Hadiah Harijadiku Sebuah Kereta CHEVROLET

3/31/2011 12:57:00 PTG , 4 Comments

Salam semua,

Siapa sangka dalam usia yang dah nak senja ni.. tiba-tiba boleh menang sebuah kereta idaman.. korang sangka tak? aku sendiri tidak sangka.. kata eyriqazz tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tuhan je yang tahu.

Hadiah hari jadiku tahun ini
Begitulah yang telah terjadi kepada aku tengahari ni.. Syarikat Pengeluar kereta ternama Chevrolet hubungi aku melalui email kata aku dah menang sebuah kereta.. wah.. sapa tak gembirakan..lagi2 birthday dah dekat ni.

Lepas ni boleh naik kereta barulah aku nampaknya.. Tapi malangnya aku tak dapat nak menerima tawaran hadiah tu.. kerana..... nak tahu kerana apa.. tengok lampiran dekat bawah ni..

Sapa nak kereta tu aku sedekah.. korang contact je mamat tu..hehehe
Moralnya.. mana ada orang senang-senang nak bagi hadiah percuma dekat kita.. lagi2 tak penah joint mana-mana contest pon.. tiba-tiba je kata kita menang.. nampak sangat nak TIPU..

Cukuplah pengalaman tahun 2005 duit aku lebur lebih kurang RM3K dek gara-gara percaya dengan benda-benda macam ni..

P/S : Hati-hati dengan kiriman email yang tidak dikenali dengan menjanjikan habuan lumayan.. Jangan sesekali dedahkan identiti anda kepada pihak luar

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. kalau dapat sebijik merah mak ngah camni memang bestlah kan. 7 hari 7 malam tidur tak lena. heheh :)

    BalasPadam
  2. @Miza Yusod : memang pon maunya gi ronda2 satu malaysia dengan cik.pn.. hehehe

    @Sharinginfoz : memang mengarut email tu bro.. jgn terpedayalah dengan email2 macam ni..

    BalasPadam
  3. ermm bro pun pernah kena tipu ke?? bagus ar sebab ada pengajarannya kat situ.. lepas ni jangan tertipu lagi dah le..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..