Tuesday, April 20, 2010

Tengok kuda 3D di sini..Bukan Tipu ..ni Betul2

Apa kata boring2 dengan takda keje ni kan, korang tolong tengok Kuda 3D aku dalam ni. kalau kau boleh nampak maksud kau masih panjang umur, tapi kalau kuda tu tak nampak alamatnya ...pendek umur..hehehe..

Jgn marah ye aku gurau je. tapi memang ada kuda dalam foto yang aku lampirkan ni.

tengok betul2, sapa yang boleh tengok komen dekat ruangan komen. apa perasaan kau bila dapat tengok kuda secara 3D

kuda 3D ada didalam..perhatikan betul2

kalau korang dah berjaya tengok kuda 3D dalam tu.. korang boleh tengok macam2 benda 3D lagi dalam ni (Tengok 3D)... semoga berjaya.

Kompaun JPJ naik 333 peratus

KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

Rujukan : Kosmo

Apa pendapat korang jika benar2 saman akan jadi kenyataan dengan di naikkan maximum RM1000.00. Sila Komen...

Monday, April 19, 2010

Toyota Vios TRD Sportivo VS Toyota Vios Stylish



APA BEZANYA?


Persoalan tu mudah je kalau d tengok dari segi luarannya. Yang model Stylish ni gaya standard je, manakala yang TRD ni gaya garang2 sport.



VIOS TRD Sportivo

VIOS Stylish

Sembang banyak tak guna korang tengok dalam ni Toyota malaysia

Sunday, April 18, 2010

Genap 4 Bulan Aku Bergelar Seorang Suami

Masih segar dekat ingatan aku, lafaz yang aku ucapkan dihadapan bapa mertuaku dan 2 orang saksi2 pihak perempuan "aku terima nikah Nurfarahliana Binti Saad dengan Maskahwinnya sebanyak $,$$$.$$ tunai" tulah lafaz yang keluar d mulutku petang jumaat tu.

Diam tak diam hari ini 18/4/10 dah 4 bulan @ 121 hari aku menjadi seorang suami kepada Nurfarahliana Binti Saad. Seorang isteri yang sangat sempurna di jadikan tuhan n sangat baik n serta setia kepada aku. "Love U Sygku"



Bagi yang telah bergelar suami, saat2 itulah yang paling bahagia bagi seorang lelaki. bagi yang belum berkahwin time nilah korang akan rasa mengeletar satu badan.hehehe

berpuluh2 mata memerhatikan ko sorang atas sejadah tu. mana tak ketak...hehehe, boleh terkencing dengan tak keluar suara tau silap2 hari bulan.

Aku memang bahagia sangat dengan syg aku sekarang ni. doakan aku supaya sentiasa sihat n dapat terus menjaga isteri dan rumahtangga yang aku baru bina ni.

Kronologi hubungan aku dengan isteriku sehingga bergelar suami isteri.

*********************
Tahun 2008
*********************

- Tahun nilah aku berkenalan dengan syg aku melalui laman sosial popular yang biarlah aku rahsiakan.....hahahaha..korang tekalah sendiri..."Biarlah rahsia"

- sepanjang perkenalan aku dengan syg aku ni, kami hanya berhubung melalui laman sosial tu, YM dan SMS sahaja.

- 15/11/2008 buat pertama kalinya aku berjumpa dengan syg aku d penang, kebetulan masa tu aku dengan kawan2 ada larian jambatan pulau pinang.

- pertemuan itu pon bukan kami berdua sahaja tapi ditemani 3 orang lain kawan baik syg aku dan juga adik2nya.

- Selepas pertemua pertama tu, kami mula rapat n salaing kenal mengenali hati budi masing2 dengan lebih mendalam lagi.

************************
Tahun 2009
************************

- 15/2/2009 aku telah menjejakkan kaki ku buat pertama kalinya ke rumah syg aku d penang untuk berjumpa keluarga syg aku ni. (datang sorang je)

- kedatangan aku kali ini dengan niat untuk berkenalan dengan ibubapa syg aku d samping merisik syg aku secara tidak formal..hehehe..berani tak aku.

- Alhamdulilah kedatangan aku buat bertama kalinya kesana disambut dengan baik dan layanan yang sangat baik d berikan oleh ibubapa syg aku.

- 24/5/2009 aku telah mengikat tali pertunangan dengan syg aku




- rombongan aku kesana hanya diikuti oleh kedua ibu bapa ku, ibubapa mertua adik aku dan juga adik aku serta isteri.

- Alhamdulilah majlis pertunangan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. aku telah mengikat tali pertunangan selama 6 bulan.



