Tol Dari RM1.60 diturunkan ke RM1

2/18/2011 10:27:00 PG , 3 Comments

Salam,

Berita gembira buat semua pengguna kenderaan yang melalui tol Petaling Jaya Selatan (PJS) 2 di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) kerana kadar bayaran tol telah dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1 berkuatkuasa 18hb Februari 2011.

kredit pakcik google

Sebenarnya memang patut kadar tol ni diturunkan sebab kos sara hidup pon semakin meningkat ditambah pula dengan harga minyak yang asik naik dan tak turun-turun.. so dengan pengurangan sebanyak RM0.60 ni dapat cover semula kos harga minyak yang telah dinaikkan sebelum ni.


Apa yang aku harapkan lepas ni adalah diharapkan semua syarikat kongsesi lebuhraya dapat mengurangkan juga tol-tol lain disekitar Lumpur Lumpur seperti Tol LDP- Lebuhraya Damansara Puchung yang harganya juga RM1.60. Siapa tahu satu hari nanti boleh jadi RM1.00 juga.. mudah-mudahan..

Seperti kata PM Rakyat didahulukan .... so harap-harap lepas ni rakyat terus didahulukan..


** Apa komen korang tentang pengurangan kadar tol ni setuju atau tidak?

*** Sehari berapa kos yang korang peruntukan untuk membayar tol pegi kerja? macam aku sehari aku kena bayar tol RM3.20 untuk pergi dah balik.. sungguh membebankan.. kalau jadi RM2.00 pegi dan balik kan seronok..

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. memang bagus, kalau dapat free lagi bagus

    BalasPadam
  2. kan bagus kalau guna highway tak payah bayaq tol...

    setakat nie saya kena bayar rm4 untuk pegi balik...

    agak mahal tol nie jika dibandingkan dengan pendapatan yg tak seberapa..

    BalasPadam
  3. ini mmg turun betul la ni yer? bukan sat2 ja....hehehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..