Jalan-Jalan Makan Nasi Beriani

3/14/2011 12:02:00 PG 2 Comments

 

Salam semua,

Dek kerana keletihan dari menghadiri 2 jemputan kenduri kawin hari ni.. aku sampai dekat umah je tadi petang terus terbongkang sampai magrib.. bangun solat sat n terus sambung lagi.. kira ni baru je bangun ni.. nampaknya malam ni aku berjaga malamlah sebab dah puas tido siang tadi.

Terlepaslah aku tengok Mentor 5 tadi.. sapa juara minggu ni ye?

Jom kita layan dulu gambar yang aku snap tadi menggunakan Nikon Coolpix S1100pj aku.. hehehe..

majlis-kawin Rumah pengantin pertama (Batu 13, Puchong), warna tema hijau.. ni rumah kepada kenalan cik.pn malarang masa zaman-zaman study dulu..

majlis-kawin-01

Ruang khemah makan memang cantik.. aku suka tema hijau ni.. masa ni ramai tetamu dah datang.. cuma pengantin tak sampai lagi.

majlis-kawin-0 Macam biasalah cik.pn malarang nak ambil gambar buat bukti datang kenduri katanya.. so posing sat dekat banner.. hehehe.. tak sempat pon jumpa pengantin sebab nak bergegas g satu tempat lagi.

majlis-kawin1

ni pulak lokasi majlis kawin kedua.. (Kg. Jenjarum).. first time aku sampai sini.. kalau google maps takda mau aku sesat tadi.. dekat sini pulak tema dia biru muda.. time aku sampai orang dah kurang sikit..maklum jelah sampai dah lewat… lagi pon pengantin sampai awal.. katanya jam 12.30 dah bersanding.. kira masa aku sampai tu.. pengantin tengah buat photo shoot dalam bilik.

majlis-kawin2

Kalau nak tahu yang pakai baju hijau tulah bapa pengantin… aik pasal apa baju sama dengan warna tema kenduri kawin yang pertama tadi.. ni macam janji je dengan pengantin sebelah sana.. hehehe.. sorry pak ngah.. gurau je ye..

majlis-kawin-1

Selamat pengantin baru ye.. yang kawin ni sepupu dengan cik.pn. yang mana satu sepupu ye.. yang perempuan tu.. hai terkenang pulak masa kawin dulu-dulu ni.. hehehe

majlis-kawin-2

majlis-kawin-4 majlis-kawin-3

Yang ni macam biasalah.. posing penutup.. hehehe.. terkenang masa kawin dulu.. pasal apa masa aku kawin dulu aku tak buat banner macam ni ye.. terlupa buat ke eh.. hehehe

 

Nota Kaki : Selamat pengantin baru semua.. semoga mahligai yang dibina berkekalan sampai ke syurga.. amin

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. buat reception sekali lagi la bro. leh ajak tali barut... ekeke

    BalasPadam
  2. @Matjoe : wah idea gak tu.. hehehe..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..