- 18/12/2009 aku telah selamat dinikahkan oleh bapa mertuaku sendiri bersaksikan jurunikah kawasan sana.






- 20/12/2009 majlis perkahwinan aku serta walimatulurus sebelah pihak perempuan di penang.




- 26/12/2009 majlis perkahwinan aku di sebelah johor yang mana majlis dibuat serentak dengan adik perempuan aku.






**********************
Tahun 2010

**********************

- 1/1/2010 - 6/1/2010 kami berdua telah pergi ke pulau Bali untuk Honeymoon





- 18/2/2010 syg aku telah dapat bertukar tempat kerja ke KL, yang mana sebelum ni aku berjauhan dengan sayang aku selama 2 bulan kerana beliau bertugas d penang dan aku di KL.

- setiap hujung minggu kalau aku tak balik penang, syg aku akan datang KL. huhuhu..penat tu..

- Alhamdulilah sehingga sekarang mana2 saja aku pergi, syg aku mesti ikut sama. aku akan merasakan satu kekurang sekirannya syg aku takda di samping aku.

Doakan kebahagian kami sehingga ke syurga. perjalanan hidup kami berdua masih jauh. dah aku sentiasa berdoa semoga rumahtangga yang kami bina kekal sehingga ke syurga.

" LOVE U ISTERIKU... Nurfarahliana Binti Saad.. Tq kerana memilih abg menjadi Suamimu.."

7 Bufered Earning Serentak Menghiasi Blog Aku

Pertama aku nak ucapkan tq banyak2 kepada pihak nuffnang dan juga pengiklan2 yang memberi kepercayaan kepada blog buruk aku untuk meletakkan iklan2 mereka.

Pada awalnya aku sangkakan selama ni ada 3 je campaign yang tengah berlegar2 dalam blog aku, tapi bila aku buka akaun nuffnang dan aku tengok blog aku myvitrd tu, alangkah terperanjatnya aku sebab bukan 3 campaign yang tengah run tapi 7 campaign.

Antara iklan2 tu adalah "snickers", "body shop","digi YP"," Hp"," Nokia", "digi prepaid".
"Body shop campaign paling lama dalam blog aku dah lebih sebulan"


hp yang baru menyerikan blog aku


7 campaign tengah generate duit untuk aku..tq nuffnang


Yahooooo..best betul kalau tiap2 bulan macam ni.. aku tunjuk ni bukan nak bongkak atau riak ye. harap takda yang salah faham. aku cuma nak kasi semangat kepada blogger2 baru yang baru nak ceburkan diri dalam dunia blog sambil tambah pendapatan.

yang penting tanamkan semangat dalam hati, berblog secara ikhlas n bukan nak menjatuhkan mana2 pihak.

Income sampingan letak no.2, ada rezeki tuhan nak bagi adalah income.. insyaallah. yang penting Usaha n bayakkan sabar.

Contohi redmummy yang dah lebih 5 taun berblog akhirnya berjaya mendapatkan income sehingga lebih RM10K.

Shoping-shoping Di Semua House - Jalan Masjid India

Aktiviti aku sepanjang arini banyak gila. seawal pagi lepas subuh je aku dah keluar umah satu kereta dengan syg aku, ibu mertua n bapa mertua aku ke pusat penamaan calon di hulu selangor.

korang tahukan dekat sana aku tak lama sampai dalam kul 9 pagi sebab jalan jam gila. aku gerak balik pulak dalam jam 12 tghari. aku balik awal sebab takut jalan jam bila semua orang nak balik dari penamaan calon tu.

Habis aktiviti penamaan calon, aku bawa ibu mertua aku n syg aku g jalan2 dekat jalan Masjid India @dikenali gudang pakain ..huhuhu..datang sini korang kena sediakan duit seguni baru syok shoping..hehehehe.

Syg aku suka denganmak mertua aku sebab banyak gila pakaian pompuan n kain2 yang cantik2. dia orang adalah beli 2 ke 3 pasang kain.

kebetulan ibu mertua dengan ayah mertua aku datang bermalam dekat umah sewa aku, tu yang kita orang semua keluar jalan2. Esok petang dia orang nak balik semula ke Penang.

dekat bawah ni gelagat syg aku dengan ibu mertuaku semasa shoping..layannnn foto2 dekat bawah ni..


Syg aku tengah pilih kain, tak tahu nak beli mana satu?


