Misteri Simbol Di Kampung Mertua & Di Rumah Aku

4/01/2011 04:47:00 PTG 4 Comments

Salam semua,

Aneh dan pelik itu yang boleh aku katakan dekat korang semua.. mana tidaknya semalam adik ipar aku ada kirim satu email fail bergambar yang katanya  satu fenomena pelik telah berlaku di kampung mertua aku..

Lokasi mungkin disekitar pantai di Pulau Pinang.. aku pon tidak pasti sebelah mana sebab adik ipar aku takda nyatakan pulak.

Tapi yang peliknya takkan adir ipar aku edit gambar tu baru kirim dekat aku.. yelah mana tahu saja nak kenakan akukan.. Untuk mendapat kepastian aku contact adik ipar kata gambar yg dikirim tu dah edit ke? dia kata tidak pernah edit... teka-teki dah mula bermain dekat kepala aku. 

Mula-mula aku ingat mungkin satu bayang-bayang kot dari matahari.. tapi bila aku cuba besarkan jelasnya bukan bayang-bayang dari matahari.. memang jelas dekat gambar atas air laut tu ada sesuatu.. huhuhu.. seram ni..

Simbol Misteri 3
cuba korang tengok betul-betul gambar sebelah kanan tu.. apa benda ye?

Aku gi panggil wife aku tanya.. syg rasa gambar ni pernah  edit tak?.. dia kata gambar macam real... takda edit ni.. maklum jelahkan orang pompuan ni creatif sikit bab edit-edit.. so mungkin dia tahu pasal gambar palsu atau gambar betulkan.. tapi bila dia kata takda rupa edit.. aku tengok muka dia.. dia tengok muka aku.. dah tu kami berdua serentak bertanya.. “SIMBOL APA TU YE?”

Jantung dah mula berdegup kencang… tak habis lagi dekat situ.. tiba-tiba tv dekat umah aku macam ada ganggung je.. macam ada keluar simbol dekat air laut tadi.. cuma yang dekat tv tu warna merah.. aduh.. panik aku dengan wife aku dibuatnya semalam.

Dalam kepada aku ni.. dah mula aku fikir bukan-bukan..

- Ni tanda-tanda nak akhir zaman ke? atau dah nak kiamat dah
- Ni tanda-tanda mahluk asing nak singgah bumi ke? maklum jelah baru lepas tengok cerita mahluk asing.
- Atau kesan dari pencemaran alam dan bahan kimia dari kilang-kilang ke?

Bila aku fikirkan semula.. aku sorang je ke yang pernah tengok simbol ni.. dengan sepantas kilat aku gi google dekat internet.. tapi yang aku jumpa rupanya dah kecoh satu youtube pasal simbol ni..





Aku ada jumpa dekat youtube orang publish simbol pelik seperti dekat tv rumah aku.. ini maknanya bukan aku sorang je yang nampak.. huhuu..

Korang perasan tak dalam tv korang ada keluar simbol misteri tu? Kalau tak perasan cuba korang tunggu nanti balik umah.. kalau korang nampak juga….rasa-rasanya baik kita semua siap sedia sekarang untuk hadapi sebarang kemungkinan ni.

Korang masih ingat tak cerita Resident Evil?.. Simbolnya seakan-akan sama… Adakah ?

Aku tak nak berteka-teki sorang diri.. kalau korang ada info pasal simbol ni.. cuba kongsi bersama dengan aku.. supaya kita dapat tahu apa motif simbol-simbol pelik ni muncul..

Rasa-rasa korang apa ye? Bulu roma dah meremang ni ! ..huhu.. ada info nanti aku kongsi lagi..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. simbol tu. musykil ni.
    takot pun ada gak.
    comelnya ketam :)

    BalasPadam
  2. nak tanya... dgn beautiful nara tu ada link sedara ke?

    BalasPadam
  3. alahai sian kt kwn2 kita yg percayakan simbol nie dan takutkan simbol nie :(


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..