Sesi Terjah Seoul Garden 1 Utama

3/07/2011 09:29:00 PG , 8 Comments

Salam semua,

Hujung minggu yang sangat menyeronokkan bila dapat bawa orang tersayang gi jalan-jalan cari makan.. seperti yang aku janji dekat entri sebelum ni.. aku nak kongsi beberapa gambar semasa aku bawa cik.pn. malarang-kak dan adik ipar gi makan dekat restoran Seoul Garden 1 Utama. 


Tak mau cerita panjang.. jom kasi jelous korang semua..tengok ni apa yang aku makan..


Sampai-sampai booking meja dulu sebab tempat ni memang selalu je penuh dengan pelanggan.. so sebelum memulakan sesi memasak korang tengok bersih je meja nikan.. dibekalkan dengan 3 cawan kosong dengan 1 jak tomyam untuk digunakan merebus makanan seafood ni..


Korang tengok ni.. sekejab je aku penuhkan meja dengan makanan yang nak dimasak ni.. macam biasalah kalau aku udang tu confirm tak kurang 50 ekor.. hahaha.. tapi bukan sekali aku ambil.. bila dah habis makan aku baru gi lagi ambil.. kalau cik.pn. macam biasalah.. lamb @ kambing bakar dah mestinya nak ambil.. adik ipar pulak aku pon tak tahu apa yang dia ambil.. tapi memang macam-macamlah makanan dekat atas ni..


Orang lain sebuk masak aku dah melantak dulu.. mana tidaknya tengahari tak makan.. so nilah masanya aku nak penuhkan perut aku.. wah udang bakar dah siap tu.. sedapnya.. dia orang malas nak makan udang sebab tak mau kupas kulit.. unttung aku makan udang sorang2 hahaha.. cik pn. tengah tunggu lamb masak ni.. menanti dengan penuh serius.. hehehe.


Giliran adik ipar aku pulak masak... pusing jangan tak pusing udang n lamb tu.. dah hangus tu... huhu.. di orang ni adik beradik raja kangkung.. aku rasa mau 5 kali kot aku berulang g ambil kangkung nak d rebus dalam tomyam tu.. dekat restoran ni.. makan sampai lebam.. no limit time.. so kalau masuk jam 10 pagi.. 10 malam pon baru nak keluar boleh.. hahaha


Tengok tu bukan main seronok lagi en. abg tu dapat udang... emmm sedapnya.. ni merupakan kali ke-2 aku terjah Seoul Garden ni.. first masa dekat Penang.. sekarang dekat 1 Utama pulak.. kalau makan setahun sekali oklah.. kalau setiap bulan.. mau kering poket aku.. heheheh


Bila dah kenyang nilah jadinya.. mulalah posing tempat yang bukan2.. last-last cermin ni jadi mangsa.. hehehe.. kalau korang nak tahu aku duduk dekat sini dekat 3 jam.. wahhhhh.. sampai aku dah tak boleh nak bangun sebenarnya.. hehehe..

Oklah apa yang aku boleh cakap Restoran Seoul Garden ni memang terbaik dan aku boleh bagi 9/10... kalau kaki makan seafood atau raja makan.. tak rugi makan dekat sini.. tapi kalau yang kurang makan aku rasa rugi makan dekat sini.

Nak tau harga berapa ye?.. tengok dekat bawa ni.. setiap negeri berbeza harganya.. so untuk harga detai klik dekat Seoul Garden Price





LOKASI RESTORAN :

1 Utama Shopping Centre
LG 345, Lower Ground Floor,
Highstreet,
1 Utama Shopping Centre,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan


Tel: 603- 7722 1339
        6012- 609 7385
Fax: 603- 8060 7105



Business Hours:
11.30am – 10pm


Kalau korang nak tahu lokasi selain dari atas ni boleh tengok dalam website Seoul Garden..


*** Bila nuffnang nak buat makan-makan dekat Seoul Garden ni ye.. mesti ramai blogger nak join nanti.. hehehe


Nota kaki : Seronok bila tengok orang yang tersayang gembira.. kata orang tu makan je selagi sihat.. kalau dah sakit.. orang bawakan ikan pari satu lori pon dah tak guna.


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. memang sedap..kena pulak ada yg belanja..he..he.. pernah sekali je gi makan situ.

    BalasPadam
  2. wah sedapnyer makan...memang jeles betul tgk makanan byk tue sebab la ni perut tgh kelaparan hihi

    baper harga satu set tue ekk?

    BalasPadam
  3. @Adzriel : bab belanja tu memang sedap.. hehehe.. tapi tak boleh makan selalu.. nanti boleh kena sakit poket kopak.. hehehe

    @Far_east : hehehe.. sory lupa pulak letak harga tadi.. makan sorang dalam RM26.xx.. kira macam bufferlah.. kalau makan sebelah malam ada mahal sikit RM35.xx.. lebih kurang macam tulah..

    @Suffer8zine : pegi test bro.. makan sorang2 tak best..kalau ber2 memang romantiklah.. hehehe

    BalasPadam
  4. pnah makan sekali kat sini..mmg mewahlah...

    BalasPadam
  5. @zura : heheehe.. setahun makan 2 kali pon dah ok.. sebab mewah sangat..hehehe

    @sharinginfoz : memang terbaik bro..makan sampai sakit perut..hehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..