Pengumuman Dewan Undangan Negeri Sarawak Bubar Isnin Ini

3/19/2011 09:07:00 PTG , 2 Comments

Salam semua,

Credit pru.com.my

Nampak gayanya minggu depan dah mula sebuklah semua orang-orang politik di Sawarak ekoran pengumuman pembubaran Dun Sarawak pada isnin ini.

Tak terkecuali aku dengan geng-geng dekat opis.. standby.. standby... Selamat aku tak dihantar standy dekat Sarawak.. kalau tak mau menangis cik.pn malarang..hehehe

Berita lanjut pembubaran Dun Negeri Sarawak boleh baca dibawah :

KUCHING, 19 Mac (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, demikian diumumkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Katanya beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya pada persidangan akhbar bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.

Pengumuman Taib itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini.



--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. berkempen habis-habisan lah ahli2 politik ye...
    parlimen bila nak bubar? hehe

    BalasPadam
  2. nice entry.. salam.. rajin2 meh laa ziarah blog Aku Sebutir Pasir hamba kalau nak baca my travelling experiences to 45 buah negara.. :)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..