Ni sepupu syg aku yang pakai tudung pink tu tengok2 mainan..syg aku pulak tengok apa entah.

aik nak menari depan pintu ke?hehehe



nak jadi model juga ke syg?


syg aku pilih kain dengan ibu mertuaku


kesian syg aku termenung mengenangkan kain yang nak beli, tp mahal..cik abg tak gaji lagi..huhu..sabar ye syg


haaa..ibu mertuaku tanya dekat bapa mertua aku.. "cantik tak yang ni abg?"


Emm..senyum2 ye..sebab dah dapat beli kain baru ye..sapa belanja tu?

Friday, April 16, 2010

Mohon Belas Kasihan Dari Kalian

Aku ada menerima satu email dari orang yang tidak aku kenali hari ini yang mana beliau meminta kita semua mendoakan anak beliau supaya dipanjangkan usianya n cepat sembuh.

daripada apa yang aku faham dalam email yang dikirim, si anak sedang menderita satu penyakit n ibunya meminta kita mendoakan anaknya.

ikuti luahan rasa si ibu melalui kiriman email dibawah:-



"Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian"


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)



Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.



Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


Semuga kita sama2 dpt mendoakan agar anak Cikgu Rohaiza dpt disembuh oleh NYA dan membesar spt kanak2 lain. Insyallah. Amin.

Tips Cara Melatih kesabaran Kita Menghadapi Berbagai Situasi & Keadaan

Setiap orang pasti ingin memiliki kesabaran yang tinggi, tetapi bagaimana caranya agar kita boleh bersabar ketika sedang menunggu teman yang sudah membuat janji dengan kita tetapi teman yang kita tunggu tidak datang-datang?

Nah, untuk menumbuhkan kesabaran yang kita miliki ada beberapa panduan, antara lain :

Pertama :- Berpikir positif terhadap hal-hal yang menimpa kita, anggaplah itu adalah ujian bagi kita dan kita akan lulus ujian.

Kedua :- Perbanyak membaca ilmu pengetahuian, hal ini dilakukan agar kita boleh memahami lebih banyak tentang kekurangan yang kita miliki, sehingga kita akan semakin merasa betapa banyaknya ilmu pengatahuan yang belum kita miliki.

Ketiga :- Berkumpullah dengan orang-orang yang banyak ilmunya.

Keempat :- Berlatih memasukkan benang ke lubang jarum, dan yang dipilih adalah jarum yang ukuran paling kecil.

Kelima :- Maafkan selalu kekurangan orang lain yang mungkin membuat Anda marah, yakinkan diri bahwa setiap manusia pasti memilki kekurangan masing-masing.



Ya Allah kurniakan aku kesabaran dalam mengerjakan amal ibadat mentaati-Mu! Amiin..

Thursday, April 15, 2010

Isteriku Seorang Blogger

Pertama2 kalinya aku ucapkan terima kasih kepada isteriku yang banyak beri dorongan kepada aku sepanjang aku bergelumang dengan dunia blog ni.



Aku mula menulis enty aku yang pertama pada Isnin, 21hb Julai 2008 dengan tajuk Standard Gaban pada asalnya aku buat blog ni semata2 untuk cerita pasal kereta aku yang au baru beli masa tu.



Tapi sekarang aku telah jadikan blog aku ni sebagai perbincangan umum, dan melauhkan apa2 saja yang aku rasa nak cerita.


"dialah yang menjadikan aku seorang blogger"

Kalau korang nak tahu isteri aku ni jugalah yang memperkenalkan aku kepada nuffnang pada awal bulan 10 tahun lepas. sebulan lepas dia cerita dekat aku, baru aku joint n belajar sikit2 apa itu nuffnang.



Tapi sejak aku mula aktif berblog, dalam diam rupa2nya dia pulak yang senyap n jarang sekali antar post2 dalam blog dia. sampai kekadang aku cakap takkan taknak update blog syg?. dia cuma senyum n cakap tak sempat abg, nanti syg ada masa baru syg update. tulah jawapan yang sering kali dia bagi dekat aku..hehehe..



Dua tiga hari lepas sejak redmummy keluar dekat paper metro, aku tengok isteriku ini cuba aktif semula dalam dunia blogger ni. syabas isteriku, abg sentiasa beri semangat untuk syg jadi setaraf dengan redmummuy.



Korang semua supportlah blog isteriku disini http://malarang-kak.blogspot.com/ kalau korang datang blog aku, datang berkunjung sekali n support syg aku ni.



Abg doakan syg sentiasa sihat n terus berblog bersama2 abg. love u sygku. abg doakan syg cepat sembuh ye...

Petua Untuk Demam Denggi

Apa yang aku nak kasi dekat bawah ni adalah petua yang dikirim oleh rakan email dalam mail box aku. sebarang kesan sampingan terhadap petua ini adalah tanggungjawab sendiri.

cuba baca petua dibawah:-



Saya di sini ada satu petua untuk demam denggi juga (Petua ini diberikan kepada ibu saya oleh kawannya semasa ibu saya kena demam denggi beberapa tahun yang lalu).

*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu. (Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air yang pahit).*

Saya sendiri, ibu dan adik saya pernah mencuba jus daun betik ini semasa kena demam denggi. Kami bertiga sembuh tanpa perlu masuk wad. Selepas minum jus daun betik itu, demam, sakit tulang dan sakit bebola mata reda dengan cepat dan bilangan platlet naik semula dengan cepat. Tetapi, walaupun demam sudah reda, saya dan adik saya masih mengalami gejala-gejala deman denggi seperti "cramp" perut dan timbul bintik-bintik merah. Saya pergi membuat ujian darah di klinik kerana bintik-bintik merah penuh pada kedua-dua kaki. Doktor kata ia adalah demam denggi kerana bintik-bintik merah itu timbul akibat bebuluh darah pecah. Tetapi, keputusan ujian darah menunjukkan bilangan platlet berada
pada paras normal. Jadi saya tidak perlu masuk wad.

Petua ini saya ada "pass" kepada rakan-rakan kenalan saya yang kena demam denggi. Terdapat seorang pesakit yang berumur 50-an kena demam denggi dan telah berada di hospital selama beberapa hari tetapi paras platlet masih berada pada paras bahaya. Selepas minum jus daun betik ini, dia dibenarkan keluar hospital keesokan harinya kerana platlet
sudah kembali ke paras normal.

Petua ini sudah lama diamalkan dan ramai pernah mencubanya menyebarkan petua ini di internet. Tetapi, perlu diingatkan bahawa setahu saya belum ada kajian saintifik mengenai jus daun betik dalam menyembuhkan penyakit demam denggi. Kesan sampingannya atau kemungkinan menyebabkan alergi pada sesetengah orang juga tidak diketahui. Oleh itu, percaya atau tidak petua ini dan kemungkinan risiko yang ada adalah keputusan dan
tanggungan pesakit sendiri. Tetapi setakat ini, tiada kesan sampingan pada ahli-ahli keluarga saya dan kenalan-kenalan saya yang pernah mencuba petua ini.

Monday, April 12, 2010

Kenapa aku berpeluh?

Ye tajuk aku tu memang ada tanda soal. korang tentu fikir kenapa aku tanya pasal kenapa aku berpeluh semalam.

Aku berpeluh bukan sebab kena kejar hantu atau kena kejar anjing tapi sebab aku bersenam dekat dusun durian bapa mertua aku semalam.

Perrrrrrrrgggg, memang macam lari 30km lah. aku dah lama tak masuk kebun ni sejak aku keje dekat KL ni.

Dulu masa jadi budak kg, ari2 masuk kebun. sekarang dah duduk bandar peluh kering je..asik kena aircond je.

Semalam bapa mertua aku ajak aku g kebun dusun dekat area umah je, dia kata musim durian tak lama lagi, so kita orang g bersihkan pokok2 durian yang usia dah puluhan tahun.

bapa mertua aku kata dah setahun tak masuk kebun tu sebab sebelum ni dia pajak dekat orang, sekarang dah tak pajak lagi sebab nak makan sendiri.

kebanyakkan dekat kebun tu di tanam dengan durian, rambutan, manggis ngan cempedak.

semalam aku tengok dah ada 3 ke 4 pokok durian dah mula berbunga, so tak sabar aku nak tunggu buah2 ni jatuh..hehehe. Bapa mertua aku kata dalam 5 bulan buah dah besar.

Jom g makan buah dekat sini nanti k...


pokok durian yang dah berusia puluhan tahun


muka hodoh berpeluh2, rehat jab..huhu



Ulat gonggok gergasi yang pertama kali aku jumpa

Sunday, April 11, 2010

Emmm...Sedapnya

Selamat pagi semua, emm tengok lauk dekat bawah ni je lapar aku pagi2 ni. semalam makan tengahari aku dekat umah mak mertua aku memang yang terbaik.

korang tengok je foto lauk yang aku post dekat bawah tu..mengiurkan, mana taknya dengan udang masak sambal, sotong goreng kunyit, ayam goreng kunyit, ikan kering, sup sayur campur, & sup ikan apa entah..hehehe.

kalau kira2 lebih 6 lauk aku makan semalam. lepas makan je aku dah mcm ular kekenyangan apa lgi dah kenyang tidorlah pulak.




Hidangan tengahari 6 lauk



huhu..sedapnya kerang sambal..

ingat dah habis makan tengahari, sebelah petang tengah2 aku tido, syg aku kejut, "abg2 bangun makan cucur, ibu masak cucur jagung". aku apa lagi dengar cucur je terus lompat bangun. hahaha.


nak dikirakan setiap kali aku balik kg mertua aku. mesti makan best2..apa pon tq ibu, adik yang tolong masakkan abg dengan kak long. senang cerita semua masakan ibu mertua ku memang class..


aku tak boleh nak cerita makan panjang2 sebab aku dah lapar..huhu..ok aku nak g sarapan dulu..cau ci cau...daaaaaaaaa.

Saturday, April 10, 2010

ADAMAYA - FREE DOWNLOAD DRAMA HANGAT TV3 2010

online counter


Di sini saya kongsikan drama hangat TV3 yang sedang popular dipertontonkan setiap petang. terima kasih kepada a1zudd1n yang telah memberi panduan bagaimana untuk mendownload secara percuma drama2 dari tv3 tanpa perlu membuat login terlebih dahulu



"Sinopsis cerita boleh dibaca diblog sahabat kita aizuddin"



klik sahaja link dibawah dan terus simpan di Pc / komputer anda.

DRAMA "ADAMAYA" ****23 EPISOD PENUH****


P/S:-Kalau nak download dia tak detect link tu. Maksudnya belum ada dekat server tv3 atau dengan kata lain, belum ditayangkan kat tv.harap depa sabar ye...

download direct link ---->

Episod 1 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download
Episod 2 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download
Episod 3 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 4 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download


Episod 5 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download
Episod 6 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download
Episod 7 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download
Episod 8 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download


Episod 9 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 10 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 11 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download
Episod 12 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download


Episod 13 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 14 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 15 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 16 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download


Episod 17 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download
Episod 18 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 19 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 20 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download


Episod 21 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 22 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- Ready to Download

Episod 23 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, Part 4 <--- (Episod Terakhir)


P/S : pastikan anda telah menginstall perisian FLV terlebih dahulu sebelum memainkan drama ini.. Download disini


"Sila Tinggalkan Komen Sebagai Tanda Penghargaan Anda Kepada Saya"


Anda juga boleh mendownload lain-lain drama seperti dibawah:-

* Anda meminati " Epilog Syurga Cinta" [Download Sini]
* Anda meminati " Syurgamu Ramadhan " [Download Sini]
* Anda meminati "Laila Asyikin" [Download Sini]
* Anda meminati "Noktah Erna" [Download Sini]
* Anda meminati "Ilusi" [Download Sini]
* Anda meminati "Syahjihan" [Download Sini]
* Anda meminati "Asmaradana" [Download Sini]
* Anda meminati "Na O Mei" [Download Sini]

Friday, April 9, 2010

Bercuti Panjang, Balik Kg Sayangku

Jam 12.00 tghari siang tadi aku gerak balik ke kampung sayang aku dekat penang, lebih kurang 5.30 ptg aku sampai.

Sepanjang perjalanan boleh dikatakan kali ni aku baik sikit sebab kurang mengantuk sangat dibandingkan sebelum2 ni.

kali aku bawa balik sekali sepupu syg aku dengan adik ipar aku yang semuanya study dekat area2 KL je. so terlanjur nak balik aku tumpangkan sekali ikut keta kita orang.

2 kali jugalah aku berenti rehat, sekali berenti rehat dekat RnR Tapah, kedua aku singgah RnR Bukit Gantang.

cuma yang mencabar time aku drive tadi hujan selebat2nya sampai ada xcident dekat kawasan selepas ipoh menuju ke KL.

aku sebenarnya dah cuti seminggu sampai ari ni. tapi aku sambung lagi 3 hari minggu depan sampai rabu sebab ari rabu aku nak g hospital baca syg aku check pembedahan apendik ari isnin ari tu.

so aku bercuti lebih kurang 5 arilah dekat umah mak mertua aku ni. program pon tak tahu lagi nak wat apa.

aku suka balik sini sebab aku boleh masuk kebun keluarkan peluh. maklum jelah orang kampungkan. dah duduk bandar ni pon teringat kebun lagi. hahahaha.

aku pon letih sebab baru sampai ni, so ada story best nanti aku post k. cau dulu...

Thursday, April 8, 2010

Mayat berjalan pulang

Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.

kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau.

Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya.

kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.





Ade brani ka?????


Tinggi jugak ilmu org indon nie sampai boleh idupkan org mati. ala-ala zombie gitu...

