Genap 4 Tahun Sudah Aku Mencari Sesuap Nasi Di Kuala Lumpur

3/15/2011 12:43:00 PTG , 17 Comments

Salam semua,

Semua orang ada sejarah kerjaya masing-masing.. begitu juga dengan aku.. hari ini 15-3-2011 merupakan genap usia kerjaya aku di ibu kota Kuala Lumpur selama 4 tahun. Macam-macam kenangan manis, pahit sepanjang 4 tahun aku berada di ibu kota ni.


"Gambar kenangan company trip Pulau Perhentian 2008.. 
kalau korang pandai carilah mana aku menyelit"


Memang tak pernah terfikir langsung pon dekat kepala aku ni yang aku akan menyambung kerjaya aku dekat kl ni, selepas aku berhenti kerja penghujung tahun 2006 setelah company lama tempat aku kerja tu mengalami masalah kewangan.

Dalam tempoh 3 bulan sebelum aku dapat tawaran kerja dekat company sekarang ni.. sempat aku tanam anggur  3 bulan.. hahaha. Sebenarnya dalam tempoh 3 bulan tulah aku gunakan masa untuk menceburi bidang pertanian projek tanaman cendawan dengan sepupu aku.


Sempatlah aku merasa macam mana nak mengusahakan cendawan tu.. Bila aku dapat tawaran kerja dekat kl ni.. projek cendawan tu diteruskan oleh sepupu aku sampailah sekarang.. boleh terjah blog beliau Saifulam_agrofarm yang kini semakin maju dengan cendawan beliau.

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman kerja ditempat lama selama 6 tahun aku melangkah masuk ke anak syarikat BERNAMA pada 15-3-2007.. memang mula-mula start kerja ada sedikit kejutanlahkan.. sebab suasana kerja dan staff yang sangat berbeza dari tempat lama. Alhamdulilah lama kelamaan dapat juga sesuaikan diri dengan persekitaran kerja.

Kalau korang tanya aku.. seronok tak dengan kerja sekarang.. jawapan aku 'ya' sebab aku selesa dengan kerja sekarang yang boleh dikatakan kurang tekanan. Bagi aku Gaji aku letakkan di tempat no.2  dan tempat pertama aku letakkan keseronokkan dan keselesaan tempat kerja.. Apa guna kalau gaji 5 angka tapi persekitaran kerja memberi tekanan.. betul tak?

Dan sesuatu yang paling istimewa dalam hidup aku bila mula berhijrah ke kl ni.. adalah bermulalah episode perkenalan aku dengan cik.pn malarang.. hehehe.. bagaimana dan dimana kami berjumpa biarlah rahsia seperti kata ibu mertua aku.. hehehe.. tapi kalau nak tahu juga.. boleh terjah entri genap 4 bulan aku bergelar seorang suami.


"Mungkin kalau aku tak berhijrah ke kl ni.. 
aku tak jumpa isteri aku sekarang ni.. hehehe"

Alhamdulilah sepanjang 4 tahun aku di kl ni jugalah aku berjaya memiliki sebuah motorsikal, kereta, isteri dan juga rumah bakal meyusul tidak lama lagi.. setiap satu kejayaan aku ini aku realisasikan pada setiap tahun.. dan syukur alhamdulillah satu persatu aku berjaya perolehi.

Insyallah korang semua doakan aku supaya terus berjaya dalam kerjaya aku sekarang ni.. dan diberi sentiasa kesihatan supaya dapat meneruskan hidup mencari sesuap nasi untuk keluarga tercinta.

P/S : Kepada adik-adikku diluar sana yang baru habis study dan sedang mencari kerja.. pesanan aku adalah jangan terlalu memilih kerja dan jika ada peluang kerja.. ambil dulu peluang tu sebab sekarang ni persaingan dalam kerjaya sangat tinggi.. dan jika korang terlalu memilih sangat kerja mungkin korang akan tergolong dalam golongan penganggur terhormat satu hari nanti.

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

17 ulasan:

  1. TAHNIAH BRO. Dah 4 tahun menjadi warga KL :)Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Dan sekarang dah pun mendirikan rumah tangga. Bila nak dapat baby :)

    BalasPadam
  2. alhamdullilah, semoga bertambah-tambah rezeki kita ya syg...

    BalasPadam
  3. @Miza Yusof : alhamdulilah semua dah berjaya ditempuhi.. Soalan killer mungkin untuk projek Tahun ke-5 kot.. hehehe.. doa2 jelah ye cepat ada rezeki.. letih nak jawab soalan orang sekeliling..

