Pagi Yang Hangit Aku Kena Langgar Pulak

2/10/2011 10:28:00 PG , 5 Comments

Salam,

Aduh pagi2 lagi nak bikin panas orang ni.. tengah relek-relek aku berenti nak tunggu lampu hijau dekat trafik light Jalan Timur PJ.. tiba-tiba kereta aku bergerak sendiri.. bila aku toleh belakang nak tengok pasal apakan.. sekali aku tengok sorang mamat naik motor tengah betulkan kepala motor yang sangkut dekat tayar kereta aku dekat belakang... rupa-rupanya mamat ni dah langgar bontot kete aku dahhhh..

Aku cuma sempat turunkan tingkap je nak jenguk muka mamat tu.. dengan muka macam tak bersalah mamat ni bla macam tu je.. nasib baik takda buah limau dalam kereta kalau tak aku dah baling kepala dia tadi.

Dah lah langgar orang muka macam tak bersalah.. minta maaf pon tak terus bla macam kucing kena kejar dengan anjing je..

Sekadar gambar hiasan kredit pakcik google

Aku malas nak turun tengok apa yg rosak sebab tak pasal2 jam pulak dekat atas jalan tu nanti.. dah lah semua orang nak cepat gi koje kan.

Sampai je petrol pump nak isi minyak baru aku tengok.. so far ada calar sikit je.. takpelah kesalahan kamu dimaafkan mamat kurang asam..

Kekadang kita bawa kenderaan sopan macam mana pon kena langgar juga.. apa pon kepada penunggang motor tu kalau nak potong tu sopan-sopanlah ye sikit..

Nota kaki : korang ada pengalaman tak kena langgar lari atau korang yang melanggar dah tu lari? takda rasa bersalah ke?

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. langgar bontot kete org selalu la hehehe....

    BalasPadam
  2. pehhh kalau aku bro mmg perambat mamat tu, syukur bro selamat

    Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur

    BalasPadam
  3. penah kena...kat bahagian depan sblh kiri...mak cik tue dok kat lorong 'beri laluan' tapi dia tetap nak redah jugak wpun nampak keta ada.

    time tue tak sedar dah terkopak kat tepi tue sebab macam kamu jugak laa malas nak turun tengok..sekali daaa rosak keta cik....

    satu lagi keta saya penah keta tendang ngan sorang mamat moto nie dgn niat dia nak pecahkan lampu depan..

    BalasPadam
  4. @cik Panadol : oo awaklah yg langgar bontot keta saya hari tu dekat terowong pencala ye.. sambil call sambil drive.. hik2.. mengaku cepat.

    @suffer8zine : alhamdulilah selamat bro.. kalau rosak sikit2 takpelah.. kekadang malas nak panjang2 cerita dekat jalan kan.. janji semua orang selamat.. aku kira boleh tolak ansur jugalah.. hehehe

    @Fae_east : kekadang mamat motor ni memang kurang ajar.. dah selalu sangat saya tengok dekat kl ni..kereta kena sepak dengan penunggang motor gara2 tak bagi laluan.. memang kekadang mamat naik motor ni kurang ajar sikit.. lagi2 kalau dia tengok yg drive pompuan.. apa pon hati2lah selalu d jalan raya

    BalasPadam
  5. maunya akak rasa nak menyumpah je.. teringat hal semalam si kancil merah. geram juga.

    jom...patut undi jugak ni

    http://adzriel.blogspot.com/2011/02/mari-mengundi.html

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..