Wednesday, April 7, 2010

Tinggalkan Google...Gunakan Mylook



Korang tentu dah penah dengar, tengok, ngan guna "mylook" ni, dari basic sama je macam google, cuma google korang guna tak dapat apa2.

"Engine carian mudah & pantas"

Mylook ni selain kau guna, bila ada orang daftar dibawah akaun mylook korang, korang akan dapat earning @ bahasa mudahnya pendapatan.


Banyak ke sikit ke pendapatan tu bergantung kepada jumlah orang yang daftar n guna mylook ni yang daftar di bawah link korang.


Tak salah nak cuba benda baru. mcam aku kalau ada peluang nak buat duit aku daftar je. kalau rasa mcm susah nak dapat income bila dah daftar tu, aku tinggal je macam tu. sbb aku rasa aku tak rugi apa2. Aku register pon free n tak bayar 1 sen pon.


Nak cuba guna engine carian mylook klik link sini mylook.


Kenapa Gengblogger Band aku dari Gagalive Chat?....Jawabbbbb Admin?


Huhu..kena aku di band dari gengblogger untuk chat dalam Gagalive chat?..aku tak faham, aku tak penah send spam dalam chating box tu...aku tak penah antar kata2 yang berulang2..kenapa?...kenapa?


aku nak pihak admin gengblogger jawab. atau sapa2 yang boleh jawab masalah aku.


korang tengok dekat print screen yang aku buat dekat bawah ni.ni yang keluar bila aku nak chat msg dalam box tu..huhu.

msg yang keluar bila aku taip dlm chat box tu : Spam prevention: You cannot send the same or similar message ovr 4 times in a row

aku faham apa dia kata tu..jgn ulang lebih 4 kali apa yang korang taip dari awal tadi atau yang menyerupainya..

masalahnyaaku tak taip berulang kali pon..ok aku dah cuba taip bend lain sama juga. cuma aku masih bersabar lagi sebab tak mencarut je dalam tu.. mungkin bila aku mencarut baru boleh dia accept kot msg aku tu.. bengong betul..oklah malas aku nak bebel dalam ni.. aku tunggu komen dari korang.

Sayangku Di Masukkan Ke Wad - Hari Ketiga (7/4/10)

Alhamdulilah keadaan syg aku dah bertambah baik sekarang ni, jam 10.00 pagi tadi doktor yang merawat syg aku datang g check luka serta buang pembalut luka operation tu dengan mengantikan pembalut yang jenis water proff. so lepas ni dah boleh mandi macam biasa.

Doktor kata tengahari dah boleh keluar dari wad selepas makan tengahari. doktor juga pesan untuk masa seminggu ni jangan makan benda2 yang keras. kena makan benda2 lembut sebab luka dekat usus tu tak baik sangat lagi.

So lepas ni sampai dekat umah akulah yang akan jadi Doktor peribadi syg aku ni.. hehehehe.

Sekarang nurse tengah uruskan proses keluar dari wad ngan proses claim pembayaran dari syarikat tempat syg aku keje.

Tak sabar pulak aku nak bawa balik syg aku dekat umah, nak jaga sendiri dekat umah. sebab dekat sini aku tak selesa nak tidor.. sampai umah nanti leh tido puas2..huhuhu.

oklah aku nak rehat dulu. korang doakanlah kebahagian kami berdua n doakan cepat sembuh supaya aku boleh bawa syg aku g jalan2 semula macam biasa n tengok dia ceria n senyum sepanjang masa.

p/s abg utk syg: Abg doakan syg cepat sembuh, jaga makan n ikut nasihat doktor, Love u n miss U sygku.

Tuesday, April 6, 2010

Sayangku Di Masukkan Ke Wad - Hari Kedua (6/4/10)

Ni merupakan hari ke-2 aku bermalam di hospital menamani syg aku yang baru je sehari melepasi pembedahan membuang apendik.

Hari ke-2 syg aku dekat sini menunjukkan tanda2 positif, cuma malam semalam je dia tak berapa nyenyak nak tido, mungkin sebab bisa tu terasa lagi.

Hari ni syg aku dah mula makan makanan yang lembut2 setelah mendapat kebenaran dari doktor.

aku cuma kasian time ubat antibiotik disuntik ke badan dia. dia akan merasa sakit sangat kesan dari ubat tu. selain tu selepas ubat mula masuk kesaluran darah syg aku akan rasa seperti nak pitam ngan muntah. bila aku tanya doktor kenapa, dia jawab memang macam tu kesan ubat selepas kita buat pembedahan.

