Suami Boleh Di Dakwa Atas Tuduhan Cabul Isteri

12/14/2010 10:28:00 PTG , , 4 Comments

Salam semua,

Petang ni aku nak kongsi dengan korang semua yang dah mendirikan rumahtangga dan juga yang bakal mendirikan rumahtangga bahawa bukan yang bujang sahaja boleh didakwa atas kes cabul malahan yang dah bergelar suami pon boleh didakwa jika isteri membuat laporan dicabul oleh suami.

Bunyi macam pelik bukan.. dah namanya suami macam mana boleh kena dakwa cabul isteri pulak.. ikutkan logik kalau dah kawin korang nak cabul seluruh anggota badan isteri korang pon sapa nak marah.. betul tak?

Tapi sebelum tu korang mesti ingat.. sekiranya perlakuan seks yang korang buat terhadap isteri korang jikalau tanpa keleralaan boleh didakwa dibawah  Seksyen 354 dan 323 Kanun Keseksaan  jika si isteri membuat aduan atau laporan.

kes-cabul-kanak-kanak
Gambar hiasan, kredit foto dari pakcik google

So kalau boleh kalau nak bermanja-manja dengan isteri tu biarlah dengan cara yang berkhemah dan sopan santun.. dan yang paling penting kedua-dua pihak saling memberi dan menerima.. tak gitu eyriqazz dan Jejai sebab dua orang ni pakar dalam hal rumahtangga. hehehe.

Kisah dekat atas ni berkisahkan seorang suami yang bakal berhadapan dengan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan yang aku baca di kosmo padi tadi.. nak tahu cerita lanjut baca petikan dekat bawah ni.

Petikan dari Kosmo Online

KANGAR – Hak-hak suami ke atas isteri teruji di Mahkamah Majistret di sini semalam apabila seorang juruteknik yang sedang dalam proses perceraian menghadapi dua pertuduhan iaitu mencabul dan mencederakan isteri sendiri.

Mazni Othman, 45, seorang juruteknik di sebuah kilang beras di Kuala Perlis dituduh melakukan perbuatan tersebut ke atas isterinya, Roziah Sidi yang berusia 40-an minggu lalu.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di Jalan Tanjung Gelam, Simpang Empat dekat sini kira-kira pukul 10 malam pada 6 Disember lalu.

Roziah yang sudah tidak sehaluan lagi dengan suaminya itu telah pun memfailkan fasakh di Mahkamah Syariah di sini pada 2008.

kes-cabul
Credit foto Kosmo

Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata yang kini di bawah jagaan tertuduh. Mazni bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu.

Dia sebaliknya memohon dibicarakan terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Noraishah Ahmad.

Ketika keluar dari Mahkamah Majistret sambil diiringi dua anggota polis, tertuduh menutup mukanya dengan akhbar Kosmo!.

Pertuduhan dikemukakan oleh wakil Timbalan Pendakwa Raya, Inspektor Azwan Irwan Yaakop manakala tertuduh diwakili peguam Zuhir Ahmad Zakuan.

Berdasarkan fakta kes, Mazni dituduh menggunakan kekerasan ke atas Roziah dengan niat mencabul kehormatan dan mencederakan isterinya itu mengikut Seksyen 354 dan 323 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan pada malam yang sama.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. mcm tu ker...thanks for the info

    BalasPadam
  2. kalau suami nak, dengan cara yang betul.. selagi bergerlar suami, isteri kena bagi.. tidak berdosa..hehe

    BalasPadam
  3. @mama Zharfan : yes macam tulah katanya kalau ikut undang2 dalam malaysia ni..

    @Izzat Aziz : memang betul.. kalau isteri tolak permintaan suami.. berdosa.. tapi suami pon kenalah faham.. kalau isteri penat faham2 jelah.. sabarlah sikit.. kalau tak tu yang jadi kes cabul tu.. hehehe

    BalasPadam
  4. hiss macam mana leh jadi camtu erk... kena tanya ustaz azhar idrus neh..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..