    @malarang : insyallah sygku... masih jauh perjalan kita ini.. semoga dapat ditempuhi dengan jayanya nanti

    BalasPadam
  4. tahniah bro. nampak ko mcm lebih bahagia bile berhijrah.. kehkehkeh.. erm smoga bahagia bsama isteri tsyg.. :D

    BalasPadam
  5. @Darkbatman : alhamdulilah bro.. hang bila lagi nak berhijrah dari bujang ni.. entri gosip dah banyak tersebar aku baca.. hehehe.. jgn tunggu lama2 bro.. kalau dah berkenan sambar terus je.. hehehe

    BalasPadam
  6. waaa sama jerrr ngan saya...cuma saya dah 4 tahun bekerja sektor kerajaan tapi bukan arini lah..nun di bulan 6 nanti.. hihi


    * dlm gambar tue kamu yg di barisanketiga ditengah2 tue kan..dekat encik pakai cap putih tue ekkk

    BalasPadam
  7. kehkehkeh..pantas jer ko tau yer bro? nk tye ne.. pasal leave a reply komen @darkbatman.com 2.. nape yer bro? ramai sgt duk cri..kdg3 sampai 50 hits. sape yg cri 2?

    BalasPadam
  8. banyak kenangan lama dengan bro dulu...hidup kite semakin berjaya apabila berhijrah...insyallah mid kawan² doakan semoga ko berjaya dunia akhirat...aminnn

    BalasPadam
  9. @far_east : syukurlah masih bekerja.. semoga terus bekerja.. sebab keje dalam gomen memang terjamin.. kami d swasta mengikut kestabilan syarikat..

    ** Pandai ye teka.. tepat yg duduk d tengah2.

    @Darkbatman : biasala dunia dah canggih.. gosip blogger lagi hebat dari artis bro.. sebab tersebar dalam dunia maya memang cepat.. kalau buat baik.. baiklah dia orang cita.. kalau buat buruk macam tu jugalah.. hehehe..

    Kes reply komen @darkbatman.com aku tak pastilah bro.. ni mungkin akibat kita ubah setting nofollow kepada dofollow kot.. sebab bila kita buat dofollow memang enjin carian google dapat cari komen2 yang ada backlink.. tu yang hit carian tinggi tu bro.. tu aku agak je bro.. kalau silap sorry bro..

    hit ni hang kesan dalam statistik nuffnang ke bro?

    @Ron : memang banyak kenangan bro.. 6 tahun disyarikat lama 4 tahun disyarikat baru.. 10 tahun aku kerja.. mematangkan aku tentang perangai manusia.. memang betul kata bos lama kita ron.. sebelum aku nak pindah sini dia pesan nanti satu hari mesti akan jumpa orang yang cuba tikam kita dari belakang.. sekarang memang aku dah jumpa orang2 macam tu dekat opis..

    aku pon doakan kejayaan kau ron.. sekarang pon dah semakin maju dengan biz2 sampaingankan.. tahniah2

    BalasPadam
  10. ok jer kalau nak panduan

    hotel N1 kat Jakarta
    hotel murah kat Bandung banyak hotel puri tomat, hotel baltika, hotel trofik byk lagi ada.

    klau g ramai leh duk apartment cam saya duk tu murah n save budget kalau rajin bleh masak sendiri

    BalasPadam
  11. @daydeck86 : ok tq2.. dapat jugalah bayang berapa bajet nak bawa banti

    BalasPadam
  12. Tahniah! Sayapun sama, bila plih keja saya letakkan environment nmbr 1, gaji baru nmbr 2..kalau gaji ribu riban pun tp keja mcm tak ada life mmg xbest (T_T)hehehe.Anywy, thank's untuk nasihat tu..sesuai sgt untuk dguna pakai untk fresh grad yg bru bkerja mcm saya..hehehehe

    BalasPadam
  13. 4 tahun...hehehe....

    selamat la menjadi penduduk KL yek...

    semoga rezeki bertambah2 yek...

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  14. tahniah bro..tempuhi onak duri kehidupan dengan penuh sabar.

    BalasPadam
  15. i think the hardest thing i really want the thing to do is play wow and i know that card is supported, office was $100 and i picked up more cost by upgrading little things like backlight keys, multi-touch, facial recognition, roxio, anyways thanks.

    BalasPadam
  16. memang banyak kenangan bro.. 6 tahun disyarikat lama 4 tahun disyarikat baru.. 10 tahun aku kerja.. mematangkan aku tentang perangai manusia.. memang betul kata bos lama kita ron.. sebelum aku nak pindah sini dia pesan nanti satu hari mesti akan jumpa orang yang cuba tikam kita dari belakang.. sekarang memang aku dah jumpa orang2 macam tu dekat opis..

    BalasPadam
  17. huiyoo tak dapat bayangkan kehidupan di kl..bagi saya cukup havoc la kl.tapi certain place kot..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..