Akhirnya Aku Termakan Racun

Salam,

Pagi isnin yang sangat membahagiakan dikala kesihatan yang tak berapa nak baik ni.. maklum je masih dalam mood demam dan selesema.. semalam dah pegi ambil ubat dekat farmasi.. doktor dah pesan ada satu ubat tu jangan makan kalau nak drive sebab power dia macam dadah.. boleh bawa lalok dengan mengantu..

Memang betul sampai pagi ni aku rasa macam mamai je.. padalah aku makan malam tadi jam 11.00 malam.. huhu.. macam nak cari tilam je rasa dekat opis ni..

Berbalik pada tajuk aku dekat atas.. huhu.. sapa yang racun aku ni.. opsss jangan salah anggap pulak aku bukan  makan racun rumpai atau racun serangga.. tapi aku kena racun beli TV baru.. kalau korang baca entri aku semalam aku kata tv aku rosakkan..

so apa yang dah jadi...??????


hahaha...alhamdulilah rezeki tahun baru ni.. ada duit lebih lagikan.. aku semalam lepas buat entri tv rosak tu aku terus ajak cik pn. malarang-kak pegi keluar survey tv.. padahal dalam hati bukan nak survey.. memang nak terus angkut bawa balik umah je.. heheh.. 

4 hari yang lalu memang aku dah tertarik dengan satu jenama tv ni iaitu LG-32 inci ni.. dekat tesco.. sebab masa tu ada harga offer RM999.00.. so bagi aku murah dan mampu miliklah sebenarnya..

Aku pergilah servey dulu dekat beberapa kedai jual barang elektrik dekat Kota Damansara.. tapi semua harga lebih 1k keatas.. so aku ambil keputusan pergi ke Tesco semula untuk tengok offer yang hari tu.. sampai-sampai tempat display tv ari tu dah kosong.. huhu.. kecewa tahap gaban pon ada..

Tiba-tiba datang satu brother sale tanya "nak cari tv ke?" aku kata "ya".. aku tanya "mana tv model LG yang harga RM999 tu?" dia kata "dah habis stok".. huhu. muka aku kecewa lagi sekali.. lepas tu dia kata.. "tapi ada model lain harga sama.." apa lagi aku senyumlah semula.. dia tunjuk aku model Panasonic LCD 32 inci dengan harga RM999... hahaha.. apa lagi aku tanya wife aku "macam mana syg, syg suka tak?" cik pn. malarang-kak jawab sambil senyum, "bolehlah abg".. malu2 kucing pulak nak kata boleh-boleh... hehehe.

Apa lagi dah kena racun terus aku  gi bayar n terus bawa balik terus.. hahaha gelojoh betul aku ni.. yelah mana tidaknya .. 3 hari nampak garisan tengah je dekat tv umah aku.. huhu


nilah tv sumbangan dari adik aku.. dah lebih 2 tahun aku pakai tv free ni.. hahaha.. ssebelum ni aku guna tv 14 inci je masa bujang dulu.. tapi kawan dah kawin.. dengan tv sekali dia angkut.. tu yang adik aku sedekah dekat aku tv ni.. sekarang tv ni akan dimasukkan ke dalam muzium negara.. hehehe.. ada modal nanti aku nak antar repair.. so boleh buat tv backup dekat umah nanti.. tak pon sedekah dekat kg.ke..hahaha


Yaaaaa itu dia... wajah tv baru aku.. hadiah tahun baru buat si isteriku... Model Panasonic LCD 32 inci.. bagi aku dah cukup besar dah tv ni.. sebab umah sewa aku pon bukan besar mana pon ruang tamu dia.. so dengan 32 inci ni. sesuai sangatlah.... apa yang isimewanya tv ni?


Yang istimewanya aku boleh berfacebook guna tv aku ni..hahahaha.. sebab dekat belakang tv ni ada connector untuk SVGA.. macam dengan monitor LCD dekat umah aku juga.. so memang terbaiklah.. aku dah test tengok movie pon ok.. internet pon ok.. kira tv aku ni multi funtion.. boleh jadi monitor komputer juga.. 

Kalau orang rabun tak payah guna cermin mata berfacebook ni.. hahaha besar gila beb..

So macam mana dengan tahun baru korang.. apa yang baru korang beli?.. tadi aku baca dalam blog cikgudahlia.. dia beli keta baru.. "Power of Dreams".. keta apa ye? baca dalam blog cikgudahlia ye... 


"Syukur dengan rezeki yang tuhan beri dekat aku sekeluarga  tahun 2011 ni "



online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. uwaaa, memang best,huhu, kalo blog walking ker nak update blog ker mmg puas hati,hahah....

    BalasPadam
  2. wahhh mmg kamu dah kena racun betul2 nie...hehe besorr gilerrr tv nie....siap ada connector nak online lagik....cik puan leh pantau nie kamu online apa ajer hehe

    (p/s : ehem puji2 di blog tiger show buat saya jd cik puan dah --> malu2 kucink hihi...tq so much ekk)

    BalasPadam
  3. menarik lah mid...macam boleh berjangkit je racun ko ni kat aku...hehehe

    BalasPadam
  4. @ihsan Az : memang bro.. sudah semestinya... 3 dalam 1 ni.. hehehe

    @Far_east : hehehe.. tu yang best tu.. kalau tengok dekat monitor kecik sangat..pindah dekat tv.. mau terkeluar biji mata berblogwalking ni..

    @Ron : memang aku nak sebarkan racun aku sampai melaka ni ron.. hehehe.. kalau ko monitor feetjit.. memang terbaik bro.. macam tengok bursa saham naik turun beb..hehehe

    BalasPadam
  5. haha...akhirnya,ingat nak pindah rumah baru nak beli,sx dah terbeli awal daaa...

    BalasPadam
  6. @farah : tulah syg.. dah tak sabar..tak boleh tahan dah.. menggoda2.. heheheh

    BalasPadam
  7. Beneficial info and excellent design you got here! I want to thank you for sharing your ideas and putting the time into the stuff you publish! Great work!

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..