    pancit wo0o0o0...

    BalasPadam
  3. rasa lain macam jerrr baca entri nie hehe

    BalasPadam
  4. @malarang_kak : Tahun depan dah ada orang teman sayang time abg berlari.. hehehe

    @mcm nilah : wah dating dekat menara tu.. jangan terjun menara bila frust sudah bro.. hehe.. Peluang nak naik tangga ni time larian je... setahun sekali

    @Syaz : boelh cuba tahun 2012.. ramai je yag panjat.. tak semestinya lari.. tak larat berenti rehat.. yag penting habis.. memang puas

    @Far_east : hehehe.. apa yang lainnya.. saya naik anak tangga je.. bukan terbang naik menara tu.. hehehe

    BalasPadam
  5. pertama : sebab dah tau nama sebenaq kamu hihi..

    kedua : ayat myvitrd junior tue ermmm berpikir2 sat apakah ada gud news hehe

    BalasPadam
  6. @far_east : wah memang bijak kamu ni cari nama myvitrd dalam list tu.. hehehe.. insyallah pengumuman akan dibuat bila masa sesuai.. hehehe

    BalasPadam
  7. whoaaa... nie dah boleh mintak sponsor kasut baru tahun depan nie...

    BalasPadam
  8. tahniah bro... saya pun lari jugak untuk towerthon... men open... 28min... (pelampung bocor)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..