Ron95, Diesel, Gas dan Gula Naik Serentak | Berkuatkuasa 4 Disember 2010


Salam,

Berkuatkuasa mulai 4 Disember 2010, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.

credit foto malaysiakini

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan kenaikkan Petrol Ron97 sebanyak RM0.15 menjadikan RM2.30... dan tidak disangka-sangka Ron95 mengikut nasib yang sama apabila dinaikkan juga sebanyak RM0.05.

Secara peribadi aku menyatakan bahawa kenaikkan kali ini benar-benar membebankan rakyat yang berpendapatan rendah macam aku ni.

Sebelum ni bila Ron97 naik ada yang setuju dan ada yang kata "buat apa nak kecoh-kecoh.. kan Ron95 ada.. pakai jelah minyak yang murah tu.." Sekarang ni aku harap suara-suara sumbang dekat luar sana yang cakap macam tu boleh bagi pandangan.. setuju atau tidak harga Ron95 sekarang dinaikkan.

Nota kaki : mungkinkah ini yang dinamakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.. renung-renungkanlah.. kesian aku tengok Jejai... dia kata dia terasa sangat terbeban dengan kenaikkan harga baru barang kawalan dekat atas tu.. sabar jelah bro.. mungkin ini hadiah untuk kita sebagai rakyat malaysia.

online counter

Tagged as : Kadar harga baru Ron95, Kadar harga baru diesel, Kadar harga baru Gas LPG, Kadar harga baru gula
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. @suffer8zine : Bukan kering lagi... dah kopak macam ni..tak leh nak g jalan2..minyak mahal.. teh tarik pon bakal naik..hehehe

    @Mknace : Syukur

    BalasPadam
  2. nanti benda2 lain sure naik pulak

    BalasPadam
  3. @Sharinginfoz : dah tentu punya..lagi2 kuih dengan air mesti naik punya

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..