APRIL FOOL Tak Wujud Dalam Kamus Hidup Aku

4/01/2011 08:55:00 PG 2 Comments

Salam semua,

Semua orang tahu yang setiap kali munculnya 1hb April ni ramai yang akan membuat sesuatu perkara yang tidak disangka-sangka dengan tujuan ingin mengenakan rakan-rakan atau saudara mara.

Korang tahu apa sebenarnya April Fool ni? Rujuk enti aku tahun lepas " Apa itu April Fool ".

Apa yang aku ingin pesan diharap kita semua tidak terikut-ikut budaya luar yang dianggap boleh bercanggah dengan pegangan akidah kita.

Selain isu April Fool ni.. satu lagi isu yang tengah hangat dibicarakan diblog, internet, Tv dan surat khabar adakah pengharaman poco-poco yang dibuat oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Pandangan aku, Kenapa ramai sangat yang melenting bila poco-poco diharamkan.. mengapa kita tidak akur sahaja dengan apa yang telah dikeluarkan oleh seseorang Mufti tu.. Bukankah Mufti adalah orang yang lagi arif tentang agama.

Fatwa Poco-Poco Di Haramkan Di Perak
Kalau isu poco-poco ni mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak maka ada baiknya korang semua tak payah nak minta pandangan mufti berkenaan HALAL dan HARAM dalam apa jual perkara.. baik korang sendiri yang tentukan samada benda tu haram atau halal.. contoh seperti makanan.

Maaf sebab rasanya entri ni ada emosi sikit.. Sebagai umat islam yang tinggal dinegara islam katanya.. aku setuju dengan pandangan Mufti Perak tu.. Tapi kalau rasa ada yg nak berpoco-poco juga teruskanlah sebab dosa pahala masing-masing yang tanggungkan...

Wasalam..


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. memang la.. birthday pun x leh sambut dh... haram! macam org barat jek kan? lagipun april fool ni kan mmg bukan perayaan... pesal nak sambut lak kan?

    BalasPadam
  2. mmg xde dlm kamus hidup jugak..hari2 pun suke je mengenakan org...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..