Jumaat, 31 Disember 2010

Mood Murung Di Sambutan Tahun Baru 2011

Salam,

Sedapnya korang semua tidor ye.. bangun-bangun dah nak tengahari ni.. Perdana Menteri bagi cuti umum bukan untuk buat taik mata.. bangun-bangun.. yang lelaki bangun cepat mandi2 sat lagi g solat jumaat.
Korang semua beruntung boleh bangun lewat.. aku dengan wife tak pasal-pasal kena bangun awal sebab tak kala semua orang tengah syok-syok cuti aku pulak kena OT.. huhu.. 

Maklum jelah hujung tahun ramai staff tengah habiskan cuti tahun.. so yang kena koje time public holiday ni orang yang cuti tahun dah habis macam aku nilah...


Kalau korang nak tahu hari ni mood tak berapa elok sikit sebab aku rasa macam dah nak demam.. maklum jelah aku rasa dah 2 minggu aku non stop keje termasuk sabtu ahad.. yang jadi mangsa malarang-kak yang kena teman aku dekat opis ni.. tq syg sebab selalu teman abg dekat opis ni.

Mata dah mula berat macam nak tido.. tekak pulak sakit asik batuk2... huhu.. serba tak kena satu badan.. macam mana nak g sambut tahun baru malam ni?.. nampak gaya sambut dekat atas katil jelah..

Macam mana dengan sambutan tahun baru 2011 korang? Malam ni nak gi tengok pertunjukan bunga api dekat mana?

Pesanan hujung tahun 2010 : Kepada semua yang akan pergi menyambut sambutan tahun baru malam ni.. diharapkan berhati2 dijalan raya..dah jaga semua ahli keluarga anda.. diharapkan permulaan tahun baru 2011 anada semua bergembira bersama keluarga 


online counter

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Betul ke Kekasih Khairul Fahmi Che Mat Seorang Blogger

Salam,

Penutup sebelum aku nak balik ni.. sehari selepas kejayaan Malaysia muncul juara dalam Piala AFF Suzuki 2010.. nama yang paling disebut2 di dunia maya tidak kira twitter, facebook ataupun blog semua menyebut nama Fahmi.. Terima Kasih Untuk Fahmi..

curi tanpa kebenaran dari facebook fahmi.. jangan saman aku ye.. hehehe

Sapa Fahmi tu? aik ada yang tak kenal lagi.. ok aku kenal kan dekat korang ye.. nilah penjaga gol Pasukan Malaysia yang telah menyelamatkan tendangan penalti semasa Malaysia menentang Indonesia malam tadi.

ok terus pada tajuk utama.. aku baru je tahu hari ni lepas terbaca dalam blog sorang rakan yang mana pemilik blog jejariruncing adalah teman wanita kepada Khairul Fahmi Che Mat ni.. wahhh bertuah gadis ni.. sebab berjaya menawan hati penjaga gol terhebat ni..

Apa yang aku harapkan semoga hubungan mereka akan berkekalan sampai ke jinjang pelamin.. pesanan buat jejariruncing.. jangan tunggu lama-lama nanti disambar orang.. sebab sejak kebelakangan ini ramai mata-mata yang memerhatikan abg fahmi tu.. hehehe..



Kalau korang nak tahu sapa dia Jejariruncing tu dan bentul ke jari dia runcing terjah blog beliau..

Nota kaki : Yang lain jangan cuba goda @ pihak Fahmi ye.. nanti kena cucuk dengan jejariruncing aku tak tolong tau.. hahaha


online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Khamis, 30 Disember 2010

Kuasa Eyriqazz Dalam Dunia Blogger | Keyword Popular Hari Ini

Salam,

Siapa sangka dengan entri teguran dari eyriqazz telah memberi impak besar dalam blog aku pagi ni.. korang tak percaya tengok print screen dekat bawah ni.. siapa penyumbang traffic tertinggi aku pagi ni?

Sapa dia sebenarnya ni?

Aku tak sangka rupanya sekali dia buat teguran tengok beratus-ratus visitor masuk dalam blog ni melalui link beliau.. so kalau korang terasa nak kena tegur juga rajin2lah ye tegur-tegur tokey tiger show tu..hahaha.

