Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak Kali Ke-10 2011 | Live Update

4/16/2011 09:01:00 PTG , , 5 Comments

Salam semua,

Tanggal 16hb April 2011 bermulalah hari pengundian bagi semua Dun di Negeri Sarawak bagi menentukan siapakan calon yang bakal memimpin Negeri Sarawak pada masa akan datang.

Diharapkan rakyat Sarawak dapat mengundi dengan sebaiknya tanpa sebarang insiden yang buruk berlaku..


Dijangkakan keputusan undian dapat diketahui seawal jam 8.00 malam ini dan pastinya semua pemerhati hati politik dan ahli politik berdebar-debar menantikan keputusan bagi beberapa kerusi panas di Dun Sarawak ini.

Insyaallah blog ini akan cuba membuat live update situasi sepanjang proses undian berlaku.. dan keputusan pilihan raya juga akan diupdate dari masa kesemasa..


** Nantikan Update Terkini 


8.54pm: Kedudukan kerusi:

BN: 55
DAP: 12
PKR: 3
Independent: 1



8.45pm Sehingga ini BN memenangi 30 kerusi - PBB (20), SUPP (3), SPDP (4). Pakatan Rakyat pula menang 15 kerusi - DAP (12) dan PKR (3).[Sumber Malaysiakini]


1.20pm Stesen radio berbahasa Cina milik kerajaan - Ai FM - melaporkan kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi.

1.15pm Pengiraan undi di kerusi yang ditutup awal, menunjukkan PKR mendahului di Layar, Meluan, kakus, Tamim, Jepak, tasik biru, dan Ba'Kelalan. BN mendahului di Saribas.

1pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah ini. [Sumber Malaysiakini]


** Update 9.30**
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.

Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal. [Sumber Malaysiakini]


Nota Pesanan buat pengundi : Keluar mengundi seawal mungkin bagi mengelakkan cuaca hujan disebelah petang dan jangan lupa bawa kad pengenalan diri.

"Selamat Mengundi Untuk Rakyat Sarwak"

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. cayalah le bro, result dah kuar mesti ramai yang cari ni, all the best

    BalasPadam
  2. @sharinginfoz : hehehe.. mengalahkan reporter dekat sarawak aku ni.. hehehe

    BalasPadam
  3. @suffer8zine : kalau menang besar Taib mungkin awal keputusan kot.. kalau kalah.. mungkin lewatlah.. standard macam sebelum2 ni.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..