Mubarak letak jawatan, rakyat Mesir berpesta

2/12/2011 08:35:00 PG 6 Comments

Salam,

Aku baru je dengar berita dekat tv9 mengatakan Presiden Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan malam tadi.. Terus aku buat carian pulak dekat web Kementerian Luar Negara senarai nama pelajar yang akan dibawa pulang ke Malaysia.. Masalahnya nama sepupu wife aku tak wujud pulak.. mungkinkah tak jadi balik kot.. tengah cuba contact dia dekat sana ni..

Baca  berita perletakkan jawatan Hosni Mubarak dekat bawah ni

KAHERAH 12 Feb. - Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.

“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.

kredit google

Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.

Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan. - AFP

Sumber Rujukan : Utusan Online
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. haa.. at last... letak jawatan pun..

    BalasPadam
  2. mula2 azza ingat akk yg handle blog nie, rupanya abg, hee, sorry, kem salam akk ye :))

    BalasPadam
  3. @sicKo : tulah.. ada bagusnya dia letak jwtn cepat2..sebelum makin parah

    @azza Firza : memang dah selalu blogger ingat saya pompuan.. huhu.. mungkin cara penulisan kot.. insyallah cik.pn dah disampaikan salamnya

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...semoga mesir kembali aman~

    BalasPadam
  5. jom join kempen sebarkan Muhammad:Rasulullah SAW sempena sambutan maulidur rasul yg akan datang..

    http://jemarisunnah.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. @Nur afiah : insyallah.. sama2 kita sebarkan

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..