Friday, April 22, 2011

Cinta Lama Kembali Semula | Kenapa Ianya Terjadi Dalam Hidup Ini

Salam semua,

Sesuatu yang amat diharapkan dan moga dijauhkan dari semua orang yang telah hidup berpasangan.. Tapi apa yang boleh kita lihat disekeliling kita adalah ternyata ianya berlaku.

Cinta lama kembali semula... tidak kiralah samada si lelaki atau si perempuan iainya kekadang sesuatu yang tidak boleh dielak bagi pasangan yang pernah menjalinkan cinta kepada pasangan yang sebelumnya.

Siapkah yang menjadi punca pengoda.. jari nak ditujukkan kepada si lelaki atau si perempuan.. seperti kata pepatah kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Kenapa tiba-tiba aku mengutarakan isu "Cinta lama kembali semula" adakah cinta lama aku telah kembali?sebenarnya tiada kena mengena dalam hidup aku ini semua adalah kerana baru je tadi aku lepas tengok  ulangan semanis kurma di tonton.com.my yang menghuraikan bagaimana untuk menghindari Cinta lama kembali semula.


Untuk mengetahui lebih lanjut perbincangan "Cinta lama kembali semula" boleh tonton di laman web tonton.com.my atau download terus di sini.

Nota kaki : Apa pandangan korang tentang isu cinta lama kembali semula ini? Apakah tips untuk menghindari diri kita dari terperangkap dengan cinta lama kembali semula.

P/S : Kalau boleh jagalah rumah tangga yang korang bina selama ini.. jangan biarkan kerana cinta lama anda itu menghancurkan kebahagian rumah tangga yang telah anda bina selama ini. Jika anda anak kasihanilah anak-anak kamu itu.


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

7 comments:

  1. tak perlu cinta lama or cinta baru..pokok pangkalnya.. kalo dah hati tu kemaruk dengan cinta.. goodbye lah keluarga.. huhuhu..so.. tips nyer senang..SEDAR DIRI, JANGAN GATAL-GATAL NAK MULA..hehehe.. nampak garang kan.. but itulah hakikatnya.. sekali dah terjebak..musnah segalanya..huhuhu

    ReplyDelete
  2. cinta lama tak cinta lama , kena berpijak di bumi nyata.. fikir waras & ingat tanggungjawab. Kalau dah anak berderet dgn pasangan sekarang apa jadahnya nak hingat cinta lama.. kita sepatutnya bertanggungjawab atas segala tindakan dan keputusan yg kita ambil sehingga kita jumpa pasangan (suami/isteri) kita sekarangg.. jgn gatal2 nak jadi mat jeninn... wallahualam

    ReplyDelete
  3. Lihat cap jari masing-masing, tiada seorang yang mempunyai corak yang sama. Itulah hakikat kehidupan, tiada orang nasibnya sebijik sama.

    Tapi, bila buka radio dan tv, pasti ada keluhan dan aduan yang kedengaran lebih kurang sama.

    Hanya Allah yang lebih tahu kenapa setiap sesuatu perkara itu diizinkan takdirnya berlaku atau dilindungi daripada berlaku.

    Allahu Alam Bissawab.
    Tawakal Alallah.

    ReplyDelete
  4. Isu ni dari sekolah lagi selalu dibincangkan sebab lumrah... jika tak terjadi orang tak akan bualkan....

    Pokok tak akan bergoyang kalu angin tak bertiup.

    Tapi ada orang tak pernah nak ambil iktibar dari nasib hidup orang sekeliling selagi tragedi tak berlaku dalam hidup mereka.

    Bagi mereka yang degil, selagi tiada tragedi selagi itulah .... orang kata apa pun tak masuk dalam kepala.

    ReplyDelete
  5. kalau masih sayang ape salahnye... tapi kalau dah berkeluarga tu, lupakan lah.. terima hakikat dan terus berpijak pada bumi yang nyata... nanti naya sebelah pihak yang satu lagi... adilkah? tu soalnya....

    ReplyDelete
  6. tp klu yg blom kawen lg cmna???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belum kawin lagi tu boleh pertimbangkan.. hehehe

      Delete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini