Hadiah lumayan buat Hackers RM60,709 dicabar godam Google Crome

2/10/2011 12:00:00 PTG , , , , 8 Comments

Salam,

Baru tadi lepas aku minum pagi terpandan satu keratan paper utusan yang bertajuk "Google cabar penggodam ceroboh Chrome" wah nampaknya pencipta google crome dah berkeyakinan penuh dengan pelayar baru dia sampaikan sanggup mencabar hackers-hackers dekat luar sana untuk godam sistem mereka.

So kepada yang merasakan dirinya hackers nak nak mencuba nasib sila-silakanlah ye tunjuk skill menggodam tu.. jangan risau anda tidak akan ditangkap malah diberikan hadiah wang tunai lagi kalau berjaya godam sistem Google Crome ni.



Baca petikan berita dekat bawah ni: 

CALIFORNIA 8 Feb. - Google yang sangat yakin dengan pelayar Chrome rekaannya tidak mampu digodam berjanji memberikan hadiah sebanyak AS$20,000 (RM60,709) dan sebuah komputer riba kepada individu pertama yang berjaya membuktikan bahawa andaian itu salah.

Syarikat itu mengemukakan cabaran tersebut menjelang pertandingan menggodam Pwn2Own tahunan kelima yang bakal berlangsung bulan depan.

Hadiah itu adalah yang terbesar ditawarkan setakat ini dalam cabaran yang diadakan pada persidangan keselamatan CanSecWest di Vancouver, British Columbia pada 9 Mac ini.

Menggunakan mesin untuk operasi Windows 7 atau Mac OS X, penyelidik akan cuba menggodam Google Chrome serta Internet Explorer yang dibangunkan Microsoft, Mozilla Firefox dan pelayar Safari ciptaan Apple.

Microsoft, Mozilla dan Apple masing-masing menawarkan sebanyak AS$15,000 (RM45,532) kepada individu pertama yang boleh menggodam sistem keselamatan pelayar mereka, tambahan sebanyak AS$5,000 (RM15,177) yang diberikan kepada penggodam yang berjaya pada pertandingan tahun lalu.

Google, bagaimanapun telah menggandakan jumlah hadiah dengan menawarkan sebanyak AS$20,000 (RM60,709), satu tanda keyakinan eksekutif kanan bagi syarikat yang berpangkalan di California itu.

"Kami menaikkan jumlah taruhan kali ini dan jumlah keseluruhan wang tunai yang diperuntukkan untuk hadiah-hadiah telah meningkat kepada AS$125,000 (RM379,387)," kata Aaron Portnoy daripada HP TippingPoint, penaja pertandingan Pwn2Own.

Dalam cabaran untuk merebut hadiah wang tunai beserta komputer riba Chrome CR-48, penggodam perlu mencari dan mengeksploitasi bahagian kod yang mudah terdedah kepada bahaya pada hari pertama pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu, lapor ComputerWorld.com.

Hari kedua dan ketiga pula, penggodam boleh menggunakan pepijat dari luar Chrome untuk cuba menyusup masuk ke dalam sistem keselamatannya.

Penyelidik pertama yang berjaya akan menerima AS$20,000 (RM60,709), tetapi separuh daripada hadiah wang tunai itu akan dibayar oleh penaja TippingPoint. - AGENSI

Sumber rujukan : Utusan online


** aku memang suka pakai google crome sebab pelayar tu ringan jika dibandingkan dengan internet explorer atau mozilla.

*** kalau korang melayari internet korang suka guna yang mana, adakah google crome pilihan korang?

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. waa hadiah besau tue...tak pyh dok tggu klik cik nuff tue hehe..

    faiz lebih suka mozilla..tak penah guna google chrome lagi..ok ker browser tue?

    BalasPadam
  2. depa nak test sistem depa tu kebal atau tak. lepas tu polis pakat2 siasat pulak yg menang tu utk kes2 sebelumnya..he..he..

    BalasPadam
  3. @Far_east : bagi saya sekarang crome terbaik.. sebab memang sangat ringan untuk surffing internet.. sejak diperkenalkan tahun lepas saya dah start guna google crome ni.. install n test je dulu.. pasti tersenyum guna nanti.. hehehe

    @Adzriel : mungkinlah.. kekadang kita kena guna taktik juga nak tangkap pencurikan.. hackers yang bijak munkin tak join kot.. hehehe

    BalasPadam
  4. chrome ade kelemahan jgak, macam crash kdg2 :( kalau gune komputer yg ram sekitar 512mb pun akan amik mse agak lme nk bukak browser tu... tp dalam kalangan semua browser, chrome mmg yg terbaik punya :)

    BalasPadam
  5. ala tak reti nak hack..melepas nak dapat hadiah tu..hehehe

    BalasPadam
  6. Giler best kan?
    Kalo lah aku terer bab komputer ni kan ke masyukkk..
    A'ah suka guna chrome tp skrg mslh plak..
    Very slow dan rasanya laptop aku ni jugak yg bermasalah sebenarnya..
    Hahaha..

    Latest entry : 6 Masalah Cinta Terhangat

    BalasPadam
  7. @Remzdan : betul2.. kekadang kalau buka banyak page memang akan keluar crash.. apa pon stil terbaik

    @Zuriey : samalah kita

    @d_tieah : cuba update yg terbaru.. kekadang keluar crash tu sebab buka sekali banyak page.. loading jadi slow kot

    BalasPadam
  8. I was wondering what is up with that weird gravatar??? I know 5am is early and I'm not looking my best at that hour, but I hope I don't look like this! I might however make that face if I'm asked to do 100 pushups. lol

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..