Duit Melayang 1K Hari Ini Mungkin Ada Hikmahnya

4/30/2011 09:08:00 PTG , , 3 Comments

 

Salam semua,

Siapa yang sangka asalnya nak tukar je tiba-tiba lain pulak jadinya.. nilah kisah cerita aku siang tadi bila lepas je sarapan dekat kedai mamak, terus aku ajak cik malarang gi service tayar kereta aku dekat bengkel tayar TTDI.

Tukar tayar

Nak jadi cerita asalnya aku nak tukar je tayar yg dah habis bunga tayar depan ke belakang.. tapi bila mekanik tu buka je empat-empat tayar tu apa yang memeranjatkan aku.. semua tayar aku dah rosak dengan bergelembung.

Tukar tayar 1

Korang tahu kalau tayar dah gelembung ni maknanya bila-bila masa je boleh meletup.. jangan buat main-main beb tayar kereta ni.. setelah aku bincang dengan mekanik tayar dengan cik pn malarang.. aku ambil keputusan untuk tukar 4 biji tayar kereta aku tu.

Tukar tayar 2

Yang sedihnya duit yang kami simpan untuk shopping hari ni terpaksa aku gunakan.. bila tengok muka cik malarang macam sedih je.. mana tidaknya plan nak g shopping dah cancel dek gara-gara tayar kereta aku yang buat hal.

Apa pon keselamatan aku utamakan dulu baru shopping.. ada rezeki lain baru gi shoppinglah semula ye sygku.

2 perkara yang perlu korang ambil berat bila memiliki kereta ni, yang pertama keadaan tayar sentiasa baik dan kedua keadaan brek yang perlu sentiasa diselenggara.

Tukar tayar 3 Tukar tayar 4 Tukar tayar 5 Tukar tayar 6 Tukar tayar 7 Tukar tayar 8 Tukar tayar 9

Lepas ni aku tak perlu nak risau lagilah untuk tempoh 2 tahun bab tayar ni.. maklum jelah nak dikatakan hampir setiap bulan mesti nak balik Johor atau Penang.. sebab tu tayar ni cepat haus.. kalau korang tak nak haus tayar tu.. simpan je kereta dekat umah.. hehehe.

Spesifikasi tayar baru:

continental sportcontact_1

Jenis : Continental CSC1 195-50-16 (RM250/unit)

Nota kaki : Pesanan mekanik bengkel kepada aku tadi.. untuk menjaga ketahan tayar supaya dapat bertahan lama.. kita perlu sentiasa membuat service tayar setiap 7000KM.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. Tolong cerita pengalaman guna tayar continental baru tu.

    BalasPadam
  2. membuat servis tayar tuh maknenye apa? servis mcmana?

    tq.

    BalasPadam
  3. so far memang berpuas hati dgn continental

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..