Oh! Kenapa Aku Emergency Leave Pulak

1/06/2011 03:10:00 PTG 2 Comments

[Update dari Windows Live Writer]

Salam semua,

Hari ni merupakan EL(emergency leave) aku yang pertama untuk tahun 2011 ni.. apa yang emergency sangat tu sampai kena ambil EL?

Sebenarnya aku pagi tadi kena hantar cik.pn. malarang-kak gi klinik sebab dari malam tadi dia mengadu sakit belakang.. katanya bisa-bisa dekat belakang sampaikan dia tak dapat nak tidur satu malam. So bila syg aku ni tak boleh nak tidur mestilah aku tak tidur jugakan.. tak patutlah aku pulak nak buat taik mata sorang-sorang tengah-tengah isteri kesakitan.

Jam 9.00 pagi je aku terus antar dia gi klinik panel dekat area umah sewa aku ni.. aku dah stanby kalau-kalau dia kena rujuk dekat hospital pulak. sebelum gerak gi klinik aku dah siap-siap apply cuti online dah tu inform dekat bos-bos aku.

Sebelum ni wife aku pernah buat pembedahan apendik.. so aku risaulah ada kena mengena dengan pembedahan tu ke dia sakit belakang.. Sampai je dekat klinik terus daftar, dah tu masuk jumpa doktor.. sempat lagi doktor cakap “bukan 2 hari lepas u ada datang ke?.. sakit apa lagi”.. aku kata “hari tu saya yang deman datang ambil ubat, sekarang i punya wife sakit belakang pulak” doktor tu senyum je..

Doktor check sana.. belek sana dah tu suruh wife aku gi buat ujian air kencing. tak sampai 5 minit doktor panggil kata .. “u kena kencing kotor”.. so aku kata dalam hati alhamdulilah syukur takda sakit lain.. so doktor suruh banyakkan minum air masak dah tu terus bagi ubat.

ubat nilah ubat yang doktor bagi tadi.. paling susah cik.pn nak minum yang tulis “Urisoda” tu.. dia kata bila minum macam nak muntah.. aku sendiri pon tak tahu rasa apakan.. kata orang dah namanya ubat mana ada yang sedapkan..

Habis ambil ubat terus balik … harap-harap esok semua dah ok..

Kalau korang tanya aku.. aku suka tak gi klinik ambil ubat.. jawabnya tak.. aku tak suka makan ubat sebenarnya.. kecuali dah kena paksa dengan cik.pn baru aku makan..hik2

Macam mana dengan korang pulak kalau sakit.. suka makan ubat atau tidak?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. he3..sama2...cma pom xsuke makan ubat..kene ceramah ngan en hubby baru la telan ubat tu..:)

    BalasPadam
  2. @Cma Shiema : memang betul..kekadang kena paksa baru nak makan.. tu yang lambat baik sakit ni.. heheeh

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..