[Tips] Khas Buat Kaki Blogwalking | Mudah dan Pantas

12/29/2010 03:00:00 PTG , 6 Comments

Salam semua,

Bila sebut pasal blogwalking je semua orang tahukan apa bendanya.. bagi yang hantu blog tu.. istilah-istilah tu mungkin dah sinonim dengan korang. 

Kalau korang rajin selongkar blog aku ni.. sudah semestinya korang pernah jumpa beberapa tips blogwalking yang pernah aku berikan seperti "Blogwalking terhebat didunia" dan "teknik blogwalking terpantas didunia hanya di bloglarian".

Tapi kali ini aku nak ajar korang macam mana nak buat blogwalking dengan mudah dan pantas yang mana teknik ni aku tak pernah jumpa lagi mana-mana rakan kita menceritakannya. Mungkin ada yang dah guna dan mungkin juga ada yang first time dengar.

Apa pon ribuan jutaan terima kasih buat sahabat blogger aku Remedy yang telah memperkenalkan teknik ni melalui e-book beliau yang pernah aku dapat secara percuma beberapa bulan yang lepas melalui entri Siapa Remedy?.

Ok aku dah cerita panjang sangat ni... apa kata kita mulakan sekarang..

Langkah 1

Masuk kedalam url www.urlopener.com


Langkah 2

Masukkan senarai list blog korang kedalam ruang yang telah disediakan seperti di bawah hanya copy & paste sahaja. Kalau korang takda senarai blog yang nak dibuat blogwalking korang boleh download senarai 320 blogger disini secara percuma. Lepas masukkan  senarai blog tu klik butang Submit



Pesanan : dicadangkan kalau boleh senarai dalam tu tidak lebih dari 15 blog dalam satu masa.. sebab ditakuti loading untuk membuka semua blog tu menjadi lambat jika terlalu banyak list dimasukkan serentak.

Langkah 3

Apabila senarai blog telah dikeluarkan seperti dibawah ini.. maka korang boleh terus klik butang Open All


Langkah 4

Selesai sudah dan semua blog akan dibuka serentak dan korang boleh terus buat blogwalking samada tinggalkan pesanan ringkas di shoutbox atau tinggalkan komen yang bermanfaat diblog-blog tersebut.



Nota : loading untuk membuka blog tersebut adalah bergantung kepada kelajuan pc dan kebesaran saiz memori korang..

"Selamat berblogwalking untuk tahun 2011.."

Nota kaki : andai ada sebarang komen atau cadangan. jangan segan2 drop di kotak komen dekat bawah tu.. kalau tak mau komen pon takpe.. tiada paksaan dalam hiup... seperti kata eyriqazz... lagi kita paksa orang tu suruh jadi follower lagi dia tak mau follow.. betul tak bos?




online counter


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. betul betul betul....biar lah kita difollow seiklas ati kan...
    neway thankz atas info blogwalking...

    BalasPadam
  2. @far_east : belajar dari kesilapan yang lalu.. sebab tu dah tak mau paksa sekarang ni.. hehehe

    @roq : selamat berblogwalking

    BalasPadam
  3. setuju dgn far east, ikhlas penting.. x kire folo or difolo..hik3.. da bunyik mcm ape laks..
    ikhlas not only in dunia maya juge dlm realiti. ;)

    BalasPadam
  4. @fatin Mraz : betul2 tu.. so semua yg kit abuat kena ikhlas ye.. hehehe

    BalasPadam
  5. Owh.... Bro guna Urlopener... Yied guna Rapidlinkr... Lebih kurang sama je 2 tu... Yied pun ada gak wat page untuk memudahkan orang blogwalking... Hanya klik button "Open All", terus keluar blog yang telah di'setkan... Check out! Kalau nak blog bro tersenarai gak dalam list tu, bro boleh baca sini...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..