Satu lagi yang menarik pagi ni.. adalah cerita pasal keyword. atau bahasa melayunya katakunci.. aku tak pandai lagi main SEO keyword ni.. tapi bila tengok dekat bawah ni.. ini ke yang dikatakan kuasa keyword yang sebenar? Nak belajar SEO boleh rujuk dengan kak yanmieonline.. pakar dalam bab SEO ni.

sebut pasal cuti umum... ramai je yang google ye?

Mentang-mentang esok cuti umum.. ramai yang mencari di google betul ke esok cuti umum.. aku tahu bukan semua orang tahu yang esok cuti umum.. Bos aku sendiri baru je tadi pagi tahu.. ok kepada yang tak tahu lagi.. Esok aku bagi korang semua cuti Umum Sempena kemenangan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2010.

Suka tak esok cuti? apa aktiviti korang esok? Jangan tanya aku pulak .. sebab aku tak cuti.. tak pasal-pasal aku pulak kena OT esok.. huhu..

online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Jumaat 31-12-2010 Istihar Cuti Umum Oleh Perdana Menteri | Sempena Kemenangan Malaysia Piala AFF Suziki 2010

Salam,

Tahniah Malaysia atas kejayaan membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010 yang telah diidam-idamkan selama 14 tahun.. Tahniah sekali lagi.

Jaringan pemusnah buat gawang Indonesia di Bukit Jalil

Ekoran dari kemenangan itu Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan 31-12-2010 sebagai cuti umum..

Petikan dari BERNAMA


KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

-- BERNAMA


Aku bab cuti ni memang suka.. korang suka tak?


Nota : Tepat ramalan si tikus Pink yang meramalkan Malaysia menang menentang Indonesia.. buat Jejai jaga baik-baik tikus tu takut ada yang curi buat ramal nombor ekor pulak..

Esok cuti umum so korang rancang nak pegi mana?

online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Rabu, 29 Disember 2010

Keputusan Rasmi Piala Suzuki 2010 | Malaysia vs Indonesia | Final Kedua Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta | Malaysia Menang 4-2

Salam semua,

Sekali lagi jantungku berdebar menunggu peputusan perlawanan malam ni.. jawabnya kena balik awal aku malam ni nak tengok final kedua antara Malaysia menentang Indonesia di stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Semua orang dah tahu final pertama Malaysia menang dengan bergaya 3-0 menewaskan Indonesia. Walaupun isu laser hangat diperkatakan dimedia Indonesia mengatakan penyokong malaysia meleser penjaga gol mereka. Apa pon negara kita masih tidak berganjak mempertahankan pendirian bahawa isu laser tidak dapat disahkan dari mana puncanya.

Diharapkan malam ni perlawanan akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Malaysia BOLEH!

Update keputusan akan dibuat malam ini diblog myvitrd bermula jam 8.00 malam


kredit foto darkbatman


Keputusan Perlawanan

(Permainan Bermula Separuh Masa Kedua) - Minit 57:00

Malaysia : 1
Penjaring : Shafee Sali, Minit ke 53:00
Indonesia : 2
Penjaring : Nasuha, Minit ke 72:00
Penjaring : Mohd Ridwan, Minit ke 88:00




Keputusan Penuh Malaysia Menewaskan Indonesia dengan agregat (4-2)

"Malaysia BOLEH !!! Malaysia BOLEH !!! ... TAHNIAH PEMAIN MALAYSIA"


online counter

Tagged as : Keputusan Rasmi Piala Suzuki 2010 , Keputusan AFF Suzuki Cup 2010 , Keputusan Piala Suzuki 2010 Final Pertama , Keputusan Piala Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit JalilPenjaring Gol Piala Suzuki 2010

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Tolong Sebarkan | Mencari Penderma Darah O Negatif

Salam,

"MINTA DISEBARKAN"

Di kesempatan ni aku nak hebahkan kepada rakan-rakan semua yang mempunyai kenalan yang mempunyai darah jenis O- Negatif yang mana buat masa sekarang ni ibu kepada rakan sekerja aku sedang memerlukan penderma untuk jenis darah O negatif tersbut.. Rujuk iklan dibawah



Di harap dapat dihebahkan kepada rakan-rakan dan kenalan semua.. terima kasih




online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Jangan Bagi Eyriqazz Bersuara! Kan dah Kena

Salam semua,

Pagi tadi memang aku buzy sikit sampaikan aku tak perasaan rakan aku eyriqazz buat satu segmen tegur-menegur. Yang menariknya blog pertama yang ditegur adalah blog myvitrd.. blog sapa tu ye.. hahaha mengaku cepat. 2 lagi blog yang ditegur adalah Mama Zharfan dan Ynnlunia/Liyana Lunia


Apa yang bro eyriqazz dah tegur?

