Kenduri Kambing Biri-Biri

4/03/2011 11:51:00 PG , 0 Comments

 

Salam semua,

Minggu ni aku balik kg. di Johor sebab family aku nak buat sedikit kenduri doa selamat.. jadi sampai-sampai kg. je semalam mak aku cakap nak potong kambing.. apa lagi pagi-pagi sabtu lagi aku dah bawa atuk aku gi cari kambing biri-biri yang nak buat lauk kenduri dekat umah tu.

Jom kita layan gambar sepanjang persiapan buat kendiri tu..

kambing biri-biri

Setelah 3 kandang kambing aku terjah.. akhirnya kandang BARAQAH FARM ni je ada supply kambing biri-biri.. rasa-rasanya sapa-sapa orang dekat daerah Pontian tu nak cari kambing biri-biri boleh contact tokey kambing tu.. siap aku bagi contact number dia lagi

kambing biri-biri 2 Ada berpuluh ekor kambing biri-biri dekat kandang ni.. tapi rasa-rasanya nilah yang paling besar n sesuai dengan harga yang telah ditawarkan tadi.. Seekor RM600 hidup.. kalau siap sembelih kena tambah RM30 upah sembelih katanya.

kambing biri-biri 3 Pekerja tengah ikat kaki kambing ni.. baik je kambing ni.. suara sikit pon tak keluar masa kaki kena ikat

kambing biri-biri 4 Tengok tu .. rasa kesian pon ada gak.. muka dia sedih je.. kena pisah dengan kawan2..hehehe

kambing biri-biri 5 Muat-muat satu kereta sorong.. ready nak bawa masuk bodet kereta aku.. kalau korang nak tahu semalam myvi aku bau kambing sehari.. hehehe.

kambing biri-biri 6 dah macam gembala kambing dah.. boleh jadi blogger jutawan kambing ke?

kambing biri-biri 7 Selesai disembelih… aku tak sempat nak tengok kena sembelih tadi.. sebab sebuk cari kamera.. tiba-tiba datang dah kena potong dah.

              kambing biri-biri 8 kambing biri-biri 9

Ada gaya tak.. aku sebenarnya dah biasa buat keje-keja melapah ni.. sebut je.. ayam, kambing,lembu semua aku dah pernah lapah.. kecuali unta je belum lagi.. hehehe

kambing biri-biri 10 

Nilah dia hasil lepas aku lapah kambing tu… tinggal nak tunggu masak je ni.. Kita tunggu gambar lepas masak nanti ye..

P/S : Betul ke orang yang ada darah tinggi ni tak boleh makan kambing? Persoalannya Kalau kambing punca penyakit darah tinggi.. napa orang Arab ok je makan kambing sorang seekor.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..