Keputusan Pilihan Raya Kecil | N27 Dun Merlimau dan N28 Dun Kerdau

Salam semua,

Semua sedia maklum bahawa sekarang sedang berlangsung proses pengiraan undi bagi 2 Dun iaitu Dun Merlimau, Melaka dan Dun Kerdau, Pahang yang menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional menentang calon PAS.


[KEPUTUSAN RASMI]

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,319 undi.

Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004. [Sumber malaysiakini]






Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.

BN memperolehi 5,060 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,336 undi.

Jumlah undi rosak yang diterima ialah 90 undi.



P/S : Tahniah kepada calon yang menang, diiharapkan kepada calon yang menang dapat menjalankan tanggungjawab seadilnya seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat..

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..