Teguran :

1) Nama blog sukar disebut, dieja, dan ditype. Nama blog memainkan peranan yang penting especially for first time visitor.Nickname Tn. Punya pun agak mengelirukan. Jgn follow nama blog eyriqazz, eyriqazz memang suka syok sendiri. Hik3... [ Tips|Nickname of Nickname] .Rasanya sudah tiba masanya bro bertukar ke domain dan nama yang lebih menarik hati.


2) 3 column blog. Bukan mudah . Some widget di sebelah kanan mungkin boleh dikemaskan lagi dan buang mana yang tidak perlu .


3) Pelbagaikan entry n more picture plzz bro.Life is Beautiful, serlahkan penceritaan anda dengan gambar yang mengujakan dan pengalaman yang mempesona.


4) On the positive notes, tahniah bro semakin aktif dengan event blogging. Tambah kenalan adalah sesuatu yang bagus,networking is one of the way untuk mempromosikan blog dan diri sendiri .

aik takkan lepaskan geram dekat patung ni kot.... hehehe

Korang dah baca teguran tu.. haaa kan aku dah kata jangan sampai eyriqazz bersuara, kan dah kena tegur.. kecik ati ke kena tegur? jawapan aku tidak.. sebab aku memang perlukan teguran yang membina dari rakan-rakan blogger untuk memperbaiki segala kelemahan aku selama ni dalam berblog.. 

Teguran yang pertama tu aku dah lama alert sebab sebelum ni pon aku pernah duduk semeja dengan eyriqazz dan teguran yang sama dia berikan dekat aku.. so aku memang dah lama nak tukar nickname aku tu.. tapi buat masa sekarang aku belum dapat yang sesuai.. mungkinkah tahun 2011 ada perubahan besar-besaran terhadap blog ni? jawapannya tunggu...

Cerita 3 column tu aku sendiri tak tahu macam mana nak jadikan dia 2 column.. sebab templete blog aku tu aku download je.. ingat nak rujuk dekat Mel Romeo untuk designkan templete baru.. ke ada yang sudi nak designkan aku punya templete baru? kalau ada boleh roger aku ye.. sebab aku tahu dekat luar tu ramai yang pakar-pakar dalam designer ni.

Teguran yang ke-3 tu.. insyaallah bro.. masuk tahun 2011 aku akan perbaiki segala kelemahan dalam entri aku dan banyakkan gambar-gambar yang menarik sikit.. tapi bukan gambar lucah ye.. yang tu korang boleh google dalam blog eyriqazz ada gambar dia buat tiger show..hehehe..


Nota terakhir : Insyaallah semua teguran tu akan aku jadikan panduan untuk maju dalam dunia blogging ni.. kepada blogger-blogger yang nak kena tegur juga rajin-rajinlah ye terjah blog eyriqazz ni.. bukan setakat korang bakal kena tegur malahan mungkin juga korang berpeluang membawa pulang Vaucer Haven Restoren hanti dari beliau.



online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

[Tips] Khas Buat Kaki Blogwalking | Mudah dan Pantas

Salam semua,

Bila sebut pasal blogwalking je semua orang tahukan apa bendanya.. bagi yang hantu blog tu.. istilah-istilah tu mungkin dah sinonim dengan korang. 

Kalau korang rajin selongkar blog aku ni.. sudah semestinya korang pernah jumpa beberapa tips blogwalking yang pernah aku berikan seperti "Blogwalking terhebat didunia" dan "teknik blogwalking terpantas didunia hanya di bloglarian".

