Nikon Coolpix S1100pj Akhirnya Jadi Milik Kami

3/12/2011 03:55:00 PTG , 8 Comments

Assalamualaikum semua,

Ingat lagi entri aku beberapa hari yang lepas dalam post “Rasa-rasanya Menjadi Kenyataan Tak” yang aku nak korang berteka-teki apa maksud entri tu..

Sebenarnya aku dengan cik.pn. malarang dan lama inginkan kamera sendiri.. so pada awalnya kami bercadang nak pilih samada Digital kamera atau DSLR.. ikutkan pandangan kawan-kawan semua kata DSLR.. tapi kalau kantung poket tak cukup baget, tak guna juga berangankan.

Kebetulan baru-baru ni.. Kak Red Mummy ada buat review Nikon Coolpix S1100pj so cik.pn dah mula berkenan dengan model tu.. lagi pon harga pasaran hanya sekitar RM1,048.00 je jika dibandingkan dengan model DSLR 3100 yang lebih kurang RM2,130.00.

nikon-shops-6

Tak lama lepas tu Kak Yanmieonline pulak dihadiahkan oleh en.hubbynya dengan model yang sama Nikon Coolpix S1100pj… makin bertambahlah semangat cik.pn nak memiliki juga model tu.
Jadi kebetulan hari khamis tu aku tak koje.. terus aku ajak cik.pn malarang pegi dekat Berjaya Times Square, Jalan Imbi, KL dekat show room Nikon. Dan akhirnya.. baca sampai abis ye..

nikon-shops-4

Part ni yang lambat sikit sebab tokey tu nak pasangkan skrin protector untuk elakkan cermin tu dari tercalar.. maklum jelah skrin tu guna teknologi skrin sesentuh.

nikon-shops-2

Siap dapat beg kecik lagi yang tulis coolpix tu.. cik.pn nak warna merah.. tapi warna hitam tu je yang ada.. dari langsung tak dapat.. so kita orang ok jelah.. walaupun muka cik.pn berkerut.. hehehe

nikon-shops-5

Yang ni pulak bateri tambahan berkapasiti 3500mAh yang tahan lebih lama dibandingkan dengan bateri asal berkapasiti 1050mAh je.. disebabkan ada fungsi projektor tokey cadangkan beli bateri tambahan ni yang boleh tahan lebih 1 jam untuk kegunaan projektor jika dibandingkan dengan bateri asal bertahan dalam 15 minit je untuk kegunaan projektor. Harga asal RM175 setelah diskaun RM128.. Termakan pujuk tokey tu akhirnya aku sambar juga.. hehehe

nikon-shops-3 

Pada asalnya cik.pn nak pilih warna hijau.. tapi stok dekat kedai tu ada warna ungu n silver je.. lagi satu tokey kedai tu kata warna original adalah silver.. warna hijau, ungu dan hitam adalah warna yang dicat semula.. n lama kelamaan warna tu mudah turun dan tercalar. Jadi atas nasihat tokey kedai kami ambil warna silver ni.

nikon-shops-1

Dan akhirnya tercapailah cita-cita kami berdua untuk memiliki sebuah gadget kamera untuk tahun 2011 ni. Tengok tu senyum sampai ke telinga cik.pn tu.. hehehe

 nikon-coolpix-s1100pj-0

nikon-coolpix-s1100pj-2

Pandangan hadapan Nikon Coolpix S1100pj

nikon-coolpix-s1100pj-1
capture blog myvitrd

 nikon-coolpix-s1100pj-3nikon-coolpix-s1100pj-4

Fungsi projektor yang mengkagumkan.. gambar disebelah adalah hasil paparan dari projektor yang dibina di dalam Nikon Coolpix S1100pj


Harga dipasaran :

RM1,048.00 (Free 4GB SD Memori + Beg)

Jaminan 1 Tahun

Option :

# Upgrade Memori to 8GB  bayaran tambahan - RM20.00
# Bateri tambahan dengan kapasiti 3500mAh - RM175.00 (after diskaun RM128.00)

Lokasi kedai :

Billion Photo Sdn.Bhd, Lot G-45, Ground Floor, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur. Tel : 03-21428970 / 03-21428971


*** Kalau korang nak tengok model-model lain digital camera atau model DSLR boleh terjah kedai diatas tu..


Nota Kaki : Gadget idaman korang untuk tahun 2011 ni dah tercapai ke belum?




Blogger Review Nikon Coolpix S1100pj
http://www.tianchad.com/2011/02/nikon-coolpix-s1100pj-camera-reviewed.html
-  http://www.kenwooi.com/2011/02/nikon-coolpix-s1100pj.html

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. waaa tahniah akhirnya berjaya memiliki nikon coolpix s1100 tue...hadiah dari cik pn malarang kerrr??

    BalasPadam
  2. wah..
    besnye..
    hrga rm175 ke?
    besnye..
    cam nk beli la..
    dh lme cari kamera nie..~

    BalasPadam
  3. Congratz! tercapai pun hasrat nak beli kamera kan..

    BalasPadam
  4. bestnye dpt beli kamera..
    salam kenal..
    lwt la blog sy yea..

    BalasPadam
  5. @far_east : Hadiah untuk kami berdua.. hehehe

    @Shuhada : Rm175 tu bukan harga kamera.. tapi harga bateri tambahan je.. kamera harga RM1,048

    @eiymah : tulah..syukur sangat

    @powluck : salam kenal juga.. insyallah akan balas kunjungan awak nanti

    BalasPadam
  6. waaah..siap boleh guna utk projector tu..ganah gitummo!

    BalasPadam
  7. kira ok la bro, dari tak ader kamera digital pun ok jugak... aku lebih suka beli DSLR.. uhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. wah saye pn tgh searching camera nie.. ekceli..sy dh ade nikon 3100 tu.. tp mcm berhajat nak yg nie pulak..hehehe.. =] still tggu harga murah sikit.. =]

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..