Upgrade Akuarium Untuk Gold Fish

1/09/2011 09:10:00 PTG 10 Comments

Salam,

Hobi yang asalnya dari main-main bela ikan emas sekarang dan menjadi serius pulak.. mana tidaknya pagi sabtu (semalam) aku gila apa entah, bangun-bangun dari tido je aku terus cakap dengan cik.pn malarang-kak “syg jom gi Ikano, tengok-tengok akuarium”.

gold fish-1

mini akuarium untuk gold fish

Apa lagi lepas ajak.. cik.pn ni memang pantang kena ajak gi mana-mana.. sebab dia memang suka jalan-jalan.. terus bangun mandi-mandi dan tu terus gi Ikano.

Sampai-sampai je mula-mula terus tengok akuarium yang sesuai dengan gold fish aku tu.. mula-mula mintalah advise dari penjual tu akuarium mana yang sesuai untuk gold fish ni.. sebab akuarium yang ada dekat umah ni asik kotor je.. kira setiap hari aku terpaksa tukar air untuk bolehkan gold fish tu panjang umur.

akuarium baru

Lepas habis pilih & belek-belek akuarium mana yang sesuai akhirnya akuarium dekat atas ni jadi pilihan isteriku. Kebetulan jenis akuarium ni memang ada satu je dalam kedai tu dan baru je sampai semalam kata tokey kedai tu.

Kelebihan akuarium baru memang dah disiapkan dengan penapis air untuk mencuci air keluar masuk dari akuarium tu. Harga berapa aku beli? opsss biarlah rahsia.. takut korang terperanjat nanti dengar harga dia.. hik2.. cubalah teka berapa harga?

akuarium baru 1 Yang ni pulak antara koleksi aksesori yang isteri aku beli untuk dimasukkan didalam akuarium baru tu.. yang takda dalam gambar dekat atas cuma pasir je.. sebab tak sempat nak ambil gambar aku dah bubuh dalam akuarium.. hehehe.

akuarium baru 2Ni pulak rumpai air hidup yang aku beli untuk ditanam dalam akuarium tu.. 2 jenis rumpai air yang aku sendiri tak tahu nama dia.. siap aku belikan ubat untuk makanan rumpai tu.. memang kerja gila dah aku buat ni.. hehehe

akuarium baru 3 Yang ni mula-mula aku tak nak beli sebab takut cukup barang nak pusingkan kipas tu.. sebab kena guna motor.. last-last aku suruh juga isteri aku beli.. sebab dia dah suka sangat. kata orang sayang isteri turut-turutkan.. hehehe

akuarium baru 4 Yang ni memang aku berkenan.. sebab boleh ikan main-main dalam tu.. tapi malangnya ikan emas dekat umah tu besar sangat so tak boleh nak masuk dalam lobang ni.. yang duduk dalam ni sekarang ikan bandaraya je (ikan makan taik).

akuarium baru 5Hai tangan sapa pula ni.. ni tangan betul ye.. bukan tangan hiasan tau.. akulah ni tengah betulkan kedudukan hiasan dalam akuarium ni.. tengok tu pokok macam dah layu je… kejutan budaya kot.. tengok tangan gergasi masuk dalam akuarium tu.. hik2

akuarium baru 6 Hasilnya nilah.. selepas selesai semua kerja-kerja mengemaskini aksesori dalam akuarium tu.. barulah aku puas hati tengok ikan tu bebas berpusing-pusing dalam akuarium yang besar tu.. kesian sebelum ni macam terseksa je dalam akuarium kecik.

ikan emas

Keadaan akuarium & air untuk hari kedua.. memang bagus akuarium ni.. asalnya air macam ada keruh sikit sebab pasir yang aku masukkan tu macam tak bersih.. tapi hari ini dengan kehebatan filter yang dibina dibelakang akuarium tu.. air dalam tu jernih je.. happy aku tengok gold fish tu sihat je.. harap-harap panjanglah umur ikan-ikan aku ni.

ikan emas 1

Ada tetamu baru dalam akuarium tu kalau korang perasan.. semalam ada 2 ekor je gold fish.. tapi hari ni ada tambahan 2 ekor lagi menjadikan semua gold fish 4 ekor semua.. 2 ekor warna kuning oren dan 2 ekor lagi warna silver dengan kepala kuning oren.. yang ni baru je tadi beli.. hehehe..

ikan emas 2 Kalau korang rasa tention.. cuba tengok ikan dalam akuarium tenang je fikiran.. kalau tak percaya cubalah buat.. aku sekarang kalau boring-boring mesti asik nak tengok gelagat gold fish ni dengan wife aku.. ikan ni penyejuk mata dan hati.

Macam mana dengan korang pulak.. kalau korang tension apa korang buat? kongsi sikit tips-tips korang..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. cantik dan kemas aquarium ni..berbaloi walaupun harganya mahal..

    BalasPadam
  2. salam

    cantiknya ikan2 itu

    dan rumah2 mereka mai ai...

    memang pemiliknya seoarng yang penyanyang ni..


    syira kalau bosan tidur je..hehhe

    BalasPadam
  3. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara
    Salam Sebuah persahabatan....
    Terima kasih atas kembara ziarah maya”

    Yuupppp ikan emassss tu berenang2 cantikkk... akuarium siap beli satu set tuuuu

    BalasPadam
  4. waaa dah upgrade akuarium ekkk....mesty ikan tue tak tido semalam sebab syok dpt tempat baru yg boleh buat dia bernafas sket hehe...

    BalasPadam
  5. @aphyx : memang betul.. kita sendiri pon mesti nak rumah selesa. sama macam ikan juga.. hehehe.. mahal tapi berbaloi

    @sissyira : tq2, semua tu hasil sentuhanisteri tercinta yang pilih rumah2 hiasan tu..

    @Afzainizam : salam perkenalan untuk anda juga.. memang beli satu set terus..senang nak manage...hehehe

    @far_east : bukan setakat ikan tak tido.. tn punya ikan pon tak tido sekali..gara-gara nak tengok gelagak ikan tu guling-guling dalam akuarium baru.. hehehe

    BalasPadam
  6. dasat kamu sampai tak tido hehe....so ikan tue guling 2 x??

    BalasPadam
  7. @far_east : hahaha.. memang guling2 ribu2 x..hehe

    BalasPadam
  8. beruntung sungguh ikan emas tu...dapat rumah baru...heheheh...

    BalasPadam
  9. @deqdeq : memang beruntung dapat tn.myvitrd ni.. hehehe.. hidup ikan2 ni terbela.. hik2

    BalasPadam
  10. salam..akuarium ni pakai suis ke?cara nak pasang dia?

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..