Impian Hampir Menjadi Kenyataan

4/08/2011 03:51:00 PTG , , 4 Comments

 

Salam semua,

Setiap orang ada impian ingin memiliki rumah sendiri tanpa menyewa sepanjang hayat.. begitu jugalah dengan aku.. cukuplah bagi aku hampir 5 tahun aku menyewa di Kuala Lumpur ni.. dan sekarang dah tiba masanya aku ingin memiliki rumah indaman sendiri.

Biar pon rumah yang kita beli ni kecil.. tapi itulah milik kita selamanya.

Sebenarnya projek mencari rumah idaman aku dah uruskan dari tahun lepas lagi pada hujung bulan september 2010.. dan sekarang dah masuk 7 bulan urusan pembelian rumah ni masih lagi tak selesai.. boleh rujuka entri “Susahnya Nak Lulus Pinjaman Perumahan”

ocbc home loan

 OCBC Bank pilihan aku

Tapi alhamdulillah semalam aku dah dapat surat pembayaran pihak bank kepada pemaju yang mana pihak bank telah menguruskan pembayaran kepada pemaju tersebut, dan aku dikehendaki memulakan pembayaran bulanan rumah tu bermula awal mulan Mei nanti.

Maknanya tak lama lagi kunci aku dah boleh dapat.. Di harapkan segala liku-liku dan rintangan yang aku lalui selama menguruskan rumah ni akan berakhir tidak lama lagi.

Memiliki rumah sendiri bukan semudah membeli kacang rebus dipasar-pasar malam.. banyak persediaan yang perlu dibuat sebelum memutuskan untuk membeli rumah.

Kalau korang nak dapatkan tip atau info berkenaan panduan pembelian rumah ni.. blog ini boleh dijadikan rujukan dan panduan.. Panduan Hartanah dari Mat Joe

P/S : Pada pandangan anda mana untung menyewa atau membeli rumah sendiri?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. Salam kunjunangan... singgahla di blog saya

    BalasPadam
  2. wah..akhirnya azam tahun ni dah tercapai ye..huhu..kite tgh tunggu keputusan bank ni..lulus ke x pinjaman..huhu.lame kn nak tunggu

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..