Tapi kali ini aku nak ajar korang macam mana nak buat blogwalking dengan mudah dan pantas yang mana teknik ni aku tak pernah jumpa lagi mana-mana rakan kita menceritakannya. Mungkin ada yang dah guna dan mungkin juga ada yang first time dengar.

Apa pon ribuan jutaan terima kasih buat sahabat blogger aku Remedy yang telah memperkenalkan teknik ni melalui e-book beliau yang pernah aku dapat secara percuma beberapa bulan yang lepas melalui entri Siapa Remedy?.

Ok aku dah cerita panjang sangat ni... apa kata kita mulakan sekarang..

Langkah 1

Masuk kedalam url www.urlopener.com


Langkah 2

Masukkan senarai list blog korang kedalam ruang yang telah disediakan seperti di bawah hanya copy & paste sahaja. Kalau korang takda senarai blog yang nak dibuat blogwalking korang boleh download senarai 320 blogger disini secara percuma. Lepas masukkan  senarai blog tu klik butang Submit



Pesanan : dicadangkan kalau boleh senarai dalam tu tidak lebih dari 15 blog dalam satu masa.. sebab ditakuti loading untuk membuka semua blog tu menjadi lambat jika terlalu banyak list dimasukkan serentak.

Langkah 3

Apabila senarai blog telah dikeluarkan seperti dibawah ini.. maka korang boleh terus klik butang Open All


Langkah 4

Selesai sudah dan semua blog akan dibuka serentak dan korang boleh terus buat blogwalking samada tinggalkan pesanan ringkas di shoutbox atau tinggalkan komen yang bermanfaat diblog-blog tersebut.



Nota : loading untuk membuka blog tersebut adalah bergantung kepada kelajuan pc dan kebesaran saiz memori korang..

"Selamat berblogwalking untuk tahun 2011.."

Nota kaki : andai ada sebarang komen atau cadangan. jangan segan2 drop di kotak komen dekat bawah tu.. kalau tak mau komen pon takpe.. tiada paksaan dalam hiup... seperti kata eyriqazz... lagi kita paksa orang tu suruh jadi follower lagi dia tak mau follow.. betul tak bos?




online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Selasa, 28 Disember 2010

Pengumuman dari Nuffnang | Site Maintenance – 29th December 2010

Salam semua,

Berikut sedikit pengumuman dari majikan kita (nuffnang)..



So kalau sepanjang site maintenance tu.. iklan2 nuffnang mungkin tidak akan dipaparkan.. harap maklum..


online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Tiramisu Episode Penuh | Free Download Slot Akasia TV3

Salam semua,


Di sini saya kongsikan drama TV3 di Slot Akasia yang bertajuk "Tiramisu" yang akan mula dipertontonkan setiap petang (Isnin-Khamis) jam 6.30 bermula pada 27/12/2010.

Dapatkan Link Download secara percuma drama-drama dari tv3 disini sekarang.



Sinopsis ringkas " Tiramisuboleh baca dilink sinopsis Tiramisu...

P/S:- File yang didownload adalah dari server 4shared.com & setiap file yang didownload perlu didownload 1 persatu @ setelah 1 file siap didownload barulah boleh download file seterusnya.

"Untuk OST boleh download di OST - Tiramisu"

Download direct link Get 4Shared Premium! ---->

Episode 1 ---- Link 1, Link 2, Link 3  <---- Ready 2 Download
Episode 2 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 3 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 4 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download

Episode 5 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 6 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 7 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 8 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download


Episode 9 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 10 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 11 ---- Link 1, Link 2 <---- Ready 2 Download
Episode 12 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download

Episode 13 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 14 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 15 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 16 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download

Episode 17 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 18 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 19 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download
Episode 20 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Ready 2 Download

Episode 21 ---- 
Link 1, Link 2, Link 3 <---- Reday 2 Download
Episode 22 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Reday 2 Download 
Episode 23 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Reday 2 Download 
Episode 24 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Reday 2 Download

Episode 25 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Reday 2 Download
Episode 26 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Reday 2 Download 
Episode 27 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Reday 2 Download 
Episode 28 ---- Link 1, Link 2, Link 3 <---- Reday 2 Download (fileserve)
Episode 28 ---- Link 1, Link 2, Link 3 ---- Ready 2 Download (4Shared)