Petang tadi adik ipar aku ada datang melawat ngan bawakan makanan untuk aku dengan syg aku. Baru kejab tadi kawan baik dia masa sekolah dulu ada datang juga dengan suami dia. tq korang yang datang melawat syg aku ni.

aku harap2 malam ni syg aku nyenyak tido. sebab esok pagi ada temujanji dengan doktor nak buka pembalut luka tempat pembedahan, sbb nak tengok keadaan luka tu. berkemungkinan kalau keadaan luka baik, mungkin petang dah boleh keluar wad.

ok aku nak rehat dulu sbb aku rasa mengantuk sangat sbb tido tak menentu.

cerita seterusnya aku sambung esok.........

Monday, April 5, 2010

Sayangku Di Masukkan Ke Wad Harini - Hari Pertama (5/4/10) Bahagian ke-3

Alhamdulilah, aku dah rasa lega sikit sebab wife aku dah selamat buat pembedahan jam 6.45 ptg tadi, n sekarang dah d masukan semula ke bilik rehat jam 8.30 malam.

Aku cuma sedih sikit sebab aku tak dibenarkan masuk kebilik bedah untuk temankan syg aku masa operation petang tadi. nurse minta aku tunggu dekat luar je. sabar je aku menunggu.

sekarang ni syg aku tengah tido, takpe tidorlah ye syg, rehat n jangan banyak bergerak. malam ni abg teman sayang ye. Love u Sygku.

akan bersambung.............

Sayangku Di Masukkan Ke Wad Harini - Hari Pertama (5/4/10) Bahagian ke-2

Time aku tengah buat post baru ni.. syg aku tengah menjalani pembedahan membuang apendex. syg aku masuk di dewan bedah jam 5.30 tadi dah start d bedah pada jam 6.15.

aku baru je dimaklumkan yang syg aku baru je selesai menjalani pembedahan jam 6.45 yang mana masa di ambil hanya 30 minit proses pembedahan.

walau bagaimanapon masih di tempatkan d bilik pembedahan untuk pemeriksaan lanjut selama lagi 1 jam.

aku doakan semoga syg aku cepat sembuh.. dalam masa 1 jam lagi aku akan maklumkan perkembangan terbaru syg aku..huhuhu

Sayangku Di Masukkan Ke Wad Harini - Hari Pertama (5/4/10)

Semalam hari mencemaskan buat diri ku, sbb tiba2 je syg aku di serang sakit perut yang amat sangat.

Memang dari pagi lagi dia dah mula rasa sakit sikit2, sebelum dia teman aku g main liga bowling company aku.

Habis je game bowling aku dengan syg aku terus balik n hantar sepupu dia balik nilai, dalam perjalanan balik tu aku singgahlah makan di sebuah kedai. memang kita orang makan tengahari pon lewat dah dalam jam 3 petang kalau tak silap akulah.

so aku suspect masa dia sakit perut tu mungkin masuk angin sebab lewat makan. so masa dekat umah magrib tu aku sapulah minyak angin yang selalu aku guna time aku sakit perut.

lepas magrib bila aku tanya, syg ada kurang tak? dia kata tak. makin sakit je. so aku tak tangguh2 lagi, aku terus g antar dekat klinik area umah aku, nasib baik tak tutup lagi. klinik tu tutup kalau tak silap jam 11.00 malam kot. sebab syg aku pesakit terakhir sebelum dia orang nak tutup klinik tu.

sampai je jam 10.15, doktok kata mungkin syg aku sakit disebabkan 3 perkara, apendik, mengandung luar rahim atau kencing kotor. so doktor minta aku rujuk dekat hospital yang berdekatan untuk rawatan susulan.

doktor cadangkan aku g dekat hospital pantai, di bangsar. aku pon terus g hospital pantai jam 10.30 dan sampai dekat sana jam 11.00 malam.

sampai je aku terus register syg aku untuk rawatan. bila doktor check dia kata dia nak ambil darah untuk pengesahan penyakit.


aku menunggu sampai jam 12 malam untuk dapat keputusan ujian darah tu. jam 12.30 malam keputusan keluar n mengatakan syg aku terkena apendik..huhuhu..kesiannya.

korang pon tahukan bila dah kena apendik ni mesti kena buat pembedahan untuk buang apendik tu.

so di sebabkan esok kena wat pembedahan , sayang aku d tahan di wad, akulah yang teman dia dekat sana.

biasalah bila dah sakit mestilah sayang aku tak lena tidor ...kesian aku tegok asik terjaga je..huhuhu..mungkin dia tak selesa tidor dekat wad ni. dia kata ni first time dia masuk wad dengan buat pembedahan sekali.

Pagi ni je jam 8.00, syg aku ada buat temujanji g wat check UltraSound, sbb takut2 ada sakit lain dalam perut. jam 11.00 pg keputusan ultrasound normal n takda apa2 masalah..Alhamdullilah sbb takda penyakit lain.

sekarang ni aku tengah tunggu untuk syg aku masuk bilik bedah nak wat pembedahan apendik. doakan sayang aku supaya selamat membuat pembedahan petang ni..

Abg doakan semuanya selamat n abg sentiasa bersama2 di sampingmu sayangku.. love syg.

cerita selanjutnya akan aku maklumkan nanti selepas pembedahan....aku nak teman dulu sayang aku....

Sunday, April 4, 2010

Apa Aku Buat Hari Sabtu?

Nak d katakan hampir setiap ujung minggu aku dengan syg aku ni mesti sebuk dekat umah atau keluar g program jalan2 cari makan..

Semalam je sehari suntuk padat dengan aktivi2 berfaedah..hahaha.

Bangun je seawal pagi2, kita orang dah bincang nak masak apa. lepas siap bincang kita orang terus g kedai basah beli bahan2 mentah untuk d masak. kebetulan dekat kawasan umah aku ni memang ada kedai pasar mini kecik, s0 senanglah aku dengan syg aku ni nak g shoping kecil2lan..kalau nak shoping besar kena g tesco..hahaha.

3 jenis lauk yang berjaya kami masak bersama2, daging masak kicap, tomyam & kari ayam power.

gambar dekat bawah ni sebahagian bahan2 mentah yang dah ready nak masak tu. cuma yang dah masak tak sempat nak ambil gambar sebab nak cepat keluar umah ada program dekat luar. kita orang masak ni sebenarnya untuk makan malam. sbb ada 2 orang sepupu syg aku nak bermalam dekat umah, so kami berdua masak memang siap2. sbb balik nanti terus je nak makan. heheehe.




bahan2 mentah yang dh siap cuci



nilah dia kobes bunga dari cameron highland


ikan dengan daging ayam yang dah bersih




yang ni lobak dengan jagung muda

Habis je kita orang masak, siap2 mandi ngan solat aku terus keluar dengan sayang aku g ambil adik ipar aku dekat bangsar sbb nak g tengok pameran Sony Digital dekat MidVelly, Bangsar.
Lepas ambil adik ipar aku, kita orang terus g midvelly, sbb sorang lagi sepupu wife aku tunggu dekat sana nak join kita orang.
sampai2 je dekat sana, biasalah dia orang dah jumpa orang kampung sembang terus, sampai ular lalu sebelah pon tak perasan..hahaha.
sebelum g pameran sony digital tu aku bawa sepupu syg aku ni g kedai maxis, sbb dia nak cari broadband untuk guna dekat tempat study dia. siap urusan beli broadband terus g tengok pameran.
memang ramai gila orang, semua produk jenama sony ada dekat situ. kalau korang nak g tengok bolehlah g tengok ari ni.. g cepat...hahaha.
lebih kurang jam 5.30 petang lepas solat kita orang terus g PWTC pulak sebab dia orang nak g tengok Pameran Kasut Antarabangsa. pameran tu dari 1-4bh april 2010, so kalau nak tengok kasut leh g sana dekat tingkat empat.
sampai sana je..waoooo banyaknya kasut yang exited orang2 pompuan nilah.. syg aku tak beli apa2 pon dekat sana jus tengok2 je..kasut lelaki pon banyak juga. tapi mejoriti kasut pompuanlah.




ni aku dekat midvelly, test Digital Camera Baru beli, adik aku punya




Ruang legar Tkt.4 PWTC

Pintu utama dekat pameran Kasut tu, besar tak kasut atas aku ni..hahaha

Jam 7.30 malam, kita orang terus keluar dari PWTC n terus g solat. habis je semua solat kita orang terus balik umah rehat. maklum jelah sehari suntuk berjalan, makan so semua dah penat termasuk driver..hahaha.
lebih kurang jam 8.15 malam sampai umah, n terus siap2kan makanan yang kita orang masak tadi pagi untuk makan. rupanya semua dah kelaparan..huhu..kesian adik2 ipar aku, sepupu wife aku dengan wife aku.
siap je semua makan, lepak jab tengok tv sambil tengok2 internet guna broadband maxis yang baru beli tadi. tak lama lepas tu aku pon terus g buat taik mata.hahaha.
memang aku enjoy dengan program aku sehari di hari sabtu.. program ahad ada lagi, nak tahu apa tungguuuuuuuuuuuu post berikutnya...

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini