Sinopsis Tiramisu Slot Terbaru di Akasia 2011

12/25/2010 04:50:00 PTG , , 3 Comments

Salam,
Nampaknya masa begitu cepat berlalu.. aku rasa macam baru je bersiar slot seribu kali cinta sekarang dan masuk slot baru iaitu "Tiramisu".. pastikan korang semua yang ketinggalan menonton seribu kali cinta boleh mendownload secara terus di free download seribu kali cinta.

Jom kita baca petikan yang aku ambil dari gua.com.my mengenai perubahan masa tayangan slot akasia pada 2011.

Menyusuli ‘Seribu Kali Cinta’, slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi siri drama cinta romantis, ‘Tiramisu’ lakonan hebat Sharifah Amani, Pierre Andre, Tania Hudson, Zain Ruffedge, Mia Sara Nasuha dan Sheila Mambo mulai 27 Disember 2010. Atas permintaan ramai, siri drama slot Akasia akan bertukar siaran dari jam 6.30 petang ke 7.00 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, “Slot Akasia sentiasa mendapat sambutan positif daripada para penonton TV3 sejak diperkenalkan pada tahun 2007 menerusi drama ‘Manjalara’. Kini, Akasia berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan catatan rating iaitu 1.8 juta penonton secara purata pada setiap episod.”

“Bermula dengan ‘Tiramisu’, waktu siaran slot Akasia akan diubah kepada 7.00 malam supaya memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk berkesempatan menontonnya selepas pulang dari pejabat. Kami berharap agar strategi baru ini dapat memenuhi permintaan para penonton untuk mengikuti drama kegemaran mereka di mana TV3 sentiasa mengutamakan cita rasa penonton dalam memberikan program yang terbaik,”jelas Puan Nurul.

 antara barisan pelakon slot akasia "Tiramisu" .. kredit foto gua.com.my

[kredit sinopsis gua.com.my]

Drama bersiri 28 episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini diarahkan oleh Faizal Ishak dan nukilan skrip oleh Eddie Mazlan. ‘Tiramisu’ mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Jangan lupa saksikan TIRAMISU di slot AKASIA mulai 27 Disember 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3.

[Iklan]-Free Download drama TV3



online counter

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. bru wt td..hahaha.. ak minat pierre andre..

    BalasPadam
  2. @hans : takpe..tak sempat tengok..nanti kami sediakan link downloadnya

    @Darkbatman : mungkin lepas ni cerita ni boleh meletup.. pasti layan

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..