P/S : pastikan anda telah menginstall perisian FLV terlebih dahulu sebelum memainkan drama ini.. Download disini


"Sila Tinggalkan Komen Sebagai Tanda Penghargaan Anda Kepada Saya"

Anda juga boleh mendownload lain-lain dramaTV3 dilink dibawah:-




--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN ( 2)

Salam,

Bersambung kembali pencarian harta karun kita.. untuk hari ke-2.. semakin hari semakin mencabar soalannya.. kalau tak ia2 mau serender je dibuatnya.. tapi kata orang alang-alang menyelup pekasam biar sampai kepangkal lenggan.. alang2 aku dah terjoin apa lagi habiskan jelah pemburuan harta karun ni.. hehehe




SOALAN  ( 2a )

Jika
http://potpetpotpetcoretcoret.blogspot.com +http://piqasweety.blogspot.com = http://www.jzbusinessworld.com
Jika
234 - http://masammaniskelat.blogspot.com  = Mat Gebu ,
Bagaimana pula jika
renjerkabloi / http://nohfee.blogspot.com = ?

JAWAPAN ( 2a )

97. anis.farhana


SOALAN ( 2b )
Berdasarkan blog ini , http://familymoza.blogspot.com
" Berapa banyak 'handmade wallet' yang telah mama jahit setakat ini. 

JAWAPAN ( 2b )


Jawapan aku setelah mengodeh2 blog familymoza ni adalah, handmade wallet yang telah dijahit setakat ini adalah sebanyak  "tidak terkira" berdasarkan entri dah lama buat, tapi peram.

Pandangan aku berkenaan pemilik blog familymoza ni.. apa yang aku boleh cakap orangnya memang kreatif dalam membuat apa jua benda handmate.. korang tengok je macam mana dia jahit handmade wallet tu.. memang cekal dan tabah.. apa pon semoga berjaya dengan dunia seni yang diceburi.. ingat bagus juga tempah satu handmade wallet dekat dia ni .. boleh buat hadiah hari jadi.. hehehe.. 


Jom kita tunggu soalan ke-3 esok..



online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Berita Gembira Buat Pelabur di KWSP | Pendapatan Pelaburan KWSP Bagi Suku Ketiga Meningkat 5.12 Peratus Kepada RM5.75 Bilion

Salam,

Sebut pasal kwsp je.. semua orang tahukan, kwsp merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk menyimpan duit-duit pekerja bagi kegunaan hari tua.. tapi berapa ramai yang dah rasa duit kwsp ni?

Macam aku sendiri pn belum merasa lagi duit ni sebab aku tak tua lagi..hehe.. apa pon mungkin tahun depan aku dalam perancangan untuk mengeluarkan 10% simpanan akaun 2 aku dalam kwsp untuk pembelian rumah.

So tu salah satunya kebaikkan menyimpan di kwsp sebab kalau nak beli umah boleh keluarkan.. kalau nak kawin tak boleh keluarkan.. hehehe.
Berita gembira yang aku baca di www.bernama.com yang mengatakan pendapatan kwsp untuk suku ketiga meningkat  5.12 peratus kepada RM5.75 Bilian.. wahhhhh banyak tu..

Dari berita gembira tu aku menjangkakan kadar dividen & faedah simpanan dalam kwsp mungkin akan diberikan lebih besar dari tahun sebelumnya.. tu hanya ramalan je.. lagi pon aku bukan pakar ekonomi.. hehe

Jom kita baca petikan dari bernama.com

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2010 meningkat 5.12 peratus kepada RM5.75 bilion berbanding RM5.47 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

Di dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, KWSP berkata, dari jumlah itu, pelaburan ekuiti menyumbang jumlah terbesar sebanyak RM2.40 bilion atau peningkatan 2.56 peratus berbanding RM2.34 bilion pada tempoh sebelumnya.


Selain itu, pinjaman dan bon adalah penyumbang kedua terbesar dengan pulangan sebanyak RM1.99 billion, iaitu peningkatan RM102.45 juta atau 5.43 peratus berbanding RM1.89 billion pada suku ketiga pada tahun kewangan 2009, katanya.


