Pejabat Pos Diserbu Pelabur ASB Kenapa Ya

1/04/2011 11:39:00 PG , , 16 Comments

Salam,

Semalam adalah aku pergi satu pejabat pos dekat area Jalan Semarak dekat dengan opis aku.. sampai-sampai je.. mak ai punya ramai orang beratur.. kebanyakkan warga emas yang sebaya dengan mak & ayah aku.. so aku pon terfikir kejab.. pasal apa ye..

oooo... baru aku ingat semalamkan 3hb.. so semua pelabur ASB tengah beratur rupanya nak kemaskini buku pelaburan.. perrggg pakcik kayo.. aku rasa bukan dekat Jalan Semarak je yang kena serbu.. rata-rata semua pejabat pos atau bank-bank panel ASB ni kena serbu.

kredit pakcik google

Tahun ni merupakan durian runtuh bagi pelabur-pelabur ASB ni. sebab baru baru ni Pengerusi PNB mengumumkan kadar dividen asb tahun 2010 sebanyak 7.50 sen seunit.. Bayangkan kalau korang ada RM200k dalam akaun ASB tu.. korang kali jelah.. aku takut nak kirakan banyak sangat..hehehe

kredit pakcik google lagi ... 

Cuba korang cari yang mana satu Je Jai dekat situ..tak pon eyriqazz.. cepat2 cari orang kaya ni...  hahaha.. so kepada yang ada simpan duit dalam buku ASB tu.. takyah nak berebut-rebut gi kemaskini buku.. sebab korang ada masa setahun boleh kemaskini buku ni.. duit tak hilang kemana..

Tapi kalau korang nak juga kemaskini buku ASB korang tu.. korang boleh pegi dekat mana-mana cawangan pejabat pos, Maybank, RHB dan  CIMB yang berdekatan..

Kepada rakan-rakan yang lain korang pilih yang mana?.. Buat pinjamaan loan ASB atau menyimpan bulan-bulan dalam buku pelaburan ASB.. mana pilihan anda?

Bila ye Cik. Pn. Malarang-kak nak gi kemaskini buku ye?.. hehehe

online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

16 ulasan:

  1. tak faham kenapa nak berebut2 pi update.. macamlah duit tu nak lari ke mana kalau tak update..
    Jom Join GA PILIH THEME BLOG

    BalasPadam
  2. Salam .. heheeh .. hmmm update jugak ke?

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  3. @sw33tdarling : dia orang tak sabar nak tengok berapa untung tahun ni.. hehehe dah tu nak keluarkan duit untung g shoping kot.. hehehe

    @hasrul hassan : aku tak byk duit dalam tu.. so update tengah tahun pon takpe.. hehehe

    BalasPadam
  4. owhh ingat kamu nak citer baper untung kamu dapat hehe neway tahniah yerrr dah melangkah setapak ke dot com..

    BalasPadam
  5. Cehh..sapa tak nampak jejai dengan eyriqazz..kerugian besarlah..ada hadiah menanti yang akan disponserkan oleh eyriqazz dan akan disampaikan oleh jejai..ahaks..ahaks..

    Off Topix - Bro..yang column tuh lu pegi kat Designer Templete pastu gi kat layout..kat situ lu boleh pilih jenis-jenis Column

    BalasPadam
  6. hiihihi msti duit abis g shopping tu..sale giler2kan ujung thn ari tu.. :P

    im following u :p

    Jom singgah: Afif masuk sekolahh!

    BalasPadam
  7. @far_east : hehehe..saya takda untung punya.. rugi adalah.. hehehe..

    @Jai : aku dah g tadi dekat situ.. tapi fungsi tu disable sebab aku guna templete yang download punya.. so kena buang yang ni buat baru bro.. sekarang tengah cari templete yang baru yang guna satu colum je.. apa pon tq bro..

    @fadhdeela : hehehe.. sudah tentunya.. shoping pon untuk yang tersayang je.. hehehe

    BalasPadam
  8. salam

    itulah, syira nak p bayar roadtax motor, tapi sesak dgn orang, rupanya semua mai pakat kemaskini asb, syira je yang buat do no jah :D

    BalasPadam
  9. @sissyira : tulah..semua orang tengah semangat nak tengok untung tahun ni.. saya takda duit dalam tu.. so samalah buat bodoh juga..hehehe.. tumpang gembira tengok pakcik dengan makcik yang keluar dekat situ .. senyum2 je..hehehe

    BalasPadam
  10. patut pun ramai sangat org kat pejabat pos

    BalasPadam
  11. @sharinginfoz : tulah pasal bro

    BalasPadam
  12. tak yah berebutlah sebab akak punya simpanan tak banyak mana pun.

    wah syok giler tenguk tv baru kamu tu..tahniah ..

    tahniah juga sebab dah masuk group dot com.semuga bertambah semangat nak berblog.

    BalasPadam
  13. @kak ina : samalah kita kak ina dalam asb tu adalah sekangkang kera.. hehehe.. tv baru tu kalau tak rosak yg lama tak beli lagi kot.. kira ada juga baiknya dia rosak.. hehehe

    insyallah dengan semangat yg diberikan oleh geng2 talibarut.. moga boleh lebih maju lagi..

    "Happy aniversary kakina"

    BalasPadam
  14. aishhh tau xpe.. ramai gler~ ak pun x cek lagi ni.. =D

    BalasPadam
  15. @aimi-san : takpe..takyah g rebut2 nak g cek..duit tak hilang.. hehehe..

    BalasPadam
  16. thanx a lot for ur info

    now dah dapat =)
    credit to myvitrd

    http://misztrex.blogspot.com/2011/04/saham-bank-rakyat-15.html

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..