Panduan Permohonan Pengurangan Kadar Pinjaman PTPTN dari 3 Peratus Kepada 1 Peratus

1/14/2011 11:22:00 PG , , 6 Comments

Salam,

Rasa-rasanya kebanyakkan rakyat malaysia yang telah habis pengajian dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti ada menerima pinjaman PTPTN ni.

Alhamdulilah aku dulu tidak berkesempatan membuat pinjaman PTPTN ni.. kalau tak tentu-tentunya sampai sekarang aku tak habis bayar lagi. Aku dulu dapat tawaran pinjaman dari MARA.

website rasmi www.ptptn.gov.my

Oklah semua sedia maklum bahawa kadar faedah pembayaran balik pinjaman PTPTN adalah sebanyak 3% yang aku kira ada sedikit membebankan peminjam untuk membayarnya. Jadi baru-baru kerajaan ada mengumumkan tentang kadar pengurangan faedah pinjaman PTPTN dari 3% kepada 1% yang mana pengurangan ini tidak dibuat secara automatik dan memerlukan untuk mengisi borang permohonan secara online.

Untuk itu aku nak kongsi panduan untuk memohon pengurangan dari 3 % kepada 1% berpandukan apa yang aku dah buat tadi untuk memohon pengurangan bagi cik.pn.malarang-kak.

First korang masuk dalam www.ptptn.gov.my


Pilih option 04 Kemaskini Maklumat Ujrah


Masukan no.kad pengenalan dan email yang sah


Sekiranya no.kad pengenalan yang dimasukkan sah.. popup seperti diatas akan dipaparkan yang meminta untuk menyemak email.


Jika berjaya email seperti diatas akan diterima untuk meneruskan permohonan yang seterusnya


sekiranya permohonan diteruskan.. borang untuk melengkapkan maklumat peribadi akan dipaparkan.. penuhi semua maklumat yang diminta.


selepas semua maklumat di isi.. klik butang "YA"


seterusnya popup pengesahan yang terakhir akan dipaparkan seperti diatas dan klik butang "YA" sekali lagi


Sekiranya permohonan berjaya status "telah berjaya" seperti diatas akan dipaparkan dan akan dikuti dengan kiriman email seperti dibawah


sekiranya kiriman email mengatakan permohonan anda telah berjaya dan keputusan permohonan akan dihantar melalui email.. maka ini menandakan permohonan yang dibuat tadi telah diterima oleh pihak PTPTN. 

Semoga dengan sedikit panduan ini dapat membantu para peminjam PTPTN untuk memudahkan lagi proses permohonan pengurangan faedah 1% ni.

Berhutang memang seronok tapi nak membayarkan adalah satu azab yang perlu ditanggung untuk satu tempoh yang lama.

Pesanan buat pelajar : Kalau korang dapat pinjaman PTPTN tu gunakanlah sebaik-baiknya jangan membazir kepada benda2 yang tak berfaedah..


Dulu masa korang dapat pinjaman pelajaran korang buat apa dengan duit tu.. guna untuk belanja wang saku atau enjoy?



online counter


Tagged as : Tips Pinjaman PTPTN, Tips mohon kurang faedah PTPTN
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. DeQdEq dah mohon....tapi tak dapat pun keputusan dia...

    BalasPadam
  2. @deqdeq : lambat sikit kot.. member tadi dekat opis mohon bulan 12.. tapi dapat keputusan tadi.. dah tu tak lulus permohonan sebab dia tak pernah bayar ptptn tu.. effect juga tu.. huhu

    BalasPadam
  3. emmm..yela tu...DeQdEq mohon awal bulan 1...mesti bulan depan baru dpt result...ntah lulus ke tak nih..huhuhu

    BalasPadam
  4. @deqdeq : takpe..tunggu je.. sabar je dulu.. hik2

    BalasPadam
  5. my hubby malas pulak nak apply sbb dia dah nak habis bayar dah.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..