Menurut KWSP, pelaburan dalam Instrumen Pasaran Wang mencatatkan pertumbuhan paling ketara iaitu sebanyak 121.37 peratus kepada RM193.28 juta berbanding RM87.31 juta pada 2009.


Sementara itu, KWSP berkata, pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan hartanah mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM1.14 bilion dan RM22.86 juta.


Sehingga 30 Sept tahun ini, jumlah keseluruhan pelaburan KWSP di dalam pelbagai jenis instrumen pelaburan adalah sebanyak RM425.49 bilion.


--
BERNAMA


Apa ramalan korang tentang dividen kwsp tahun 2010 ni ?

online counter

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Isnin, 27 Disember 2010

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN ( 1)

Salam,

Maka bermulalah pemburuan HARTA KARUN BEN ASHAARI pada petang ini.. korang tentu perasankan entri 500 blog! yang aku buat semalam.. semua ada kene mengena dengan entri ni.

Aku tak nak cerita panjang kalau korang nak tahu masuk dalam 500 blog bermula! 



( SOALAN 1 )

Daripada senarai 500 BLOG yang dikeluarkan tadi ... Sila beri nama blog yang mendapat no 10 , 100 , 200 , 300 dan 500 .. Dan jangan lupa , nak juga entri terkininya dan linkkan ...

(JAWAPAN)

NO : 10 - http://jantankeparat.blogspot.com/2010/12/tajuk-500-blog.html 
                Entri terkini : (Mari Kenal Blogger Baru...)

NO : 100http://aainaa4a.blogspot.com/2010/12/500-blog.html
                   Entri terkini : (Saya blogger Penang..)

NO : 200http://safiyahezora.blogspot.com/2010/12/500-blog.html
                   Entri terkini : (chantekknya jadual class aku)

NO : 300http://nasyieen.blogspot.com/2010/12/500-blog.html
                   Entri terkini : (ayam masak santan berlada)

NO : 500 - http://burungman.blogspot.com/2010/12/500-blog.html
                   Entri terkini : (bestnya rogol adik sendiri)



( SOALAN 2 )

Apakah pendapat anda mengenai blog saudara Roy (http://www.sisiberbeza.com)

(JAWAPAN)

Apa yang boleh aku bagi komen adalah kalau boleh saudara roy entri lama-lama tu jangan buat list macam sekarang ni susah kita orang nak pilih entri mana nak baca.. kalau boleh buat list ikut bulan.. sebab mungkin ada sesetengah entri yang kita nak baca tanpa baca entri yang lain.

Apa pon tahniah buat saudara roy sebab walaupun baru je berblog dalam 2 bulan tapi entri semakin bertambah dari hari kehari.. teruskan usaha anda semoga lebih succsess lagi.. teruskan berbloging secara ikhlas..

Maaf kalau komen saya menyinggung perasaan saudara.. 


online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

Salam,

Permulaan entri aku hari ini aku mulakan dengan penyertaan Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" yang menawarkan pelbagai hadiah dari Ikea.. mungkin eqbalzack ni salah seorang manager dekat Ikea.. tu yang dia nak bagi hadiah dari Ikea tu.. hehehe..


Oklah mudah saja kalau korang nak dapatkan hadiah2 dari eqbalzack ni.. tengok dekat bawah syarat-syarat yang aku copy paste dari blog beliau.


1. Jadi Followers eqbalzack.com.
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.


Tarikh tutup: 
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan: 
1.1.11 jam 11.11 pagi


So macam mana mudah ke susah.. kalau susah biar aku sorang je yang rebut hadiah dekat bawah ni.. sebab bagus juga kalau aku dapat hadiah dekat bawah tu.. boleh aku pasang dekat rumah baru aku nanti.. hehehe

nilah dia hadiah utamanya.. lampu dari ikea.. cantikkan..

Sebelum aku terlupa aku nak tag seorang kawan untuk sertai Giveaway ni... sapa ye.. ok aku nak tag duta kicap ni.. bro Jejai .. macam mana bro dah selelai belanja barang2 sekolah anak-anak? Jejai ni seorang bapa minsali sebenarnya..

Oklah.. cerita panjang tak guna.. apa kata jom meriahkan blog sahabat kita ni..



online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini