Kereta Baru Peronda PDRM Tahun 2011 | Bukan Evo Lagi

1/10/2011 09:11:00 PG , 9 Comments

Salam,

Wah semakin maju nampaknya pasukan PDRM dekat negara kita.. mana tidaknya sebelum ni dia orang gunakan kereta Mitsubishi Evo X  & Mitsubishi Lanser GT 2.0 untuk kegunaan kereta peronda tahun 2010, tapi kali ini pihak PDRM telah menggunakan kerata keluaran NAZA pulak untuk kegunaan peronda dan kenderaan rasmi rasa-rasanya.

Jom kita layan gambar terbaru kereta baru PDRM untuk tahun 2011

nilah dia kereta Mitsubishi Evo yang PDRM gunakan untuk peronda lebuhraya buat masa sekarang.. amacam ganas tak? cuma dari apa yang aku tengok semua pemandu-pemandu kerata model ni macam belagak-belagak sikit.. maklum jelah.. bukan senang2kan nak bawa keta ni.. so bangga diri tu adalah sikitkan.. hehee

 yang ni pulak kereta baru keluaran NAZA iaitu Naza Kia Sorento.. kredit foto dari iAwani

nilah dia Kia Forte keluaran terbaru NAZA yang bakal digunakan oleh PDRM tahun ni.. aku pon tak tahu nak guna buat peronda ke @ kenderaan rasmi.. 

Pandangan dari belakang .. memang ganas.. cuma aku belum dapat tengok secara life lagi atas jalan raya ni.. apa pon sentuhan warna  flat black memang menunjukkan kegarangan kereta ni.. Syabas PDRM 

Mampukah kereta ini menyanyingi kereta-kerata penjenayah dekat luar sana tu? sekarang dah banyak juga kereta Nissan GT masuk malaysia.. sapa kena tapau aku pon tak tahu.. hehehe


Nota kaki : Lepas ni mesti ramai yang nak apply kerja jadi pemandu kereta peronda PDRM ni.. mana tidaknya dapat bawa kereta power sepanjang masa. Apa pandangan korang kereta baru keluaran NAZA ni jika dibandingkan dengan Mitsubishi EVO X sebelum ni?.



online counter


Tagged as : kereta pdrm, kereta baru pdrm, kereta peronda pdrm
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. canggih dah kereta polis kita...harap cepat laaa boleh kejar penjenayah..

    BalasPadam
  2. @far_east : harapnya begitulah.. jangan penjenayah ketawa je sudah.. :-)

    BalasPadam
  3. canggih.. harap dapatlah mereke berkhidmat dengan telus
    Jom Join GA PILIH THEME BLOG

    BalasPadam
  4. hehe jgn jadi cam aritu dah...penjenayah silap curik keta ketua polis...;)

    BalasPadam
  5. perghh,, meleleh tengok kereta polis atas ni,, dapat test drive pon jadi la..

    BalasPadam
  6. cangih2 keta depa no aku rasa yang nak kena tapau keta aku la kot sebab keta aku bukan GT ..tapi getot..hahahahah lari paling laju 100 jer pastu stereng pun goyang... :P

    BalasPadam
  7. @sw33tdarling : betul2 tu.. no more rasuah lepas ni..

    @far_east : tulah pasal.. punya sengal perompak.. takkan tak kenal kereta ketua polis selangorkan.. hahaha

    @Farid : semua orang teringin nak test drive ver. atas tu.. hehehe

    @Abu : samalah aku.. kereta katak aku memang tak boleh nak tapau keta-keta pak polisi ni..

    BalasPadam
  8. mmg cantik la kete polis baru nih...mmg nak suruh polis merempit sekali nih...heheheh

    BalasPadam
  9. Tiada duit untuk downpayment? (FOMCA tak bagi buat full loan)
    Tiada duit untuk renew insurance? (bila dah setahun pakai kereta)
    Tiada duit untuk service maintenance? (bila rasa tak sedap bawak kereta)
    Tiada duit untuk modified kereta? (biasanya lelaki)

    klik disini untuk mendapatkan pendapatan sampingan anda.
    Hanya RM20, anda boleh dapat pulangan sehingga RM2K sebulan
    Diulangi HANYA RM20

    *terbuka kepada semua termasuklah yg tak nak pakai kereta.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..