Betul ke aku ada kembar

3/22/2011 10:05:00 PG 12 Comments

 

Salam pagi semua,

Ni nak kongsi sikit gambar masa pegi Pusat Sains Negara minggu lepas.. masa aku pergi dekat pusat sains tu.. tak sangka pulak boleh aku jumpa dengan kembar aku.. padahal selama ni mak aku tak pernah cerita pon yang aku ada saudara kembar.

Cerita panjang tak guna.. jom kita tengok kembar aku.. sama atau tidak ye..

cermin-ajaib-1 haa.. tu dia.. nak dikatakan semua sama 100% rasa-rasa betul ke ni kembar aku ni.. emmm kita tengok gambar dekat bawah ni pulak.

cermin-ajaib-2

Bukan aku je yang jumpa kembar aku.. tapi cik.pn pon ada kembar juga… hahaha.. bahaya ni.. kalau tertukar macam mana ye? ohhh tidak.. aku mau cik.pn. malarang je..

cermin-ajaib-3 Sebelum nak balik tu sempat aku berposing dengan saudara kembar aku lagi sekali.. hope lepas ni dapat jumpa dia lagi.. Best ke ada saudara kembar ni?

Kalau korang nak tahu dalam keluarga aku memang salah sorang adik perempuan aku ada yang kembar.. hehehe.. so potensi untuk aku dapat keturunan kembar pon tinggi juga ni.. dah lah cik.pn. asik cakap je.. “bestkan abg kalau kita boleh dapat anak kembar”.. hehehe.. insyaallah sayangku.. kena kerja kuat sikit lepas ni.. hahaha

Korang ada tak pengalaman berkawan atau bersaudara dengan si kembar ni.. apa perasaan korang yang ada saudara kembar ke? anak kembar ke? atau mak / ayah korang yang kembar?

Jom kongsi sikit sini..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

12 ulasan:

  1. hahah siyes ingatkan wujud lah muka sama cam kamu...

    pengalaman berkawan dgn orangkembar ekk? jiran kembar,kawan kembar...

    memula dulu mmg payah lahnak cam yang mana satu nie...tapi dah lama kenal dah tau beza muka okey lah

    BalasPadam
  2. bukan tu cermin ker?


    Singgah & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
    & JariPlastik

    BalasPadam
  3. salam bro,

    alhamdulillah...kami ada sepasang anak kembar lelaki. kalau ikutkan both side family saya n en hubby mmg takde kembar. tp dah rezki dari Allah. mmg happy sangat! best dgn kerenah kembar ni sbnrnya...

    masa kecik mmg susah sikit...tp makin besar makin best sbb byk keletah mencuit hati. kembar kami (affan n afnan) dah pun 3 thn ++ sekarang...

    BalasPadam
  4. berseri jer muka ko bro.. kehkehkeh..
    mesti bahagia ade wife di sisi..jeles3

    BalasPadam
  5. @far_east : hehehe.. saja je nak tengok muka kalau kembar macam mana.. biasanya kalau kembar seiras ni memang payah nak bezakan.. macam kawan member tu ayah dia kembar.. so kalau nak tanya pasal anak dia kena fikir banyak kali.. mana satu bapa dia ni.. hehehe.

    @Silabilabi : pandai pon.. cermin ni ada dalam pusat sains.. dia buat macam lorong yang penuh dengan cermin.. kita kena cari mana laluan kita.. kalau tak betul2 time berjalan tu langgar cerminlah jawabnya..hehehe

    @izan ishak : wah tahniah sebab ada anak kembar.. wife teringin sangat nak anak kembar.. tapi tu semua tuhankan yg tentukan.. kita usahaja.. mesti pening masa mula2 kecik dulu si kembar ni.

    BalasPadam
  6. @darkbatman : Tq bro.. hati kena sentiasa berseri..baru boleh tengok wife pon berseri..hehehe

    P/S : Bro darkbatman bila lagi ni.. dekat blog dah takda selindung lagi dengan cik adik sorang tu.. jangan tunggu lama2.. nanti hantaran naik.. hehehe

    BalasPadam
  7. thanks ekkk sebab perasan kat belog far_east ada malware tue...kena banyak belajar dari kamu nie camner nak tahu pasal malware tue

    BalasPadam
  8. mber ada anak kembar..pnah gelakkan dia sbb dia tersalah panggil nama anak dia...kehkehkeh...dia pun kekdg konpius...

    BalasPadam
  9. wall of mirror.. who is the prettiest in da world??

    BalasPadam
  10. @far_east : Kalau nak buang masuk dalam dashboard blogger > Design > Edit HTML > tekan CTRL + F > buat carian link yang dikesan ada virus tu..

    @Zura : memang kekadang confius dengan si kembar ni.. macam manalah kalau ada isteri/suami kembar tu.. memang bahaya tak leh duduk serumah.. nanti tertukar.. hehehe

    @tif : betul2.. memang dinding cermin yang membuat confius bila masuk dalam tu.. hehehe

    @suffer8zine : hehehe.. boleh2 insyallah.. cuba yang kembar tu belum pandai buat blog lagi.. hehehe

    BalasPadam
  11. dah cari dalam design tue tapi tak der timbul pun link tue..mungkin sebab faiz dah delete dari senarai bloglist kout kan

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..