Thursday, March 10, 2011

Aku dan LHDN | Isi Borang e-Filing Sebelum 30 April 2011

 

Salam semua,

Kali ni entri serius sikit sebab bab ni tak boleh nak main-main sebab melibatkan masa depan aku sekeluarga.. Kalau tak betul-betul nanti tak pasal-pasal bila aku dah umur 55 tahun duit kwsp jadi telur ayam.. oh tidak tak sanggup aku.

lhdn-damansara-perdana-1

Pagi tadi kebetulan aku tak kerja so rasanya nilah masanya aku nak uruskan beberapa perkara yang penting dan tertangguh selama ni.. So pagi tadi aku pergi ke pejabat LHDN di Bandar Damansara Perdana berdekatan dengan umah aku.. first time datang tu kenalah ringan mulut sikit bertanya.

Sampai je dekat lokasi terus gi kauter pertanyaan di level G seperti dekat gambar diatas tu. Disebabkan ini buat pertama kali aku berurusan dengan LHDN so aku minta checklah kalau-kalau syarikat dah bukakan fail e-filing untuk aku.

Staff tu cakap “en. belum ada fail dalam komputer” so aku disuruh isi borang n g naik tingkat 3 untuk buat photostat salinan EA aku yg terbaru dengan IC sekali. Siap aku isi borang n photostate turun semula ke level G untuk submit borang.

lhdn-damansara-perdana

Sekali aku hantar staff yg lain cakap en. dah ada fail dah dalam sistem.. hampeh betul.. tadi chek kata takda.. dah penat aku naik turun lif dia kata ada pulak.. nasib baik  hari ni aku mood bagus.. last staff tu minta aku naik semula dekat tingkat 3 untuk ambil no.pin e-filing pulak.

Lepas aku dapat no.pin tu.. staff tu tanya nak buat dekat sini atau atau dekat umah.. aku kata nak buat dekat umah je.. aku bukan tak nak buat dekat LHDN tu.. tapi orang yang beratur tunggu giliran sikit punya ramai.

Aku sempat tanya dengan staff LHDN tu.. tarikh akhir hantar borang e-Filing ni bila? dia kata hantar sebelum 30hb April 2011.

Dengar tu… so kalau boleh jangan hantar lewat-lewat ye e-Filing tu.. nanti jadi macam kes bayar saman PDRM tu.. nak bayar last-last minit server down.. tak pasal-pasal kena penalti atau denda nanti.

Sebelum nak  tutup entri ni nak kongsi sikit berapa bayaran parking dekat pejabat LHDN Cawangan PJ ni.. aku parking tak sampai satu jam kena bayar RM2.00 maybe satu jam bayaran parking tu RM2.00 kot.

lhdn-damansara-perdana-2

So rasa-rasanya kalau korang tak nak kena charge parking mahal baik isi borang e-Filing tu dekat umah atau opis je. seperti kata eyriqazz pernah tak korang dengar syarikat bayar parking ni rugi atau bangkrup.. hehehe.. yang kaya makin kaya. Tulah senarionya duduk KL ni.. Nak buat apa-apa pon semua kena duit.

Sepatutnya cukai kita dah bayar.. parking pon kasilah free.. adehhh..

WEBSITE RASMI LHDN RUJUK DI --- http://www.hasil.gov.my

Untuk mengisi borang e-Filing rujuk dihttp://e.hasil.gov.my

P/S : Syarat kelayakkan untuk dikenakan cukai pendapatan adalah pendapatan kasar tahunan RM25,000 ketas.. so kalau rasa-rasa gaji tahunan korang lebih dari jumlah tu.. cepat-cepat gi buka fail.. kalau korang lambat-lambat nanti boleh dikenakan penalti atau denda.

*** Yang jadi blogger pon tak terkecuali dari cukai ni.. kalau duit hasil blogging korang lebih dari nilai tu.. Beringat ye… Sila jelaskan cukai anda.

6 comments:

  1. 4th - ok gua sajer nak melawak. ekekek. tolong delete 3 komen diatas.

    cukai mmg kene bayar. law abiding citien laa katakan

    ReplyDelete
  2. saya sudah!!! semalam... buat utk hubby nyer sekali. bayaran adalah cukup bulan ni...

    ReplyDelete
  3. @matjoe : telah ku delete mat.. alhamdulilah dah selesai submit e-filing tu.. loge

    @ArMie : bagus buat awal2 ni.. nanti kalau last minit berebut sampai server jam..

    ReplyDelete
  4. belum buat lagi tengah tunggu borang EA daripada majikan

    ReplyDelete
  5. eermm tak silap I pada sesiapa yang ada income masuk, tapi masih seciput utk bayar cukai, wajib daftar harta kat lhdn jugak.
    kira mcm isi e-filing, tapi cukai hanya rm 0.00 shj.
    kalu tak, mereka boleh denda jugak

    ReplyDelete
  6. @Sharinginfoz : akhir bulan 4 ni tamat bro.. buat cepat2

    @pearl : gaji Minimum RM27K setahun dah kena buka fail.. kena tak kena declare je

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini