Akhirnya Dia Rujuk Kembali | Masih Ada Sayang katanya

4/13/2011 10:58:00 PG , , 6 Comments

 

Salam pagi,

Rentetan cerita semalam “Jangan Hubungi Aku Lagi” bersambung lagi pagi ni.. ramai juga tertanya-tanya dalam kotak komen semalam.. ada yang kata handphone aku rosak, kereta atau motor hilang.. n macam-macam lagi teka teki dari pembaca semalam.

Kalau celcom boleh buat suspend pasal katanya ada infeksi macam virus nak menyerang dunia.. padahal promosi laman sosial kolony je.. aku pon leh buat juga suspend tu.. hehehe.

Sebenarnya masalah aku semalam memang ada kaitan dengan handphone tapi bukan handphone aku hilang hanya prepaid aku yang hilang.

Sebenarnya aku dah guna prepaid celcom ni dari zaman TmTouch lagi dulu tahun 2001 selepas tu di upgrade kepada celcom prepaid dan last jadi Xpax.

Nak di jadikan cerita semalam akaun Xpax aku ditamatkan perkhidmatan gara-gara aku terlupa topup sehingga melebihi tempoh 50 hari.. Apa yang difahamkan oleh pihak celcom tadi mana-mana prepaid yang tidak di topup selepas 50 hari akan ditamatkan perkhidmatannya.

celcom 1

Jadi dengan gelabahnya aku terus call center tanya apa yg perlu aku buat untuk dapatkan kembali no tu.. aku sayang sangat dekat no. tu sebab semua rakan-rakan tahu no.tu.. lagi satu urusan perbankan online menggunakan no. tu untuk dapatkan Tag no.

Pagi ni terus aku bergegas ke Celcom Center Jalan Pahang.. sampai-sampai terus ambil borang & gi kaunter. Kata staff celcom.. “En. boleh dapat no. tu semula dengan bayaran RM100, dalam tempoh 24 jam nilai RM100 akan dikreditkan dalam no. en semula”

celcom 2

Bila dengar je penjelasan staff tu lega sikit.. aku ingat RM100 tu burn macam tu je.. Apa yang bagusnya.. Baki kredit aku yang lama pon dia orang transferkan semula kedalam no. tu.. yang tu pon aku ingat dah burn juga.. Tq Celcom..

Kalau korang nak tahu asalnya semalam aku nak buat entri nak marah Celcom.. tapi bila dah tahu prosedur sebenarnya.. aku jadi sayang dekat Celcom pulak.. hehehe

P/S : Pesanan aku kalau korang yang guna prepaid tu pastikan korang topup sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengelakkan kena potong macam aku ni.. Kalau dah kena potong sediakan RM100 untuk penyambungan semula

** Kata orang tu kalau dah ada pengganti yang baru .. yang lama jangan ditinggal-tinggalkan.. ingat tu.. pesanan dari orang tua.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. hahah owh itu rupanya bini lama dia...

    ehh betul ker lama tak topup di apotong..huhu saya pun xpax tapi dah lama tak aktif..kena cek balik nie

    BalasPadam
  2. niat asl nk bc n3 ni je..tup2 trnmpk name den kt sblh knan..9th rank! tros nk kmen lg..hahaha

    sy pon pkai ppaid jgk..mklmlh bdk msih bljr kn.. 1st no.clcm yg lm gne ms form4 lg.. smpai masok mtrix. bla dh masok u ni..tuka guna celcom upax plak..mmg brloi2 ah!

    tp smpai skrg no.lm still idop..sbb syg wo.. no. lawo.. tp tu ah..dh 2x kne cm bro..trlbeyh tmpoh.. yg sygnyer.. dia pny bday bonus pon burn jgk 2x.. sbb at least kne aktf 3bln b4 bday kte..bru dpt rwrds tuh! huhuh

    BalasPadam
  3. hihihi..semalam saya g celcom center nk aktifkan balik no celcom sy yg tak topap tu pastunya akak celcom tu kata dah xley aktif..kena tamatkan terus dah..sedeynya..sy terlambat g celcom center utk aktifkan...

    BalasPadam
  4. @far_east : betul.. staff dia kata dalam tempoh 50 hari tak topup lepas tamat tempoh tu akan di potong... nak sambung kena bayar

    @JuvltArs : wah lagi hebat dah 2x kena potong ye.. selamat masih boleh aktifkan semula..

    @lin Azlina : alamak kesiannya.. mungkin dia dah lelong no. tu dekat orang lain.. sebab tu semalam masa sy call center dia minta g cepat2 sebelum no. tu dijual dekat orang lain. selamat sempat lagi sya aktifkan tadi pagi

    BalasPadam
  5. Yap. memang macam tu aje caranya..hehe..tak perlu marah-marah..

    BalasPadam
  6. Yang mana selesa dan mudah ... tak menambahkan dosa... menyenangkan dan tak serabut... buat jer.
    Yang mana rasa mampu dikorbankan... buat jer.
    Susah tu nak bagitau semua contact ttg no baru kita.Nak cari contact pun amik masa.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..