Godaan Laman Sosial | Tazkirah Semanis Kurma TV9

1/14/2011 08:28:00 PG , , 7 Comments

Salam,

Baru je aku habis dengar slot Semanis Kurma dekat tv9 yang bertajuk "godaan laman sosial". Dalam slot kali ini apa yang dibincangkan adalah bahana jika kita terlalu taksub dengan laman sosial sehingga kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai suami, isteri, ibu atau ayah dalam keluarga.

Seorang pemanggil telah mencerikan apa yang telah terjadi dalam keluarganya apabila suaminya ingin berkahwin lain apabila bertemu dengan sorang wanita yang dikenali melalui facebook. Katanya selama ini beliau memberi kepercayaan penuh kepada suaminya menggunakan laman sosial tetapi rupa-rupanya telah disalah gunakan oleh suaminya.

"Penyakit alam cyber zaman sekarang"

Apa yang ustaz dan ustazah tu pesan.. kalau nak menggunakan laman sosial tidak salah tapi kenalah untuk jalan kebaikan dan bukan leka didepan komputer berjam-jam sampai mengabaikan tanggungjawab masing-masing.

Untuk suami isteri pula jangan luahkan apa-apa perasaan didalam laman sosial masing-masing seperti meluahkan masalah dalam rumah tangga, sebab ditakuti dalam pada masa yang sama ada pihak yang akan mengambil kesempatan menjadi penasihat dan lama-lama akan menimbulkan perasaan lain diantara satu sama lain.

Sekiranya ingin meminta pandangan kata ustaz & ustazah tu.. tanyalah dengan orang yang sama kaum.. seperti wanita meminta nasihat pada wanita yang lain dan lelaki meminta nasihat pada lelaki yang lain.. jangan minta nasihat atau pandangan pada kaum yang berbeza sebab ditakuti timbul masalah yang lain.

Moralnya : Jangan menyalah gunakan kebebasan yang ada... dan jauhilah sifat curang.. wujudkanlah sifat saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.. insyaallah anda akan memprolehi kebahagian didunia dan akhir.


Pernah tak korang lalai dibuai mimpi bersama-sama dengan facebook atau twitter?





online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. Salam,

    Tak pernahla guna FB atau dulu2 friendster sampai mengabaikan tanggungjawab pd keluarga. skrg pun kdg2 bila penat sgt, tak sempat pun nak bukak.

    BalasPadam
  2. Sayapun setuju! laman sosial ni xboleh disalah guna.Ada had dan batasnya.

    BalasPadam
  3. banyaknya citer pasal fb minggu ni..jap kata nk tutup,kat hotfm pun buat pasal ni, astro oasis pun sama..hebat tul penangan fb masa kini...

    -tepuk dada tnya iman...kalau niat baik..baiklah dia..
    -so far belum ketagih lagi..ala2 jer baru..ha.ha2

    BalasPadam
  4. DeQdEq pun ada juga tengok tadi....

    semuanya terletak atas diri kita sendiri...klu kita gunakan dgn baik maka hasilnya juga baik...cnth klu promoskan bisnes...kan dh maju...

    tapi kalau benda baik kita gunakan dengan cara yang salah...mmg la hasilnya jd tak baik juga la...contoh ni kalau duk berkawan tanpa mengenal batas...sbb tu ada skandal la dan mcm2 lagi

    BalasPadam
  5. tahu guna, kena la tahu juga batas2 nyer ^_^

    BalasPadam
  6. @transformed housewife : baguslah kalau macam tu.. bersosial tidak salah tapi ada batas2nya..

    @Eiymah Fahimah : betul tu.. kekadang benda yang baik disalah gunakan .. tulah jadinya sampai wujud kecurangan.. apa pon pastikan kita tidak melanggar batasannya

    @Ab@h_izz : memang minggu ni panas pasal cerita fb je.. sampaikan dekat opis ni semua gelabah sebab keluar memo baru minta admin block semua laman sosial berkuatkuasa mac 2011..

    @Deddeq : betul tu.. tepuk dada tanya selera.. nawaitu tu yang penting.. apa tujuan kita guna FB @ twitter.. kalau untuk seronok2 berhati-hatilah.. takut terlajak nanti.. tapi kalau nak berkongsi ilmu atau membuat jejak kasih kawan-kawan lama takpe.. jangan buat jejak kasih kekasih lama sudah.. tu yang silap tu.. hik2

    @Wan Gerrard : betul tu.. jangan sampai gambar dalam kelambu pon nak tayang dekat FB.. tu yang salah tu..

    Nota buat semua : gunakan fb sebaik2nya..

    BalasPadam
  7. setiap perkara yang kita buat kne ada batas..:)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..