KWSP Lancarkan Skim Pengeluaran Mudah

4/19/2011 09:47:00 PG 4 Comments

Salam semua,

Malam tadi aku terdengar berita dari Berita Utama TV3 Jam 8.00 malam yang mengatakan bahawa mana-mana ahli KWSP yang telah berumur 50, 55 dan mempunyai simpanan melebihi RM1 Juta layak mengeluarkan simpanan mereka.

Berita lanjut saya petik dari laman website KWSP seperti dibawah



Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memohon pengeluaran umur 50, 55 tahun dan Simpanan Melebihi RM1 Juta dengan lebih mudah.

Penambahbaikan yang baru diperkenalkan ini membolehkan ahli memohon pengeluaran berkenaan dengan mudah tanpa perlu mengisi borang, menyertakan salinan kad pengenalan dan buku akaun bank.

“Inisiatif Pengeluaran Mudah ini dilaksanakan untuk mempercepatkan proses permohonan pengeluaran umur 50, 55 dan Simpanan Melebihi RM1 Juta. Ia menunjukkan komitmen KWSP yang sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan untuk manfaat ahli,” kata Tan Sri Azlan Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP.

Dengan proses baru ini, ahli yang ingin membuat pengeluaran tersebut hanya perlu membawa bersama kad pengenalan dan buku akaun bank ke mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP. Kelulusan boleh dibuat serta-merta setelah identiti ahli dan kelayakan pengeluaran disahkan.

Oleh kerana perkhidmatan ini khusus untuk pemegang myKad sahaja, ahli yang memiliki kad pengenalan tentera atau polis atau yang masih lagi menggunakan kad pengenalan lama tidak boleh menikmati kemudahan ini. Mereka perlu melalui proses pengeluaran biasa dengan mengisi Borang KWSP 9 dan mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan buku akaun bank.

“Dengan jumlah ahli yang kian meningkat, amatlah penting bagi KWSP memastikan penambahbaikan sistem penyampaian melalui teknologi ini diteruskan. Ahli diberi jaminan bahawa data dan maklumat peribadi mereka dilindungi berdasarkan tahap keselamatan yang diwujudkan melalui pensijilan ISO/IEC 27001 yang diterima KWSP setelah mematuhi standard antarabangsa yang ketat untuk pengurusan keselamatan data,” kata Tan Sri Azlan.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Tarikh: 18 April 2011
[Sumber rujukan KWSP]


Nota Kaki : Rasa-rasanya apa pandangan korang tentang skim pengeluaran mudah ni.. adakah dengan skim ini akan menjejaskan persaraan hari tua pekerja atau sebaliknya

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. baguslah perlu permudahan urusan

    BalasPadam
  2. bagusla...harap2 tiadala pihak yang cuba mengambil kesempatan bila dan seang ni...i.e. ajak join MLM/skim cepat kaya..

    BalasPadam
  3. @sharinginfoz : betul2 tu... tapi harap tak disalah gunakan

    @eyriqazz : betul tu bro.. kekadang bila dah dibagi kemudahan.. ada je orang menangguk di air yg keruh..

    BalasPadam
  4. kalau dah ada duit tu nanti, hope dibelanjakan dengan berhemat...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..