Hukum Sambutan Maulidur Rasul

2/14/2011 11:07:00 PTG , , 6 Comments

Salam,

Sempena Sambutan Maulidur Rasul esok yang jatuh pada 15-2-2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432H aku ingin berkongsi maklumat tentang apakah hukum menyambut Maulidur Rasul?

sumber google

Sumber rujukan Al-Azim

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1) Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

2) Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

3) Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.


"PERBANYAKKAN SELAWAT KEATAS NABI KITA NABI MUHAMMAD S.A.W"

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum...BW baca kisah2 agama smpena Maulud Nabi sambil klik2 HB banner & banner2 yg lain..jmput ziarah saya juga :)

    BalasPadam
  2. mmg banyak percanggahan pendapat mengenai hal ini. harap2 lps ni kita semua jelas yg ianya bukan bidaah dam diharuskan.

    BalasPadam
  3. harap2 xde isu x perlu berdiri sewaktu maulid nabi.. kalo waktu menyanyikan lagu negaraku kita disuruh berdiri, ni kan pula berselawat ntk junjungan tercinta..

    BalasPadam
  4. @izza Momamed : tq dtg membaca d sini.. insyallah sy akn buat lwatan nanti

    @suffer8zine : betul2.. Allahuakbar

    @transformed housewife : betul tu.. kekadang kita perlu belajar ilmu agama ni sebelum mengambil satu pendapat je..

    @kyo_9 : setuju tu..

    BalasPadam
  5. kena tahu peribadi dan cara hidup Rasulullah

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..