Hari ini bukan hari berkasih tetapi setiap hari perlu berkasih

2/14/2011 12:27:00 PTG 4 Comments

Salam,

Semoga hari ini korang semua berbahagia bersama pasangan masing-masing begitu juga dengan diri aku semoga mahligai yang aku bina selama ini akan berkekalan sampai ke syurga.. amin.

Entri aku ini bukan bertujuan untuk menyambut atau meraikan hari kekasih yang aku sendiri tak tahu bila tarikhnya.. Bila ye?.. tak pernah ambil tahu pon..

Bagi aku setiap hari adalah hari yang perlu berkasih sayang .. tak gitu.. kalau korang setakat hari ini baru nak mengucapankan "I Love U Sayangku"  dan setahun lagi baru ucapan itu di ulang mungkin korang silap.. sebab sepatutnya ucapan itu perlu diucapkan setiap hari bagi mengiratkan lagi hubungan diantara pasangan.


Kenangan menyambut anniversary di Haven Restaurant 


Teman dikala susah senang... love u sygku..

Tapi kita selaku umat islam ada batas-batasnya bagi yang belum berkahwin / berumahtangga batasan anda terhad untuk melafaskan kata-kata tersebut kerana ditakuti lain pulakkan jadinya.. sendiri faham ye.

So jagalah perhubungan korang semua sebaik mungkin.. ingat hari ini bukan hari berkasih tetapi setiap hari adalah hari berkasih sayang.





OST - Begitukah Cinta (Slot terbaru Akasia)

Nota kaki : Sekerap mana korang mengucapkan "I Love U" pada pasangan korang?



--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. hubby akak tak pernah sebut pun. dia pemalu.. sebut sayang pun tidak. tapi akak dah maklum dia begitu.

    nak tau kenapa akak suka sgt masuk blog ni.. akak suka sgt header tu. bukan sebab gambar pokok kelapa tu, tapi gambar hangpa berdua. akak suka sgt moment tu.

    BalasPadam
  2. @Adzriel : Tq akak sebab sudi masuk baca entri dekat sini.. gambar tu saya dah janji dengan wife nak guna sampai bila-bila sebagai header.. kalau tengok gambar tu teringat masa kami nikah dulu.. hik2..

    BalasPadam
  3. sweet nya.... semoga sentiasa bahagia...

    BalasPadam
  4. @aima in luv : tq2 semoga anda juga sentiasa berbahagia disana

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..