Rumah Oh Rumah Berapa Lama Lagi Harus Ku Menunggu

1/31/2011 09:01:00 PG , 0 Comments

Salam semua,

Kredit pakcik google.com

Semua orang mengimpikan sebuah rumah sendiri termasuk diri aku ni.. bohong aku katakan kalau korang tak ingin memiliki rumah sendiri.. sampai bila nak menyewa?

Tapi kekadang keinginan untuk memiliki rumah sendiri bukan semudah membuka kulit kacang .. betul tak?

Sebelum nak membeli rumah banyak perkara yan perlu difikirkan termasuk wang pendahuluan, kemampuan membayar bayaran bulanan rumah tersebut, lokasi yang dipilih dan macam-macam lagi.

Begitulah juga dengan aku yang sekarang ni masih tertunggu-tunggu jawapan dari bank status pinjaman perumahan aku.

Bermula dari proses survey rumah, bayar booking, sign dokumen SNP , proses permohonan loan bank, Sign loan offer latter dan pembayaran deposit 10% semua dah aku lalui susah senangnya.. yang tinggal hanya sign dokumen loan bank sahaja.

Semua aku lalui dah hampir 5 bulan bermula dari hujung bulan September 2010... sedikit kecewa keran tiada 1 bank pon yang sudi memberikan aku loan... sampailah akhirnya aku berjumpa dengan seorang agen yang sudi menguruskan pinjaman aku dengan sebuah bank yang aku kira bagus.

Apa yang aku harapkan moga-moga minggu ni adalah berita gembira dari pihak bank.... sabar menanti bak buah tak jatuh..

*** Korang ada pengalaman berurusan dengan bank untuk membeli rumah? susah atau senang?

Nota diri sendiri : Kalau tak sabar rsanya dah lama aku cancel pembelian ni.. nasib baik ada isteri yang memahami ada juga pemberi semangat untuk terus bersabar..

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..