Sesi Terjah Tugu Peringatan Negara Malaysia

1/29/2011 09:23:00 PTG 6 Comments

Salam,

Aktiviti aku petang ni macam biasa kalau hujung minggu tak kerja mesti aku akan bawa cik.pn. malarang-kak ronda-ronda sekitar Kuala Lumpur.

Lokasi yang kami kunjungi petang tadi adalah “Tugu Negara”.. Pelik ye kenapa aku datang dekat Tugu Negara ni?

tugu-negara-2

Persoalannya kenapa korang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk melancong ke luar negara sedangkan dalam negara kita banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.

Macam aku kali terakhir aku ke Tugu Negara masa belajar dulu sewaktu mengikuti rombongan sambil belajar masa sekolah rendah.. aku rasa dan lebih 20 tahun aku baru sampai lagi dekat Tugu Negara ni.. sedangkan aku dan duduk dekat kl ni lebih 4 tahun.. baru hari ni sampai ke Tugu Negara.. Pelik bukan?

Jom tengok gambar yang sempat aku ambil guna handphone tadi

tugu-negara-1 Batu peringatan yang menyenaraikan nama-nama pejuang negara yang terkorban ketika mempertahankan negara

tugu-negara-5

Kolam air pancut yang terdapat disekitar Tugu Negara

tugu-negara-6

Kalau korang masuk ke laluan pejalan kaki menuju ke Tugu Negara.. jangan lupa melihat keatas siling yang menempatkan senarai kategori pasukan keselamatan yang berjuang satu ketika dahulu

tugu-negara-4

Nilah dia Tugu Negara yang telah telah dibina pada tahun 1966

tugu-negara-10    Info berkenaan sejarah kewujudan Tugu Negara

 

Dulu masa datang sini aku kecil je.. sekarang tengok mamat baju hijau tu.. macam jakun je.. semua nak disentuh.. hehehe

Info Tugu Negara :

Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II(1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria,Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. - Sumber rujukan Wikipedia

** Kenapa kurang rakyat malaysia yang datang berkunjung ke Tugu Peringatan Negara? Sewaktu aku sampai hanya rakyat asing yang datang ke Tugu Negara tu.. takda kelihatan rakyat kita.

*** Korang pernah sampai tak Tugu Negara ni… Sejauh mana korang mengingati pejuang-pejuang terdahulu?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. syyhhh diam2 tau...nak habaq, faiz xpenah smp lg kat sana hihi bila lerrr nak tgk tugu negara ne...kena bajet jd pelancong dulu kott baru leh p sana hehe

    BalasPadam
  2. memang betul la bro.... masih ramai orang kita tak pegi lagi tempat sejarah cenggini termasuk la saya

    BalasPadam
  3. @Far_east : hehehe.. semua orang dah tahu.. rupa2nya ramai yg tak pernah g rupanya.. tengok comment2 rakan2 tu.. hehehe

    @Hazman : hehehe..aku dah agak dah.. kalau ada masa glah jalan2 kesana ye..

    @Suffer8zine : aku pon lalu je sebelum ni.. hari ni terbuka hati nak pegi..

    BalasPadam
  4. yer laa rakyat Malaysia sendiri lebih teruja tgk bangunan luar dari sejarah Malaysia kan....(termasuk laa faiz nie hehe....)

    BalasPadam
  5. @far_east : hehehe.. bukan fae_east je macam tu sy pon macam tu juga.. hik2... so ni baru nak tanamkan sifat melancong dalam negara je.. hehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..